Cerita dia, selepas Pisah Network, aku merajuk
panjang dengan Mary. Still ada BBM sikit-sikit, tapi takde la manja-manja macam dulu.
What? Aku manja? Oh please. Yang aku maksudkan dia tu. Takdenya aku buat macam
masa mula-mula dulu lagi. Takdenya aku nak wish her goodnight lagi. Takdenya
aku nak bacakan di telefon sebelum dia tidur apa yang aku karangkan di blog
macam dulu lagi. Takdenya aku nak bacakan sajak 6 rangkap sebelum tidur sebulan
sekali pada tarikh 13hb bersempena tarikh aku dengan dia bercouple suatu ketika
dahulu. Takdenya, takde maknanya!
“Umm, minggu depan jadual u pack?” BBM dari
Mary menerjah gawang BBM aku. Apa? Kan aku ada kata aku still BBM dengan dia sikit-sikit. Remember?
“Minggu depan i cuti sem J. Why? Heehee”
Aku gelak tu sebab aku dah tahu dah dia nak apa. Aku dah tahu dah.
“Serius? Start until?”
“Start Ahad ni sampai Ahad minggu depan.
Seminggu sahaja”
“Err, taknak tanya i pulak ke?”
Aku hela nafas. Ni tak boleh layan lama-lama
ni. Tak boleh. Nanti naik lemak. Bila nak, datang dekat aku. Bila taknak, tinggalkan
aku. Ah, emosinya ah!
“U cuti sampai bila?” *send
Eh, sial la siapa yang tulis ni? Siap send
pulak lagi! Cis betul!
“I cuti sampai 9-14hb, 15-17 i ada kem, 22
April -29 Mei i ada Intersesi,i cuti 10 hari. Dan, cuti 10 hari tu, i nak spend
time dengan family, rakan rakan. And YOU”
Aku dah agak dah! Aku dah agak dah! Kan aku
dah cakap tadi aku dah tahu dah apa dia nak. Dia nak break the rules yang dia
sendiri create dulu. Eh, apsal hati DubDabDubDab ni?
“Ooo”
Ya, aku tulis tu je. Walaupun hati gembira dia
macam nak menari tiang, tapi jawab mesej kena cool. Tu wajib. Girl, here's a
tips. Walaupun kami nampak tenang bila anda buat sesuatu, ketahuilah hati kami
dia punya parti mabuk dia 5 hari 4 malam pergi dia. Punya happy.
“Nak pergi tak?”
“Boleh je. U nak bawak i pergi mana? Apa?
Kahwin? Tak boleh! Kalau u betul-betul nak i, u kena jumpa parent i, minta izin
mereka. Hiks!”
“Takda maknanya la gila! I nak ajak u pergi
Putrajaya, tengok member i konvo”
“Kawan lelaki ke perempuan? Kalau perempuan, i
bawak spek mata hitam dengan kamera. Kalau lelaki, i bawak PSP, nak buat main
dalam kereta sebab i tak pergi sampai dalam dewan”
“She”
“Its a date then!”
“Hahaha, gedik! U nak kacau dia, kacau la.
Tapi i tak bertanggungjawab”
“Ooo, u dah pregnant kan i, then u taknak
tanggungjawab. Pandai u. Pandai. Hahaha”
“I rasa u konfius antara pregnant dengan
buncit ni. Hahaha”
“Cis, so i confirmkan. 13 hb. Putrajaya.
Right?”
“Yes.”
Aku senyum. Hati senang. Rasa tak sabar nak
jumpa hari Sabtu tu. Tak sabar dia macam kau tengah beratur nak masuk tandas dalam keadaan kau benar-benar terdesak.
Tak sabar dia, rasa macam esok jugak nak ambik result SPM. Tak sabar dia, macam pengantin
perempuan tengah tunggu laki dia masuk bilik untuk prosedure malam pertama.
Apa? Sembahyang jemaah sama-sama la. Hish, fikir apa la korang ni.
Saat tu aku sedar yang aku tak boleh tinggal
kan dia jauh dari aku walaupun sekejap, walaupun sesaat. Tidak tidak dan tidak.
Aku mahu dia sentiasa .
Bahasa pendek, I still in love with her
3 comments:
aku ingt nk like...lupe lak ni bukan fb...hahak!
saya pun nak like entry ni..
mcm tu ke dia punya gembira? 5 hari 4 malam.
jika tak keberatan, any idea..
err.. sy stil keliru lagi mcmana nak respon pd org yg pemalu nih..
sambungan sambungan !!
Post a Comment