Wednesday 23 April 2014

Bersunat dan cinta Izam yang tak ke mana.

Kuajaq tangan kiri aku ni, pergi block muka aku pasaipa pun taktau. Bodoh macam tuan badan. - Syed Abdul Rizalman Suleiman Akhqil bin Sabtu (Dua dari kiri)


Sekolah Agama tidak lansung menghalang curiosity kau terhadap sesuatu perkara. Contoh macam lelaki, pasal bersunat.

“Eh, kau ingat tak Ustaz Awesome hari tu kata apa? Kalau tak sunat, tak boleh kahwin tau”

“Yeke? Habis tu, kalau sunat nanti, bukan potong semua ke? Habis dah takde “benda tu”, macam mana nak kencing? Keluar ikut bontot ke?”

“Ayo tak tak yok, kau sebut bontot. Dosa dosa”

“Habis tu kau sebut takpe pulak?”

“Aku takpe. Aku pagi tadi solat Subuh. Dosa dah cover”

Dalam perbualan penuh emosi dan bertukar-tukar pandangan oleh ke enam-enam kanak kanak comel cute kawai berkenaan sunat ni, aku nampak seorang je yang betul-betul take serious masa tu. Izam. Sebab Izam memang diketahui oleh semua rakan taulan bahawa beliau amat berminat tahap mahu berjalan berpimpin tangan di taman bunga sambil menghirup udara pagi nan segar dengan Nana. Oh wait, siapa Nana ni? We will get into that.

“Aku dah sunat” ujar Azim tiba-tiba yang sekaligus menarik minat semua enam-enam kanak-kanak comel berceloteh bercerita pasal sunat dekat tepi kantin.

“Betul ke weyh! Aku nak tengok! Nak tengok” jerit Rahman sambil berlari menarik sampin Azim.

“Eh tak boleh tengok la gila! Kakak aku kata tak boleh bagi tengok, nanti benda ni jadi besar. Tengok orang punya pun tak boleh nanti korang punya pun jadi lagi besar”

Bila difikirkan, boleh tahan jauh jugak permikiran kakak dia. Kakak dia baru sekolah menengah aku rasa masa tu. Dan jugak Kakak dia anak sulung. Satu-satunya adik beradik lelaki dalam keluarga adalah Azim.

“Jadi kiranya kau dah boleh kahwin la ni?”

Azim tak balas. Tapi dia depa tangan gaya angkuh. Memang Azim antara budak paling hensem (dalam judgment budak kecil) antara semua. Dan jugak ada khabar angin kata Nana pernah ditangkap menulis “Nana <3 Azim” dalam lebih kurang 1000 kali dekat dalam sebuah buku nota yang kemudian telah dicarik-carik oleh seorang lelaki misteri di kelas (aku tahu ini mesti kerja Izam ni). Maka, hakikat bagi kejadian itu ternyata membuatkan Izam, cemburu.

Kalau dah muka kerut, masa sambil macam memikirkan sesuatu, tangan genggam penuh azam dan mata bertekad seolah sudah mencapai kata putus itu kau tak kata cemburu, aku tak tahulah kau nak kata apa lagi. Takkan happy pulak. Aku nampak semua tu.

Kenyataan aku ini dikuatkan lagi dengan kejadian yang berlaku selepas itu dimana tepat jam 5.30 petang apabila bunyi loceng berbunyi, Izam berlari tak menyempat-nyempat nak sampai ke pagar sekolah walaupun mak dia masih belum sampai. Kau baying la, kitorang yang jalan slow-slow ni pun dah boleh tunggu sekali dengan dia.

“Mak! Izam nak sunat mak! Nak sunat!”

“Eh, tak boleh Izam. Kena tunggu cuti panjang nantilah”

“Izam tak kira! Izam nak sunat jugak! Izam nak sunat sekarang!”

“Kau ingat bersunat ni macam potong timun ke dik? Potong hari ni, esok dah baik?” ujar Kakak Izam yang turut sama ada masa tu.

Dan sekali lagi bila aku ingat balik, aku rasa macam nak tergelak. Aku assume yang kakak dia ni pun Super Gatal. Ataupun memang semua kakak dalam dunia yang masih sekolah Menengah memang macam ni ke? I mean Super Gatal dan tahu semua benda pasal tumbesaran secara tiba-tiba pada anggota badan lelaki itu? Tanya je tau. Bukan statement. Perempuan-perempuan dalam dunia ni mana ada yang gatal. Yang gatal tu semua orang lelaki. Orang lelaki je yang jahat dalam dunia ni. Orang perempuan semua maksum.

Jadi, cuti orang lain masa bulan 12 sebelum Darjah Enam diisi dengan main bola, main basikal, main gasing dan pelbagai lagi jenis main yang difikirkan masa tu tidak berdosa dan tak melibatkan perempuan, Izam hanya terbaring sambil menunggu luka sunatnya kering.

“Aku nekad Mikael, bukak je sekolah ni, aku nak lamar Nana”

Air oren yang aku minum tadi sedikit tersembur dalam cawan.

“Kau gila ke? Habis nanti kau nak bagi Nana makan apa? Pasir? Batu?” ini pengaruh drama melayu yang aku selalu tengok Pukul 10 malam hari Sabtu.

“Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan kita manusia” ini juga pengaruh drama melayu Pukul 10 malam hari Sabtu.

“Kalau Nana taknak?”

“Aku akan pujuk. Aku suka dia Mikael. Betul betul betul suka”

“Kalau mak kau tak setuju?”

Izam diam. Pelan-pelan dia tengok jendela. Pandang jauh. Ya Allah rasa macam Izam ni banyak sangat tengok drama La Usur Padora pulak rasa. Bila difikirkan, baru darjah enam la setan.

“Dia kena setuju”


Aku tahu benda ni memang mustahil. Mustahil total. Tambahan pulak aku tahu satu  info ni, lagilah mustahil nak jadi lansung. Tapi, aku dan rakan-rakan perlukan hiburan di hari pertama persekolahan agama. Maka, terus aku simpankan sahaja berita yang Nana dan keluarga dah seminggu berpindah ke Perak sebab Ayah Nana kena transfer tempat kerja. Niat melawat yang mulanya sekadar pemberitahuan berita sedih ditukarkan kepada sebuah cerita separa kelakar yang bakal disampaikan kepada sahabat handai lain di padang bola petang karang.




P/S : Ini adalah sebahagian daripada cerpen yang aku buat bersempena nak hantar ke satu publisher ni atas tema Sekolah Agama. Aku gembira sangat bila dah siap sampailah aku tengok balik tarikh tutup dia rupanya adalah pada 13 April 2013. Ya, hidup ni kan memang pundek.

P/S 2 : Of coz la cerita ni real.

P/S 3 : Aku tulis total semua ada 3000 patah perkataan. Ni sebahagian.

P/S 4 : Dah la berhentilah ketawa pasal kecuaian aku tu :'(

Wednesday 16 April 2014

Gaya Kucing Berjalan.




Kau pernah tengok gaya kucing berjalan?
Aku suka tengok gaya mereka.
Begitu elegen. Langkah tersusun atur.
Terutama bila dia datang menghampiri mahu bermanja,
Rasa sekejap seolah kau berkuasa,
Boleh membelai,
Boleh mengusap,
Dari gaya jalan dia datang pun kau dah dapat rasa dia gembira,
Tapi,
Aku boleh jadi benci jugak pada kucing atas sebab yang sama.
Gaya jalan.
Lagi-lagi bila dia berlalu dari kau kerana ada sesuatu yang lain menarik perhatian dia,
Begitu bergayanya kau berjalan tinggalkan aku,
Apa happy sangat ke kau sebab dapat tinggalkan aku dulu sebelum aku buat begitu?

Setan.

Sunday 13 April 2014

Kenapa kau dinasihatkan jangan putuskan hubungan buah hati kau dengan kawan-kawan dia.

Pegang bunga itu elok dan selamanya ianya akan kekal cantik dalam genggaman - Najib Tun Razak

Satu je aku nak nasihatkan bila kau bercouple dengan buah hati pengarang jantung seumur hidup kau tu. Kau janganlah putuskan hubungan dia dengan kawan-kawan dia dengan alasan kau nak dia beri tumpuan 120% dekat kau sorang sahaja dalam pelbagai segi.

Ada banyak sebab kenapa aku kata jangan. Tapi cukuplah aku bagi dua je.

     Pertama.

     Rimas.

Awalnya mungkin kau akan seronok. Well, mungkin kau selama ni forever alone. Hidup sorang selama ni berkelana. Dan ini merupakan hubungan manusia pertama kau dengan orang berlainan jantina (Ya, aku lansung tidak menyokong perhubungan berkasih sesama jantina). Tapi percayalah cakap aku, benda ni semua best masa 4-6 bulan pertama je. Bila dah selalu sangat attach, kau akan rimas.

Sebab?

Bila kau dah lepak, maka secara tak lansung semua benda pasal dia kau akan tahu. Sampai tahap berapa kali dia sedawa selepas makan pun kau akan hafal. Gelak mihmihmih dengan gelak hakhakhak tu maksud dia apa pun kau dah tahu. Jadi, apa lagi rahsia dia yang kau tak tahu? Apa lagi habit dia yang kau tak tahu? Bila cerita movie atau series pun kau boleh bosan sebab asyik ulang topik serupa, inikan pula manusia. Kau kena ingat, masa kahwin nanti ada banyak masa untuk kau tahu satu-satu habit dia yang kadangnya boleh buat kau rasa “Ya Allah dia ni. Macam mana lah aku boleh sayang dia pulak ni”. Macam tu.

Nak attach lebih-lebih, biarlah masa dah kahwin. Masa tu, kalau kau geram pun, kau boleh gomol dia. Dapat pahala lagi. Gembira si Hafiz dengan Nana sebab bakal dapat adik baru. Gitu.

     Kedua,

     Keseorangan.

Kau kena fikir, pelayaran kau dengan dia bukan selalunya indah. Ada masa kau akan dilambung ombak badai dan kau dengan dia berkeras taknak berjumpa. Tipulah tak pernah gaduh kan? Alangkan baru seminggu kapel pun dah boleh gaduh pasal mesej lambat reply, pasal last seen dekat whatsapp, kata nak tidur ni apahal nampak online lagi ni? Awak whatsapp dengan betina mana babi???,  inikan pulak hubungan yang dah membawak ke 4-6 bulan. Itu dah berapa puluh ratus kali gaduh dah berlaku tu?
     
Saat kau berkeras taknak jumpa atau dia berkeras taknak bersua muka, cuba kau bayang dia nak mengadu ke siapa? Siapa yang nak bawak dia keluar dari kesedihan?

Atau mungkin, cuba kau bayang andaikata bila dah dalam setahun dua kapel, dan kau sedar hubungan tu kena berakhir sebab tak lagi sehaluan. Macam mana dia nak bawak diri dia? Kau sanggup biar dia terkapai sorang-sorang macam tu? What? Kenapa sorang? Kau jangan lupa dalam setahun kapel tu, dah berapa orang kawan dia decide untuk putuskan hubungan sebab kau halang. Kau sibuk nak kongkong dia teruk-teruk.

Jadi, dia sorang. Dah la kau pilih nak tinggalkan dia. Sekarang, kawan-kawan dia pun dah takde. Tak cukup kejam ke diri kau tu?

Jadi, janganlah halang dia berjumpa kawan. Kalau kau rasa terancam, contoh lelaki tu hensem nak mampus sekalipun dan boleh buat kau rasa ish, habis aku ni karang, kau bagitau dia apa yang kau rasa. Dan, kan lebih bagus kau tahu yang dia boleh berubah perasaan cintanya dengan kau sekarang dari sebelum kau dengan dia dah melangkah ke gerbang perkahwinan? At least sebelum kahwin dah tahu yang Ya Allah dia ni pantang jumpa lelaki hensem terus nak berpindah hati. Kan?




Tapi satu la aku nampak habit tak adil orang yang sibuk nak tutup perhubungan buah hati pengarang jantung dengan sahabat-sahabat diorang ni.

Buah hati kau nak berkawan dengan kawan-kawan dia kau tak bagi.



Yang kau ni pulak malam main futsal, malam lepak mamak, pagi rabu tengok wayang, pergi reunion budak sekolah tu semua kau buat sorang-sorang ke? Mesti dengan kawan kan? Yang tu kau boleh pulak buat?


Bangang.

Thursday 3 April 2014

Bagaimana aku boleh mula benci dengan gadis bernama Farah.

Tak menggambarkan Farah lansung. - Admin MikaelSahaja 3

     Masa zaman sekolah dulu, semua orang mesti ada seorang buah hati bukan? Gadis yang kau tak faham kenapa tapi kau suka nak tengok dia hari-hari. Kau tak faham lansung maksud cinta tapi kau nak sangat kau dan dia menjadi bahagia seperti dalam cerita cerita movie cinta english yang kau tonton tapi mak kau akan tutup mata bila masuk babak pasangan mula pandang mata ke mata masa tu. Maka, aku pun ada la seorang. Nama dia Farah.

     Farah ni boleh dikatakan sebagai crush hampir ke semua orang dalam kelas, dalam sekolah sebab muka dia yang comel dan dia kelihatan pandai di dalam kelas. Gelak pun kihkihkih je bunyinya. Sopan kan? Tapi budaya budak sekolah dulu tak macam sekarang. Dulu mati hidup balik pastu mati lagi sekali dalam keadaan seksa disiatkan kulit pun mampus nak mengaku suka orang. Dari mengaku suka orang, baik mengaku diri tu tidur dengan ibu dan hisap botol susu. Itu rasanya tindakan yang lebih manly.

     Jadi ada la suatu hari tu aku dengan Ajib dapatlah peluang berbual dengan dia. Happy tahu tak dapat berbual dengan gadis yang kita minat ni. Time tu semua benda nak tanya. Tapi lek lek. Gua cool. Gua cool. Gua borak la pasal i don't know semua benda yang remeh macam hobi buat apa? Ya Allah samalah dengan kita, kita pun suka kumpul setem jugak! Mmm, memang petang petang pun kita suka tidur. Sejuk kot. Apa? Nampak saya dekat taman? Eh, tu..tu..tengok la. Kadang kalau rajin pergi la main bola petang. Apa? Hari-hari? Emm, awak suka intai saya yek? Hahaha (gelak cover malu gila babi nokhorrom).

     Semua jenis bual aku bualkan. Sampailah ke soalan yang paling memuncak aku nak tanya.

     "Farah suka lelaki macam mana?” tanya aku berani. Fikir balik, Ya Allah apa benda entah sembang pasal lelaki kesukaan ni. Well, the answer would be so obvious (tunjuk ke diri sendiri). Second, baru darjah empat kot.

     “Farah tak suka lelaki gemok” jawab Farah ringkas.

     Korang dengar tak tu? Tak dengar? Bunyi kaca berderai tu? Tapi bukan kaca la yang berderai. Hati aku. Berderai teruk. Maka automatik aku sentap. Tapi depan Farah aku buat muka steady sambil cuba lari dari topik tu. Aku cerita pulak pasal Cikgu Zainal yang garang macam bapak syaitan.

     Maka, entah hantu saka apa yang merasuk aku, aku hilang selera nak makan. Kalau biasa aku makan dua pinggan, ni setengah pinggan pun macam alahai banyaknya aku dah makan hari ni erk kenyangg. Macam tu.

     Sampailah satu hari masa Pendidikan Jasmani, waktu yang bagi aku paling cikgu lepas tangan. Bebudak. Kau bawak pergi padang, campak seketul bola, dia punya happy sampai 4 period main bola pun takpe. Eh, perempuan time ni buat apa entah?

     Tengah aku lari-lari kejar bola sebagai seorang defend (itu nasib baik ikutkan diorang suruh aku jadi keeper. Bagi aku jadi keeper ni memang loser teruk. Aku masih ada maruah yang berselindung disebalik lemak 3 inci), aku tetiba rasa macam pandangan makin gelap. Aku marah orang yang tutupkan lampu masa orang tengah main bola. Apa gila. Rupanya bukan. Matahari mana ada suis. Aku pengsan.

     Sedar sedar aku dah ada dalam bilik rawat dekat sekolah. Aku terbaring situ tapi aku happy macam setan dapat sesatkan satu lagi umat Adam. Sebab apa? Sebab Farah ada sebelah aku.

     "Kenapa pengsan?" dia tanya.

     "Sebab Farah kata tak suka lelaki gemok, jadi Mikael tak makan" entah keberanian apa la setan. Entah keberanian apa.

     "Farah tak cakap pasal Mikael la. Farah cakap pasal Ajib masa tu. Ajib tu suka dekat Farah. Farah tak suka dia. LANSUNG"

     Bila aku flashback balik pelan-pelan ye tak ye jugak. Kalau aku ni gemok, Ajib tu triple cheese extra mayo lebih gemok dari aku. Plus, aku rasa muka dia paling berubah masa Farah cakap benda tu. Tapi aku tengok dia takde struggle pun nak cuba kurus. Macam semalam, slumber badak je bedal nasi lemak 3 bungkus tambah lauk ayam. Aku syak jugak kadang Ajib ni bela saka. Atau mungkin Ajib tu yang saka.

     "Jadi, Mikael ni Farah suka la?"

     Farah diam. Tapi aku nampak dia hangguk kepala perlahan. Lepas tu dia terus gerak keluar dari bilik rawat. Aku punya happy time tu jangan khabor. Kalau aku dah dewasa, aku rasa 3 minggu aku berparty dekat rumah dalam keadaan bogel.

     Tapi tu la. Bahagia tu tak lama untuk orang gemok masa sekolah ni. Seminggu je tahan kegembiraan aku tu. Sebab lepas tu masa lepas habis kelas, aku jumpa ada sebuah buku macam diari dekat bawah meja Farah. Dalam buku tu ada tulis ayat lebih kurang begini.

Farah <3 Shah

     Dan aku tahu itu bukan fitnah. Sebab Shah memang hensem. Satu. Lepas tu baru aku perasan yang Farah dengan Shah ni selalu balik sama tetiap petang. Dan juga dating dekat padang bola (yang masa tu aku ingat Farah datang padang sebab nak usha aku, Ya Allah, lubang dalam mana lubang dalam? Nak sembunyi kejap)

     Pelan-pelan, aku koyak buku Farah tu sampai hancur. Sama hancur macam cinta aku ke dia.


     Setan kau Farah.

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.