Sunday 21 July 2013

Bosan.



Aku bosan.

Bulan Puasa ni dia punya bosan lain macam.

Aku bangkit dari katil lepas aku terjaga sebab mimpi yang bukan bukan. Aku mimpi yang ada seorang pengarah nak ambik aku berlakon. Tapi pengarah tu aku tak kenal lansung pada mulanya. Dia bersungguh kata dia berbakat. Dia kata kena ikut dia ke rumah untuk sign kontrak jadi aku pun ikut. Bila sampai rumah dia, lain pulak jadinya. Dan ya, pengarah tu perempuan. Ada iras iras Ji Hyo dari gameshow Runningman. Aku nak teruskan mimpi, tapi entah mengapa aku pilih untuk terjaga. Mungkin dalam hati aku terbahagi kepada dua. Satu nak teruskan, satu lagi malas. Malas nak mandi. Tidur selepas subuh ni memang lain macam pergi dia.

Aku capai Blackberry aku. Aku tengok jam pukul 8.45am. Lepas bergolek-golek atas katil lebih kurang, aku bosan lagi. Aku bangkit dari katil dan menuju ke komputer aku. Sambil mengadap ruang desktop, aku termenung. Ada la dalam 5 minit. Dekat desktop ada dua novel yang aku sedang tulis. Tapi tak pernahnya berjaya habis. Semangat nak menulis ni muncul bila kau betul betul tengah ada kengkangan masa. Esok pagi ada Paper final misalnya. Berhantu. Aku bukak sekejap word tu. Aku baca dalam dua tiga perenggan, aku tulis dua patah, aku tutup balik.

Aku bukak pula folder video. Aku cari RunningMan. Cerita yang aku rasa sangat best dan mengujakan. Baru sedar. Itu pun sebab esok ada Paper Final estimating (Paper ni susah dia ya amat). Juga berhantu. Ya, peperiksaan akhir ni dia berhantu. Tiba tiba rasa nak menulis. Tiba tiba rasa nak tengok cerita series. Tiba tiba internet jadi menarik. Lepas final, semua benda yang kau “rasa” tu hilang dan seolah olah kau tak pernah ada misi dalam hidup. Ya, final memang berhantu.

Lepas aku pasang RunningMan dalam 10 minit, aku terasa aura bosan. Rasanya macam penat gila nak sambung tengok. Aku berhenti, aku bukak DotA. Tapi game baru start 5 minit, aku berhenti. Aura bosan jugak.

Aku sleepkan komputer dan bergerak semula ke katil. Baring. Rasa nak tidur. Tapi tidur pun ada rasa aura bosan. Ya Allah. Dah kenapa ni? Aku capai buku “Drebar Bas Yang Nak Jadi Tuhan” yang aku tak habis baca semalam. Baru dua muka surat aku dah letakkan balik.Aku sambung balik baring untuk beberapa ketik
a. Tak ada ke benda yang menarik boleh berlaku masa ni?

Tiba tiba pintu bilik aku ditendang. Masuk dua orang lelaki sambil membawa kayu. Aku bangkit dan berlari ke arah mereka sambil menghayunkan batang besi yang aku tiba tiba ada. Baru dua kali hayun, mereka dah rebah. Lembik. Datang seorang lagi, tapi kali ni kurang ajar dia lain macam, dia rempuh aku dari tepi. Aku tak nampak. Aku kuatkan kaki dan aku cengkam badan dia kuat kuat. Bila dah terkunci, aku lututkan muka dia beberapa kali dan aku lemparkan dia ke tepi. Aku rasa aku tahu apa yang mereka nak. Dokumen rahsia dalam komputer aku yang menunjukkan tentang rahsia keselamatan Malaysia. Apa yang kau tak tahu, Malaysia ada banyak rahsia. Baru aku nak ke desktop, terdengar letupan dari luar. Aku jeling dari sisi tingkap untuk melihat apa yang berlaku. Dan bunyi tembakan bertalu talu. Pelurunya ke arah aku. Aku tunduk. Tapi aku tak berhati hati, aku jatuh dari katil.

      “Adoi!”. Aku usap kepala aku. Sakit. Aku capai Blackberry aku. 12.30pm. Dalam aku taknak tidur tadi, terlelap jugak pergi dia.

Sunday 14 July 2013

"Despicable Me 2" Filem Berunsur Illuminati.



     “Kau dah tengok cerita Despicable Me 2 tak? Trailer macam best”

    “Taknak aku tengok cerita tu. Tu agenda Yahudi kau tahu. Freemason. Illuminati. Nanti kau mesti terpengaruh”

Aku kaget sekejap. Niat aku nak tengok cerita Despicable Me 2 jadi lagi membuak sebenarnya. Celah mananya yang Illuminatinya? Oh, mungkin Minion dia ada yang mata satu? Tak kukuh. Kalau macam tu, cerita melayu pun sebenarnya ada yang kau tak boleh tengok. Terang terang ajak remaja menghampiri Zina. Tak cukup yahudi ke?

     “Part mana yang kau cakap Illuminati tu? Kau dah tengok ke?”

     “Belum”

     “Dah tu, part mana yang Illuminatinya?”

    “Kau cuba tengok nama company yang buat filem tu”

     "Illumination Entertainment?"

     “Ha, tu tak cukup Illuminati ke? Siap sebut lagi tu!”

Aku garu kepala. Itu je?

     “Itu je?”

     “Ye la”

     “Dia nama je. Tak melambangkan apa-apa la”

     “Setiap perkara yang Yahudi buat, memang la nak bagi kita anggap takde apa-apa. Kau ingat saja saja ke dia bubuh nama tu?”

     “Ok, kalau air cap kaki tiga tu. Maknanya tokey dia tu ada kaki tiga la? Macam tu”

    “Ya!” jawab dia yakin.

Aku diam.

     “Tu la, aku cakap kau ni bodoh, kau tak percaya”

Solat Tarawih.


    


      “Aku buat lapan rakaat je la”

     “Lapan? Lapan?” ucap Man sambil memandang tepat ke mata aku. Aku salah cakap ke lapan rakaat tu? Ke sekarang orang Malaysia buat Tarawih 20 rakaat je?

     “Ni! Ni! Dua puluh Rakaat tahu!” cakap Man sambil tangan kanan menepuk nepuk dada. Yakin ya amat.

     “Yeke Man? Jangan borak lebih. Aku jujur cakap, aku cakap lapan rakaat, lapan rakaat la yang aku buat. Karang kalau aku khaborkan lebih, tak buat, nampak sangat sembangnya”

     “Kau nak kata aku kaki sembang ke?”

Laju aku mengangguk.

     “Hoi! Ini Man la! Kau tengok la. Malam ni, aku antara orang yang Tok Imam tu nampak tatkala dia toleh ke belakang selepas siap solat 20 Rakaat. Kau tengok la!” sambil berlalu ke ruang mengambil Wudhuk. Aku biarkan dan terus naik ke atas. Aku dah ambik dah Wudhuk dekat rumah tadi.

*******

Usai 8 rakaat, aku bangkit. Solat Witir aku fikir baik buat dirumah. Mana tahu kalau terniat nak tambah rakaat. Aku naik motor dan bergerak ke lokasi yang sama tiap tiap tahun selepas aku siap Tarawih. Kedai mamak.

Sampai sana, aku nampak Fiq, Rizal, Bachok, Epul dan beberapa lagi orang yang aku tak ingat nama. Cam muka, tapi tak ingat nama. Bukan apa aku suka datang sini, jarang sebenarnya nak dapat semua ni berkumpul sekali. Masing masing sibuk dengan hal masing masing. Macam aku, jarang dapat peluang berkumpul dekat sini. Bermula dari form 4 lagi aku dah berjauhan dengan bumi Puchong sebabkan pelajaran. Entah apa keajaiban malam Ramadhan pun aku tak tahu sampai tiap tiap malam Ramadhan, molek je berkumpul ramai-ramai dekat Mamak ni. Dan ya, ada yang solat Tarawih dan ada yang tak. Puasa pun lebih kurang jugak macam tu.

Tapi kali ni, aku tak nampak Man.

    “Fiq, Man mana? Tak datang ke?” saja aku tanya. Walhal aku dah tahu dah jawapan dia.










     “Tandas, dia dari pukul 9 dah datang dah” balas Fiq laju.

Serentak je Fiq habis jawab, aku nampak Man keluar dari tandas. Tersengih-sengih. Aku senyum je. Taknak cakap apa-apa. Sebab aku tahu senyuman aku tu lagi pedih pergi dia. Dah 9 tahun aku kenal kau Man, skrip yang sama jugak berulangnya.











Kejap lagi dalam pukul 10.30 kalau aku ke masjid, muncul la balik muka kau dekat Surau nak perhambat moreh. Macam tahun tahun yang sudah jugak.

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.