Sunday 31 August 2014

Tragedi : Relationship : Blind Date


“Pergi mana?” tanya Azam pada aku.
“Keluar kejap. Aku ada blind date.” Jawab aku sambil senyum melebar.
“Mak ai, zaman laman sosial power bagai nak mati ni pun kau nak pergi blind date jugak ke? Kau kenal dia dekat mana? YM? WeChat?”
“Dekat Twitter je”
“Dah tu, kenapa panggil blind date?”
“Sebab dekat Twitter tu dia tak letak gambar dia pun. Dia letak gambar permandangan”
“Hmm, mesti tak cantik. Kalau cantik ni biasanya dia yakin nak letak gambar muka dia. Nasib kau baik sikit kalau dia bukan lelaki”
“Buto kau la! Aku yakin dia perempuan. Dan, berdasarkan sepanjang perbualan aku dengan dia dekat Twitter, aku yakin yang dia cantik”
Azam senyum menganjing. Senyum penuh makna. Senyum kata kejap lagi kau mesti kena. Binawe.
“Kalau cantik Azam, kau kena belanja aku minum Chatime seminggu direct no skip. Amacam? Beran?”
“Heh, no hal la. Tapi, aku nak gambar. Dan, kalau dia tak cantik, aku pulak nak chatime 2 minggu direct no skip no limit”
“Takde hal la! Aku yakin dia cantik! Kalau dia cantik, confirm la sampai ke malam aku tak balik-balik berdating”
“Kiranya kalau kau balik awal tu, maknanya dia buruk la tu? Macam tu? Confirm awal la kau balik. Confirm! Hahaha”
Aku emosi sikit. Cepat-cepat aku pakai kasut dan hempas pintu. Tu konon la tu emosi sangat tu. Walhal takde emosi mana.
“Aku doakan dia tak cantik!” jerit Azam bangsat dari dalam rumah. Celaka.
Jam aku lihat sudah pukul 12. Berjanjinya bertemu di Times Square pukul 2 petang. Awal? Biarlah kita tunggu orang jangan orang tunggu kita.

*******
Jam menunjukkan pukul 2.15pm. Lewat.
Jarang biasanya perempuan lewat masa 1st date. Bukan ke biasanya diorang yang excited ke untuk 1st date?
Entah-entah dia dah nampak aku dari jauh dan berasa kecewa dengan apa yang dia lihat lantas dia pun bergerak pulang sambil memaki babi babi babi berkali-kali?
Entah-entah dia saja mempermainkan hati aku dengan saja berjanji walhal takde niat pun nak datang.
Entah-entah…
“Hai, awak Mikael ke?”
Aku mengalih pandangan pada suara ayu yang ditujukan pada aku itu.
Spontan, aku senyum.

*******
“Awal balik.” ujar Azam sambil tersenyum mengejek.
“Diamlah”

Thursday 28 August 2014

Tragedi : Open House : Crush hati



Ngam-ngam waktu aku sampai ke open house crush hati pengarang jantung aku, terus hujan lebat selebat alam serupa tiada hari esok. Nasib baik. Dah la aku naik motor. Kau bayangkan la pergi ke rumah crush hati dengan keadaan basah lencun. Aib siut.
Kalau badan sado takpe jugak.
Mata aku tercari-cari la kot-kot ada kawan-kawan kelas aku yang ada sama dekat sana. Ada. Baik punya melepak dekat ruang tamu sambil berborak rancak dengan tuan rumah (yang juga memerangkap crush hati). Amboi Aswad amboi. Seronok nampak gelak-gelak sambil macam nak bertempuk tampar. Aku tampar muka tu kejap lagi.
Mata terpandang dan Nina senyum ke aku. Senyum suka. Senyum happy. Senyum seolah nampak bakal suami.
Hiks.

*******

Rendang dah dalam pinggan. Bukan main sedap. Tu belum cerita bandung soda dia macam mana padu pergi dia. Sedap. Baru nak jamah selera sebab dari pagi belum makan, Nina datang duduk dekat sebelah.
Lama jugak tak berjumpa. Ada la dalam 3-4 tahun. Borak la pada benda benda basic contohnya, macamana study? Best tak? Sekarang kerja ke? Oh belum lagi. Habis tu bila nak kerjanya? Oh dan Oh. Semuanya soalan basic.
Dan, elok masa aku nak hirup bandung soda, Nina tanya,
“Kau bila nak kahwin?”
Aku tersedak sikit tapi pantas aku cover bagi macam takde la nampak tersedak. Sempat jugak aku cubit kecil ke paha kiri aku bagi rasa sakit supaya nak tunjuk apa yang aku lalui sekarang bukan mimpi.
“Aku lambat lagi”
“Nanti dah kahwin, jangan lupa jemput aku. Jangan sombong” jawab dia sambil tersenyum.
Ni peluang ni. Peluang nak bagi pick up line.
“Yela, aku kahwin memang la kena jemput kau. Kalau tidak, siapa nak duduk sebelah aku nanti masa atas pelamin esok?” jawab aku yakin sambil pandang mata dia tepat.
Ya Allah dia punya senyum lepas tu, syurga.
Lepas tu, kami saling gelak. Eleh, aku tau kau gelak sebab nak cover segan kan? Malulah kalau kantoi yang kau pun turut sama minat aku.
“Kau pulak? Bila nak kahwin?” tanya aku ke Nina.
“Aku tunggu kau” jawab dia bersahaja dan kemudian gelak-gelak kecil.
Sumpah masa tu aku rasa macam SPM, aku dapat 11 A1. Rasa seronok dia tu. Tapi,  takde lah pamer ketara dekat wajah. Wajah aku, aku steadykan.
“Kau jangan, aku call ibu aku sekarang suruh masuk meminang kau karang. Haa haa”
“Hahaha, kau ni kelakar la. Tak pernah berubah” jawab Nina sambil ketawa kuat.
Kemudian, dia berdiri naik ke tangga.
Lima minit kemudian, dia turun semula dengan sepucuk surat. Dihulurnya kepada aku.
“Apa ni?” tanya aku.
“Kad kahwin aku. Aku bulan depan ni nak bertunang dah. Bulan 12 aku kahwin. Datang tau. Kad, by hand aku bagi ni”

*******

“Lencun lencun balik dari open house ni apsal? Tak boleh tunggu hujan reda ke?” tanya ibu aku dari muka pintu.
“Malas.”

Wednesday 27 August 2014

Sekeping gambar dan beberapa percubaan untuk memperolehnya.



November 2003 : Darjah Enam

Lepas UPSR bulan September hari tu, aku nampak semua pelajar dan cikgu-cikgu sekolah dah mula lepas tangan. Lepas tanganlah kalau dah semua cikgu macam malas masuk kelas, kau dekat kelas pulak boleh bantai susun meja, pasang Jutaria sambil marah-marah kalau orang curi 5000 dekat bank. Tu tak masuk lagi orang main sepak tutup botol dekat koridor macam maijn bola padang. Memang takde sempadan punya kegembiraan.

Dan adat aku setiap tahun, pada hari terakhir persekolahan, aku akan bawak kamera ke sekolah. Pantang ada gambar menarik, aku snapkan dan bakal ditatap penuh asyik sebulan lepas tu.

Tak macam tahun-tahun lepas, tahun ni aku ada satu misi penting sebelum persekolahan hari ni benar-benar habis. Aku nekad yang aku perlukan gambar dia. Nak jugak sekeping. Lantaklah.

Apa dia tu? Gambar siapa? Fatin lah. Korang baca ke tak baca ni?

Kalau nak minta direct ke dia, itu memang mustahil. Bukan sebab aku segan ke apa, sebab semalam Man Gelabah ada la acah-acah minta nak bergambar dengan Fatin ni (Binawe kau Man Gelabah gemuk), Fatin reject dengan tenang je. Sampai tahap si Man Gelabah ni dah macam apa entah merayu dah (Man Gelabah babi), kiranya siapa yang tengok drama minta bergambar dari pagi pukul 7.30am sampai ke nak waktu balik tu, sedarlah bahawa Man Gelabah ni memang jenisnya muka tak tahu malu (padan muka kau Man Gelabah). Aku taknak la nampak macam tu.

Tapi aku still nak jugak gambar dia. Dan aku buntu caranya.

Kemudian, menyala satu mentol atas kepala.

Aku cari dia dekat mana, dan aku nampak dia sedang duduk elok di mejanya sambil menconteng dalam buku. Entah menconteng apa. Tapi bagi aku, contengan dia tu menarik (dah diam). Aku syak dia leka sebab bila aku berdiri betul-betul sebelah dia, dia tak perasan aku pun.

Jadi, aku letakkan kamera betul-betul atas meja dia.. Dia masih tak perasan. Kemudian, aku hadapkan sedikitm kamera tu ke wajah dia dalam keadaan dia leka. Dan, aku tekankan timer.

“Klik!”

“Flash!”

“Sreeetttt” bunyi filem dalam kamera bergulung. Habis. Memang betul punya ngam-ngam cukup filemnya.

“Hey!” jerit Fatin.

Laju aku grab kamera aku sambil cuba bina ayat cover yang meyakinkan.

“Eh, sorry la. Aku tak tahu pulak dia tangkap gambar. Serius aku tak tahu”

“Mmm” sambil buat muka marah tapi comel dia tu.

Aku cepat-cepat cabut sebelum siapa-siapa nampak, sebelum aku gelabah dan lepas tu terproposed ajak nikah, sebelum dia cairkan lagi anggota tubuh.

Sebulan lepas tu, aku ada sekeping gambar Fatin yang aku tangkap sendiri.

Masa tu, aku happy. Sangat happy.


Gadis yang aku tak sangka lepas tu akan robek hati aku padu-padu sampai lukanya terbawak-bawak sehingga 7 tahun lepas tu.


Tuesday 26 August 2014

Penanda aras gadis comel.



Mac 2003 : Darjah Enam

Hakikatnya, pencarian gadis comel untuk dijadikan penanda aras ni dah lama dah berkubur sebaik sahaja berita pemergian Nana ke Perak disebarkan. Kalau ada yang meletakkan penanda aras pun, bukannya secara serius ataupun penanda aras sekadar untuk diri sendiri. Itu saja. Semua ni atas tiga sebab utama.

Satu, tahun ni semua budak Darjah Enam nak UPSR. Kalau kelihatan dua sehingga empat orang sedang berkumpul sambil berbual, itu kalau tak topik perbincangan Matematik yang superb jahanam susah hasil ajaran Cikgu Norlia, mesti pasal kelas tambahan yang diuar-uarkan akan berlansung bermula dari bulan April, awal sebulan dari tahun lepas. Semua orang tengah fokus kepada exam kedua terbesar selepas PTS (Penilaian Tahap Satu kali terakhir dibuat pada 2000, tapi itu pun tak semua sekolah ada ambik).

Dua, bila masing-masing sudah ada gadis impian masing-masing. Ajib si Atiqah kulit putih melepak tu. Si Man Gelabah tak habis habis cuba berbual dengan Seeha. Azim dengan si Sarah. Kiranya masing-masing sudah cuba mengayat perlahan gadis impian masing-masing. Yang lambat sikit nak move on dari kisah cinta Nana ni mungkin Izam dengan Azim je. Tapi aku rasa Azim laju je dah move on. Yang si Izam ni aku tengok, nasi lemak pun makan setengah bungkus tak habis lagi ni. Tak move on lagi la tu.

Tiga, sebab pelopor utama kepada misi pencarian gadis penanda aras ni, iaitu Azim sendiri dah malas nak tentukan gadis penanda aras. Bagi dia, semua berhak menjadi gadis penanda aras dan bukannya hanya seorang gadis sahaja. Ni aku syak strategi baru Azim untuk mengayat lebih ramai lagi gadis. Kita tengok la dalam dua tiga tahun lagi mungkin dia dah jadi playboy paling besar di Selangor. Ciri utama dah ada tu.

Ditambah pulak dengan kegagalan Feeza bulan lepas dalam menjadi penanda aras utama, maka pencarian tu secara sendiri ditutup. Maka, kalau ada gadis cantik mana-mana yang dijadikan penanda aras pun, semua simpan untuk diri sendiri je.

Aku pun sama jugak ada cari seorang.

Pencarian ni asalnya takde serius pun. Tapi macam yang aku cakap tadi lah, kalau dah tiba-tiba Ajib pun dah borak dengan crush hati. Oh, takpe lagi. Azim dah start mengkagumkan gadis-gadis dengan falsafah jiwang dia, oh belum boleh bertakut lagi. Man Gelabah! Kau bayangkan. Man Gelabah pun dah mula acah-acah kacau Seeha tu apa cerita? Man Gelabah bai. Kalau kalah dengan Man Gelabah ni, takde penghinaan lain dah yang kau boleh accept kau tahu! Ini tak boleh jadi. Aku pun kena jugak berbual dengan crush hati aku nan sorang ni!

Tetapi, seperti yang sedia maklum oleh semua orang, aku ni pemalu. Nak bercakap dengan perempuan yang aku tak minat, memang takde masalah lansung. Namun, kalau nak mulakan perbualan dengan gadis impian, gadis pujaan, gadis yang selalu menghiasi angan sebelum tidur malam, aku jadi lelaki paling bapok.

Macam sekarang ni, aku hanya memerhatikan gadis yang aku maksudkan dari jauh. Ada la dalam dua tiang bangunan. Dia sedang berbual dengan dua orang kawan perempuannya dengan topik entah apa. Nasib baik dengan perempuan. Kalau dengan lelaki dan hanya berdua je, aku mungkin sekarang tengah genggam buah epal sampai ianya berkecai hancur bagi menggambarkan aku geram tahap mahu bertumbuk dengan lelaki tu. Apa dia? Jeles? Tak. Aku gelarkan ianya, “Memberikan pandangan buruk kepada pesaing.”

Nama dia Fatin.

Dia putih.

Dia berwajah innocent.

Dia cakap lembut penuh sopan.

Dia bertudung.

Dia buat ni ni hati ni tetiba nak cair tak tentu pasal.

Dan kalau tertanya-tanya apsal tak wujud watak Fatin ni dari awal? Apsal tetiba dia ada? Dia boleh fight Nana ke sampai kau gantikan dia?

Fatin baru masuk tahun ni, Januari.

Dan masa pertama kali  aku tatap wajah dia tatkala kaki dia melangkah masuk ke kelas, tubuh aku sudah pun laju merembeskan peluh dingin sejuk sebab hati kata ya itu dia, itu dia gadis yang bakal kau serahkan hati sehingga separuh mati.

Tu belum lagi masa Cikgu Mariah minta dia perkenalkan diri dan aku dengar,

“Hai, saya Nur Fatin Bt Azman. Panggil Fatin”

Masa tu, aku dah sampai Paris. Sedang berbulan madu dengan dia dalam imaginasi sendiri.

Boleh tahan jugak imaginasi seorang budak darjah enam ni.

Kalaulah tiba-tiba dia panggil aku untuk datang dekat ke dia sekarang ni, alangkah indahnya dunia aku. Fatin. Panggillah aku. Panggillah aku. Please. Please. I’m begging you please,

“Mikael! Mikael!” panggil Fatin secara tiba-tiba sambil melambai suruh aku datang ke dia. Aku kaget nak mampus. Dia ada power psychic ke apa sampai boleh dengar apa yang aku cakapkan dalam kepala ni? Dengan tenang tapi langkah melaju sebab excited tapi aku try jugak sorokkan sikit excited aku, aku datang dekat.

“Kenapa ni Fatin?” tanya aku bila dah berada betul-betul berdepan dengan Fatin. Debar nak meninggal hadir perlahan memeluk tubuh. Dan jugak baru aku sedar, aku, campur Fatin dan dua orang kawannya ni, maka jadilah kami sekumpulan empat orang yang sedang berkumpul sambil berbual.

Oh damn. Ni tak lain ni mesti...

“Mikael faham tak soalan Matematik yang Cikgu Norlia ajar hari tu? Kitorang tak faham apa la. Macam mana nak buat yek?”

Kan aku dah cakap tadi.


Sunday 24 August 2014

6 tahun selepas aku koyakkan buku Farah dan Izam koyakkan buku Nana.



November 2007 : Tingkatan Empat

“Izam, baik kau mengaku, memang kau jugak yang koyakkan buku si Farah tu kan masa Darjah Empat dulu? Sebab buku Nana dulu pun kau koyakkan jugak sebab perkara yang sama kan?” tanya Ajib seloroh.
“Buto ah mana ada! Buku Nana tu ye la aku koyakkan. Aku sakit hati time tu babi. Hahaha. Yang buku Farah tu sumpah aku tak tahu”
“Jangan nak nafi lebih la Izam. Yang boleh buat perkara-perkara luar jangka ni takde lain dah tau. Kau je Izam. Mengaku je la!” tembak Man Gelabah lagi ke Izam.
“Sumpah la weh! Bukan aku. Aku pun bukan suka sangat dekat si Farah tu”
“Habis tu, siapa je yang suka sangat ke si Farah tu?”
“Tak silap aku kan, engkau la Ajib. Aku ingat lagi masa kau bengang tahap mencarut bodoh bodoh bodoh dekat si Shah sebab kau nampak dia dengan Farah dating dekat padang. Plus, aku ada dengar cerita dia pernah mengaku dia tak suka budak gemuk. Mesti kau sentap!”
“Haha, itu memang aku sakit hati, tapi takdelah sampai nak koyak buku orang!”
“Eleh, benda memalukan memang takde sorang nak mengaku dia buat. Orang gila je nak mengaku,” tembak Izam pulak ke Ajib.
“Macam kau mengaku yang kau koyakkan buku si Nana tu ke Izam?” ujar Azim tetiba.
Meja riuh rendah dengan ketawa. Aku pun ketawa jugak. Nak cover.
Pelan-pelan, aku hirup teh o ais aku sambil telan sama kegelabahan takut dikesan perlakuan aku yang dulu.
Dalam hati, aku berdoa bila dah balik dari lepak nanti kepala diorang semua terhantuk ke mana-mana bucu meja lantas menghilangkan ingatan mereka terus pasal kejadian tu.




P/S:
Insiden aku koyak buku Farah : Sini
Insiden Izam koyak buku Nana : Sini
Insiden awak koyak hati saya : Sekarang

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.