Post kali pertama adalah pada 19 Novermber 2013.
Kalau lepas kau baca lepas tu kau suka nokhorrom gelak meroyan, haruslah kau tahu bahawa,
Aku akan post setiap hari Selasa, kalau rajin.
Aku akan post setiap hari, kalau aku extra rajin.
Aku akan post bila aku ada idea, kalau aku ada idea.
Gituw.
Untuk faham siapa itu Tom, baca dekat bawah. Jangan malas:
Tom bukanlah seekor kucing seperti yang ada dalam cerita Tom and Jerry. Tom juga bukanlah sebuah frasakata yang digunakan dalam tajuk sebuah rancangan eksploitasi kanak kanak yang meracun ibu-bapanya supaya berbangga jika anak jadi artis dan maki hamun kalau anaknya gagal walaupun UPSR pun kelaut di siaran TV berbayar.
Tom adalah Tom.
Dan Tom, mungkin juga adalah aku.
Mungkin.
Aku kata mungkin sebab ada masanya point dan cerita aku terbergabung antara realiti dan fantasi.
Dan jugak,
Supaya aku boleh ujar frasa ini bila kau soal aku tentang moraliti,
“Eh, ini kan cuma cerita fantasi. Kenapa kau yang nak emo lebih pulak ni?”
Kenapa nama dia Tom?
Sebab kalau aku letak nama dia Mamat, bukan main tak market lagi nama tu.
No comments:
Post a Comment