Aku berlari memanjat bukit,
Dia atas bukit aku menjerit,
Menjerit kuat sampai telinga aku bingit,
Menjerit kuat sampai tekak aku perit,
Masih tak berkurang hati yang sakit.
Adakah aku perlu berjalan ke bandar dan
berteriak,
Berjumpa dan bersalam dengan khalayak,
Yang kadangnya lebih plastik dan tak koyak,
Tapi aku sedar bercakap pun aku tak layak.
Pergi pergi,
Makin jauh aku lari,
Mahu saja aku robek hati yang terasa luka,
Agar boleh aku ubati dengan apa yang ada,
Agar aku boleh perhati kau pulih semula,
Tapi aku tahu aku masih rasa sama,
Adakah aku perlu gantikan hati yang luka,
Kepada sesuatu yang baru dan yang aku suka,
Ataupun aku perlu berlari memanjat ke bukit
dan hanya menjerit semula
No comments:
Post a Comment