Showing posts with label Innerself. Show all posts
Showing posts with label Innerself. Show all posts

Sunday, 28 June 2015

Sebelum tidur, maafkanlah semua orang.


Aku ada dengar seorang pakar motivasi ni. Dia kata kalau nak hidup tu rasa lebih tenang, setiap malam sebelum tidur tu, maafkanlah semua orang. Ampunkan semua dosa orang yang pernah buat dekat kita. Bila kita tidur malam tanpa ada rasa dendam pada sesiapa, kita takkan rasa tertekan sebab kita dah buang sifat negatif dalam diri. Automatik, perasaan jadi tenang dan tekanan pun hilang. Aku ambik nasihat tu bulat-bulat.
Lepas aku tutupkan lampu bilik, aku berbaring dalam selimut dan mula memandang siling.
Ok, aku nak maafkan semua orang. Semua orang yang pernah buat dosa dekat aku.
Kecuali si Faris tu,
Sebab aku sampai bila-bila pun takkan boleh maafkan dia yang senang-senang hati merampas gadis yang paling aku sayang dan kau tinggalkan dia dalam keadaan dia terkapai-kapai. Kau bayangkan, orang paling aku sayang tu di ayam-ayamkan je oleh manusia durjana. Dah la merampas dia dari tangan kau, tak dihargainya pulak. Kalau kau, kau tak berdendam ke?
Dan jugak si Masyitah tu,
Sebab dialah satu-satunya lecturer yang paling poyo aku kenal sepanjang hidup aku. Dia bajet dia hot agaknya. Sampaikan orang nak minta nombor phone dia atas dasar mudah la nanti nak tanya pasal kelas ke, kuliah ke, dia boleh bantai kata “Taknaklah, nanti awak ambik nombor saya, awak mengorat saya pulak. Saya dah ada suami tau” dan aku macam what the heck? Kau ingat orang suka kau ke? Sebab dia jugaklah pointer aku jatuh teruk sem tu. Binawe.
Dan jugak si Syahmin tu,
Sebab aku pernah minta tolong dia pegangkan handphone aku, tak sangka kau khianat aku dengan cara kau tukarkan bateri handphone aku yang original tu dengan bateri ciplak handphone kau. Untuk apa kau khianat aku macam tu? Dah la tu, kau malukan aku depan orang bila aku minta balik bateri tu. Memang sampai matilah aku tak ampunkan.
Heh.
Dalam keadaan hati aku yang macam ni pun aku masih lagi nak rasa pelik kenapa hati aku susah nak tenang.

*tutup mata*

Saturday, 7 June 2014

Bagaimana Kaki Mosh Boleh Tercouple Dengan Orang Alim Ni?



Yang sorang, nak pergi Konsert pun rasa berdosa macam nak masuk Neraka percuma.
Yang sorang lagi, kaki mosh pantang nampak peluang depan mata.

Dan ini kisah masa Glorious Sessions 2014 itu hari.
*******

Aku masih lagi menutup mata, melayan petikan musik yang aku rindu nak dengar live sejak semua indie dah pandai nak masuk mainstream dan yang tak masuk mainstream macam berkubur leklek dengan family. Kemudian, aku rasa bahu aku diusik. Fokus bertukar.

   "Hey, kau tengok tu" kata Aswad dan aku memaling pandang pada arah jari telunjuk Aswad.

Dan aku nampak gadis mosh yang paling cool yang aku pernah tengok.

Dalam keadaan semua yang lelaki mosh macam tiada hari esok, menggila sepak terajang orang yang leka menangkap gambar untuk dipost di laman sosial, si gadis ini mosh jugak pantang ada ruang depan mata. Bila ruang menjadi sempit, sekeliling lelaki mosh macam mengundang bahaya gila, dia berhenti, undur dan lagak seperti biasa.

Yang paling cool masa tu aku rasa ada sekali yang dia tak sempat nak undur, tangan orang mosh hampir kena muka, dalam lip lap lampu konsert tu, gelap-gelap, dia boleh elak, elak dan undur.

Sumpah cool.
Sumpah cool.
Dan dia buat elakkan tu beberapa kali.

Entah si Plague Of Happiness ni main lagu apa entah aku dah tak peka.

Sebab mata aku dengan Aswad dah fokus seratus peratus dekat gadis ni.

   "Kau pergi la tegur" aku cakap.
    "Kau gila? Baru nak datang dekat nanti dia moshkan aku, melambung"
   "Hek elleh, macam la dia gabak. Kurus kan tu. Dia nak ayun tangan, kau elak-elak la macam dia. Pastu, dia mesti rasa kau ni mengkagumkan sekaligus buat dia rasa tertarik dengan kau. Aku pasti"
   "Hmmm, jap-jap. Bagi aku 5 minit"
   "Ah lembap la. Aku pergi karang"
   "Eh lek lek." Aswad tarik tangan aku.
   "Biarlah aku yang pergi" ujar Aswad sambil tarik nafas. Huu Huu.

   ....

Aswad masih tarik nafas. Gadis tu dah 4 kali berhenti, mosh, berhenti, mosh.

   "Lembaplah kau ni. Babi"
   "Sabar boleh tak? Aku nak konfiden! Aku nak fikir ayat"
   "Lembap! Lembap!" marah aku bertubi sebab rasa rugi lepas peluang.

Tapi, nasib baik jugak Aswad lembap. Sebab masa gadis tengah mosh tu, masa Aswad nak tarik nafas akhir untuk konfiden teguh macam konkrit batu, penghujung lagu, pelan-pelan aku nampak lelaki badan sado serupa raksaksa pakai kopiah pergi dekat gadis mosh tu, bisik sesuatu dan gadis tu senyum gembira (gembira la kot, tengok dari jauh kan). Lepas tu diorang pimpin tangan, keluar dari Dewan SACC tu. Aku dengan Aswad nampak semua tu sebab aku dengan Aswad tetiba terfollow tanpa sedar sampai ke pintu keluar.


Tu kisah bagaimana tindakan Aswad yang amat lembap dalam mengorat gadis yang akhirnya mampu menyelamat aku dan Aswad dari diterajang abang sado.

















Eleh, kalau tadi dia nak tertumbuk aku pun, aku elak la macam awek dia elak orang mosh nak kena muka dia.

P/S : Cerita yang si Nana tu ada sambungan lagi dalam 3 episod. Tapi aku dah compile dan masukkan dalam pertandingan cerpen. Kalau menang, aku bangga jerit yeay yeay dan brag dekat blog ni. Kalau kalah, aku post la sambil mintak simpati. Doakan kami :')

Wednesday, 16 April 2014

Gaya Kucing Berjalan.




Kau pernah tengok gaya kucing berjalan?
Aku suka tengok gaya mereka.
Begitu elegen. Langkah tersusun atur.
Terutama bila dia datang menghampiri mahu bermanja,
Rasa sekejap seolah kau berkuasa,
Boleh membelai,
Boleh mengusap,
Dari gaya jalan dia datang pun kau dah dapat rasa dia gembira,
Tapi,
Aku boleh jadi benci jugak pada kucing atas sebab yang sama.
Gaya jalan.
Lagi-lagi bila dia berlalu dari kau kerana ada sesuatu yang lain menarik perhatian dia,
Begitu bergayanya kau berjalan tinggalkan aku,
Apa happy sangat ke kau sebab dapat tinggalkan aku dulu sebelum aku buat begitu?

Setan.

Saturday, 22 February 2014

Hati luka.



Aku berlari memanjat bukit,
Dia atas bukit aku menjerit,
Menjerit kuat sampai telinga aku bingit,
Menjerit kuat sampai tekak aku perit,
Masih tak berkurang hati yang sakit.

Adakah aku perlu berjalan ke bandar dan berteriak,
Berjumpa dan bersalam dengan khalayak,
Yang kadangnya lebih plastik dan tak koyak,
Tapi aku sedar bercakap pun aku tak layak.

Pergi pergi,
Makin jauh aku lari,

Mahu saja aku robek hati yang terasa luka,
Agar boleh aku ubati dengan apa yang ada,
Agar aku boleh perhati kau pulih semula,
Tapi aku tahu aku masih rasa sama,

Adakah aku perlu gantikan hati yang luka,
Kepada sesuatu yang baru dan yang aku suka,

Ataupun aku perlu berlari memanjat ke bukit dan hanya menjerit semula

Monday, 3 February 2014

Kenapa kita harus senyum?



     Kadang-kadang bila kau nak senyum, senyum sampai ke telinga. Bila orang tanya kenapa, kau nak jawab aku punya suka. Orang tu marah kau ni dah kenapa? Kenapa kau pentingkan diri? Kenapa nak senyum seorang? Kau ingat aku ni mesin ke? Aku juga perlukan senyuman panjang! Bagitau aku, tak salah kita senyum bersama kan? Aku akur dan cerita kenapa aku senyum dan kau pandang jelik.

     "Tu je?"
     Habis tu, kau harap apa?

     Kadang-kadang bila kau malas nak senyum, muka keras sekeras batu. Bila orang tanya kenapa, kau nak jawab tak penting mana. Orang tu emosi kau anggap aku ni apa? Kan duka tu boleh berkongsi? Kenapa nak berduka sendiri? Kau ingat aku ni tunggul ke? Cuba kita kongsi cerita ini! Bagitau aku, tak salah kita berduka bersama kan? Aku akur dan cerita kenapa aku malas senyum dan kau pandang aku pelik.

     "Tu je?"
     Habis tu, kau fikir apa?

     Kau kata, masa aku patut senyum aku senyum, masa aku tidak aku tidak. Kan aku dah buat macam tu kata aku. Kau jawab tak kau tidak. Dan kemudian kau bagi aku tutorial senyum yang amat lebar sampaikan aku rasa aku sebuah mesin masyarakat. Aku perlu ikut masyarakat dan kehendak orang dan bukannya kehendak aku.



     Cerita dia nak senyum salah, taknak senyum pun salah.
     Tak cukup lagi ke plastik dekat luar tu yang mampu menghiburkan kau?
     Sampai aku pun kau nak ajak sekali?

Saturday, 24 August 2013

4 Cerita Semasa Berjumpa Taufiq.



      “Banyak benda yang aku nak cerita ni” ujar Taufiq, birthday boy ni excited satu macam bila jumpa aku hari ni. Mana tak excited. Kalau kau aku bagi peluang nak makan apa pun mintak je. Aku belanja. Mesti kau pun turut excited sama.

Mungkin jugak kau peluk peluk aku erat erat tanda sayangnya kau pada aku.

Atau mungkin juga setiap lawak yang aku buat kau akan ketawa macam tiada lagi peluang untuk kau ketawa hari esok.

Tapi aku tahu yang Taufiq ni bukan plastik. Lebih kepada tak pandai nak buat plastik sebenarnya.

Selepas memesan set Pizza Hawaian Chicken, aku memandang Taufiq seolah memberi isyarat untuk memulakan bual bicara.

     “So, apa cerita Mary kau?” Taufiq bukak perbualan.

Aku diam. Kemudian senyum buat buat.

     “Macam tu la. Mana ada cerita apa apa. Nak macam mana lagi” Tak, sebenarnya ada cerita dia. Panjang sikit. We’ll get into that.



Cerita 1. (Selagi tak terluah)


     “Hari tu aku date dengan Yan” ujar Taufiq

     “Yan? Yan mana?”

     “Yan. Crush aku masa Matrik. Yang aku minat sangat ke dia tu”

     “Oh, ingat. So, macam mana date?”

     “Best. Dia pun boleh tahan jugak banyak bercakap.”

     “Kalau dah minat, mintaklah couple dengan dia”

     “Aku takut dia tak suka aku”

    “Perempuan ni, kalau dia tak tengok jam, dia tak asyik tengok handphone dan jugak mata dia tak meliar masa kau tengah bercakap membawa kepada dua maksud. Satu, dia respek kau. Dua, dia berminat dengan kau”

    “Berminat dengan aku?”

    “Or at least dengan benda yang kau cakap. Oh wait, siapa yang minta nak balik dulu?”

    “Sama-sama. But i think, aku yang cakap “Eh, dah pukul berapa dah ni? Jom kita”. Ha, aku yang cakap dulu”

     “Aku rasa dia pun minat kau la. Try la minta couple dengan dia”

     “Aku takut kena reject la”

     “Kalau kau takut, sampai bila bila kau tak tahu jawapan. Kau ingat dengan pendam perasaan macam gitu perjalanan jadi mudah?”

    “Biarlah. Dari aku terus hilang dia.”

   “Lantak kau la. Jangan nanti bila umur kau dah 35, kau masih lagi meratap sambil tengok gambar perkahwinan dia 10 tahun yang lalu. Sebab bagi aku, kalau ada soalan perlu ditanyakan jawapan. Jika suka, katakan suka. Jika tidak, katakan tidak. Kau kena tahu, cinta sebenarnya mudah. Yang menyukarkannya hanya manusia.”

     “Ah kau. Bab nasihat orang cukup pandai”

     “Mana ada tukang gunting yang pandai guntingkan rambut dia sendiri”

Kan. Betul tak aku cakap?



Cerita 2. (Kalau dah tak suka)


     “Budak Soksek buat reunion”

Aku angguk.

     “Ha, tahu. Kan kau dah chat aku tanya aku nak pergi ke tak. Malas la. Kitakan budak batch baru. Mana boleh ngam dengan circle diorang.”

     “Ye tak ye. Tu la. Kalau kau ni dah dibenci, kau buat apa pun orang tak suka”

     “Yarr, i know that. Kau ingat lagi Si Pazlee masa kelas hari tu. Kan dia tu orang tak suka sangat”

     “Apsal entah orang tak suka dia?”

    “Dia kantoi melancap dalam tandas. Lepas tu tersebar la berita tu bagai. Walhal aku rasa semua orang pernah melancap dalam tandas tu”

     “Aku tak pernah”

     “Aku pun”

Terdiam 5 saat.

     “By the way, after that kau ingat tak yang dia pernah offer diri nak tolong masa hari sukan. Time tu memang AJK sukan tak cukup orang. Punya tolak bantuan dia pasal dah benci kan. Padan muka jugak la bebudak AJK sukan time tu tak cukup orang”

     “Wait, takkan sebab tu je? Pasal melancap dalam tandas je?”

Aku kerut dahi berfikir.

     “Entahlah. Macam ada benda lain dia buat tapi tak ingat. Kisah melancap tu je paling melekat”

     “Oh.”

Aku hirup Pepsi aku. Perlahan. Sungguh. Memang aku tak ingat kenapa dia betul betul dibenci. Tapi yang pasti, aku dengan si Taufiq ni pun turut benci dia jugak.



Cerita 3. (Memori zaman kegemilangan)

     “Kau tahukan sebenarnya bila orang upload gambar, diorang rindukan situasi tu. Dan kalau boleh, diorang nak kembali semula ke zaman di mana diorang disitu. Mungkin ada kesilapan yang diorang buat Ataupun zaman tu zaman yang dia nak ulang semula.”

     “Kau cakap pasal siapa siak? Aku ke? Aku mana pakai gambar lama!” aku terasa pasal aku memang susah nak mati untuk move on. Ah kau. Jangan nak ketawakan orang sangatlah.

     “Bukanlah. Aku cerita pasal bebudak yang aku stalk profile dia la”

     “Uuu, Stalker”

     “Ah kau, macam tak pernah stalk orang.”

     “Kau stalk siapa?”

     “Megat. Kau jangan cakap aku gay. Memula aku stalk Tasha, lepas tu aku nampak dia comment gambar Nadrah. Aku stalk Nadrah. Lepas tu aku nampak dia like status Omeng, aku bukaklah profile Omeng. Lepas tu aku nampak Omeng kena tag dalam gambar. Gambar tu Megat punya. Megat pakai gambar masa dia Matrik tu. Masa tengah slim. Gila apa pakai gambar 4 tahun lepas.”

Cycle of Stalk. Sedar sedar kau dah stalk benda bukan bukan.

    “Oh, macam si Megat tu kau tengok la balik masa dia dekat Matrik. Tu kan zaman kegemilangan dia. Punya playboy. Semua orang cop dia budak pandai dan hensem. Kau sebut la satu nama perempuan yang tak cair dengan dia”

      “Lisa tu”

     “Lisa tu Lesbian, bodoh. Dah la kantoi dengan aku tengah cium Zana dekat belakang makmal”

     “Kau buat apa dekat belakang makmal?”

     “Kan kalau nak pergi date dengan Yanti dekat Kelas Tutor, kena lalu belakang Makmal”

    “Tak payah pun takpe. Kau ni yang nak lalu jalan sembunyi sembunyi. Nampak sangat nak beringan-ringan tanpa diketahui khalayak”

     “Diamlah. The point is macam kau cakap tadilah. Kalau pakai gambar gambar lama ni, tanpa sedar kau rasa nak kembali semula ke masa kegemilangan kau.”

     “Aku tahu point aku berasas” ujar Taufiq bangga sambil mengambil potongan Pizza yang kedua.

Cerita dia memang aku takde niat pun nak beringan dengan Yanti dekat kelas Tutor. Aku memang suka nak jalan ikut situ. Masa aku nampak Lisa dengan Zana tengah cium tu, memang Taufiq la orang pertama aku cari nak bercerita. Semua aku cerita detail. Cuma yang aku tak cerita dua hari lepas aku nampak diorang cium, Lisa offer nak cium aku pulak supaya aku tutup rahsia dia. Aku tolak. Sebab time tu aku dah ada makwe. Eh, tolak bukan sebab berdosa yek. Jahanam betul aku.


Cerita 4. (Bukan kau sorang)


     “Kau tahu tak..” kata Taufiq sambil mengeluarkan Iphonenya

     “Apa?”

     “Kau la orang pertama ucapkan untuk aku selamat hari jadi through message. Sedih sial sebenarnya hidup seorang ni. Rasa lonely”

      “Aku pun sama”

     “Tipulah. Kau ada awek kot. At least akan ada seorang ucapkan untuk kau”

Hahahaha. Korang tahu kisah aku kan?

     “Rilek la. Kau nak berapa ramai ucapkan happy birthday untuk kau. Aku pun tak ramai orang ucap”

     “Tipu la. Aku rasa cara kau meraikan harijadi kau mesti superb dan fun”

Aku tak cakap bohong. Kalau dengan cara duduk dekat kedai mamak seorangdiri sambil turut sama berbual tentang future dengan innerself itu kau kata seronok, well i have so much fun.

*******


      “Nak lepak lagi ke?” ujar aku lepas habis bayarkan bil Pizza Hut dekat kaunter.

     “Macam menarik”

     “Kau baliklah. Kan adik kau nak surprisekan kau dengan Sushi.”

    “Tapi tak puas siak berborak dengan kau”

     “There still tomorrow. Agak agak nak lepak, Whatsapp la gua”

Taufiq akur. Lepas shake lebih kurang dari atas motor, aku biarkan motor Taufiq mendahului aku.





Kelakarnya bila kadangnya kau rasa hidup kau dah habis lonely,
Sedangkan ada orangnya yang takde pun kekasih lagi.
Macam aku ni lain pula kisahnya.
Kadang kadang aku pun confuse sama ada aku ada kekasih ke tidak ni sebenarnya.
Jahanam.

Sunway Pyramid
19 Ogos 2013

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.