Monday 25 November 2013

Tom Dan Rasa Bersalah 2.


Masih lagi dalam bas yang serupa, lelaki berbadan besar di sebelah Tom sedang menelefon seseorang untuk mengambilnya.

Ketawa bukan main besar bila dia buat lawak dan makin besar ketawanya bila Tom rasa lawak yang dimaikan lelaki berbadan besar itu disambung dengan lawak yang lebih kelakar oleh temannya di telefon, Gembira betul rasanya hati lelaki berbadan besar tu. Rasanya mesti dia dah tak marah lagi. Rasanya mesti dia dah tak emosi lagi.




Makin lega hati Tom.
Chapter 4.

Friday 22 November 2013

Tom dan Rasa Bersalah.

Kita lupakan sejenak kisah Tom yang tamak tu,

Ini kisah Tom masa nak pergi sebuah temasya sukan anjuran pengguna Twitter di Kuala Lumpur. Dari Johor hendak ke Kuala Lumpur, maka haruslah menaiki bas express bukan?

*******

Tom rasa bersalah.



Bila bas berhenti di R&R, Tom cuba hendak keluar dari tempat duduk. Tom terasa menyesal sebab duduk kerusi yang belah ke dalam. Dan orang ditepinya boleh tahan gergasi. Masa Tom hendak keluar, pahanya tergesal pada beg yang tergantung pada belakang kerusi. Tom cuba rentap pahanya dan begitu juga tali beg yang tergantung itu. Terentap.

Mungkin. Sebab dalam bas masa tu masih separa gelap. Lampu masih tidak dibuka sepenuhnya lagi. Tapi Tom nampak yang tali tu memang seolah sudah terputus dua. Dan juga orang berbadan besar di sebelah Tom itu terjaga jugak dari tidur. Dalam mamai mamat tu, Tom nampak mamat tu terbelek-belek beg yang “terentap” tu. Dalam gelap.

Tom turun dan menuju ke tandas untuk tujuan asal. Kemudian, Tom pergi ke lori yang menjual makanan sambil menjeling kalau-kalau ada beg plastik. Ada. Dan Tom mula memandang pada makanan di lori tersebut. Apa yang hendak dibeli supaya dia boleh dapat beg plastik yang paling besar fikir Tom. Tom capai sebungkus Cheezels dan menghulurkan pada penjual. Walaupun usahanya hampir gagal sebab beg plastik yang ditarik oleh penjual adalah kecil, namun Tom dapat jugak beg plastik besar. Itupun selepas kena gelak dengan penjual sebab gunakan taktik seperti dinyatakan oleh penjual sebagai “entahapapa” bagi mendapatkan plastik besar.

Tom naik ke atas bas semula dan mula risau. Tom fikir ayat apa dia nak cakap dengan lelaki badan besar itu. Tom fikir, takkan nak cakap sorry je dan hulur plastik macam gitu je. Seingat Tom tadi, lelaki tu pakai baju melayu hitam berkain pelekat dan memakai serban. Tom fikir ah sudah. Tom mana reti nak cakap arab.

Sampai saja Tom di kerusi, Tom tak nampak lagi beg yang tersangkut di belakang kerusi tu. Kali ni lebih jelas sebab lampu dalam bas sudah dibuka sepenuhnya. Beg tu pun lansung Tom tak nampak di mana-mana. Tapi Tom nampak ada beg galas besar yang diletakkan di tepi kerusi. Fikir Tom, mungkin sudah dimasukkan ke dalam beg galas.

Tapi sekarang, Tom lebih yakin yang beg itu sudah terputus talinya.





Dan hakikat itu yang menguatkan lagi perasaan Tom bahawa dia memang sudah bersalah.

Chapter 3

Monday 18 November 2013

Tom, Penyesalan dan Gadis-gadis yang dia suka tapi tak dapat.



Tom ada kekasih. Rose namanya. Rose ni cantik. Dia putih. Tidak terlalu kurus dan tidak gemuk. Boleh kata kalau Tom bawak Rose keluar berjumpa kawan-kawan Tom, semua kawan dia akan gigit meja sambil tangkap jeles dengan Tom sebab berjaya menambat hati Rose.

Tapi, Tom masih tak faham. Bila Rose ajak Tom untuk berkahwin, Tom taknak. Berbelah bagi dan resah. Puas Tom fikir kenapa dia kena ada perasaan macam tu. Keresahan itu. Bukankah sepatutnya bila orang yang kita cinta ajak kita untuk hidup bersama, kita akan senyum lebar dan menerima dengan rela? Dan bukannya seolah-olah menerima sebuah beban yang tak boleh nak diterima. Dan ketika itulah, Tom mendapat satu teori.

Mungkin sebab Tom tak dapat perempuan yang dia betul-betul nak.

Sebab apa Tom fikir macam tu? Sebab semua perempuan yang Tom minat, mesti dia takkan dapat dan itu membuat  dia tersangkut dalam perasaan. Dan dia juga risau seandainya dia terus jugak berkahwin, dia akan kahwin dengan keadaan penuh penyesalan. Mungkin.

Tom dulu pernah minat Atin. Atin baik. Kalau Tom bawak Atin ke rumah untuk ditunjukkan kepada kedua ibu bapanya, soalan seterusnya yang perlu dijawab Tom adalah tarikh perkahwinan mereka berdua. Tapi Atin lebih suka Aris. Dan bila Aris buat palat, dia kini dengan Ismail. Dah 5 tahun masih  bersama. Itu bukti yang Atin juga setia orangnya.

Tom dulu pernah minat Hana. Hana lebih tua 4 tahun dari Tom. Dari segi selesa, Tom cukup selesa dengan Hana. Tapi Tom dengan Hana pernah bergaduh mulut dan mula tak bertegur sapa. Bila Tom menyesal dan mahu minta maaf semula, Tom dengar khabar yang Hana dah nak berkahwin dengan lelaki yang menjadi punca gaduh antara Tom dengan Hana. Sekarang Hana sudah ada seorang anak perempuan yang comel.

Tom dulu pernah minat Fara. Fara ni biasa-biasa. Tapi sifat Fara yang biasa-biasa tu yang buat Tom jatuh cinta. Tom dan Fara tak pernah berbual panjang ataupun keluar bersama. Lebih kepada secret admired. Itupun sebab Fara ni senior Tom. Dan, Tom jugak gemuk orangnya. Tom jadi segan dan tak pernah nak tegur panjang. Habis kuat pun cuma senyum bila mata bertentang. Itupun dah boleh buat Tom senyum panjang. Segan Tom sampai Fara sudah habis belajar dan Tom masih lagi di Universiti yang sama. Hubungan “tak rasmi” itu pun terpisah secara sendirinya.

Tom pernah minat Nisa. Nisa ni cantik. Tahap Tom kenal Nisa dari Nisa seorang Freehair, kepada gadis acah-acah bertudung sehingga kini menjadi seorang muslimah. Kira sebelum Nisa jadi baik alim pun Tom sudah kenal dengan Nisa. Tapi Nisa tak pernah respon dengan cinta Tom, LANSUNG. Tom tak pernah cakap direct. Dia pemalu. Tapi hint dari Nisa pun Tom tahu yang Tom takkan mungkin ada peluang. Masa tu jugak, Tom tahu yang kekasih Nisa adalah seorang pemain ragbi. Tom makin down bila Tom ternampak badan sendiri dekat cermin.

     “Habis tu, Rose tu dulu masa kau mula-mula nak couple, kau tak minat dia ke?” tanya Rizal. Tom tak boleh jawab.

Jadi sebabkan teori Tom tu, Tom cuba  jugak nak apply tempat praktikal yang sama dengan tempat Sara kerja. Supaya dia boleh tahu adakah teorinya itu benar. Dengan pengesahan teori itu, bolehlah dia kahwin kelak dengan senang hati tanpa penyesalan. Fikirnya.

Tom mungkin sudah makin kacak. Mungkin sudah makin hensem. Sebab baru lepas dua bulan Tom praktikal, Tom sudah dapat tambat hati Sara. Kesian Rose. Masa Tom katakan yang hubungan cinta mereka sudah berakhir, Rose menangis seolah tiada hari esok. Tom tahu tangisan Rose masa tu bukannya tangisan meminta simpati. Tangisan Rose lebih kepada kecewa kerana berkecai harapannya untuk menjadi seorang isteri. 5 tahun mereka dah pernah bersama, takkan la Tom tak boleh cam tangisan bekas kekasih sendiri.

Dan terus, Tom dan Sara bersama. 3 tahun berlayar cinta. Tom bahagia. Sangat bahagia. Mulanya. Sehingga masuk tahun ke 4, Tom mula rasa lain. Tom jadi gementar bila Sara ajak Tom berkahwin. Sara kata usia mereka bukan makin muda. Tom akur. Tapi dalam akur tu, Tom tetap macam tak rela.

Masa Tom baring memikirkan adakah ini hubungan yang dia mahukan, berkahwin dan menjadi bapa kepada anak-anaknya bersama Sara nanti, dia terfikirkan semula akan teori bangangnya tentang perasaan cinta yang tersangkut.

Terus, Tom teringatkan kembali dosanya pada Rose.







Sesungguhnya Tom cuma seorang lelaki yang tamak.

Chapter 2

Hikayat Seorang Tom



Tom bukanlah seekor kucing seperti yang ada dalam cerita Tom and Jerry. Tom juga bukanlah sebuah frasakata yang digunakan dalam tajuk sebuah rancangan eksploitasi kanak kanak yang meracun ibu-bapanya supaya berbangga jika anak jadi artis dan maki hamun kalau anaknya gagal walaupun UPSR pun kelaut di siaran TV berbayar.

Tom adalah Tom.

Dan Tom, mungkin juga adalah aku.

Mungkin.

Aku kata mungkin sebab ada masanya point dan cerita aku terbergabung antara realiti dan fantasi.

Dan jugak,

Supaya aku boleh ujar frasa ini bila kau soal aku tentang moraliti,

“Eh, ini kan cuma cerita fantasi. Kenapa kau yang nak emo lebih pulak ni?”

Kenapa nama dia Tom?


Sebab kalau aku letak nama dia Mamat, bukan main tak market lagi nama tu.

Chapter 1

Tuesday 12 November 2013

Bila kau sedar masa depan anak kau tak cerah mana.





Pening kepala aku bila aku tengok result Percubaan PMR Math anak aku baru-baru ni.

     “Ni Math dah dapat gagal ni, apa perancangan Hafiz sebelum peperiksaan PMR sebenar sampai?” tanya aku.

     “Tiga perkataan ayah, Usaha itu tanda kejayaaan!” ujar anak aku yakin.


Aku geleng kepala lagi. Nampaknya perjalanan anak aku masih jauh.

Monday 11 November 2013

Apa yang buat awak sukakan saya.


     “Apa yang buat awak sukakan saya selain dari duit saya” ujar Azman kepada aku sambil tersenyum gurau.

Aku tersenyum balik. Lepas tu aku peluk dia dengan erat sambil mulut aku katup tanpa banyak bicara.








Demmit. Macam mana dia tahu ni?

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.