Friday 30 May 2014

Soalan Matematik Paling Susah Yang Aku Pernah Hadap Masa Zaman Sekolah Rendah.




Ini karipap. Ada yang panggil ci.......eh sorry tadi mak aku panggil. Ada yang panggil ni cikhen puff. Eh, aku salah eja chicken ke tu? Ah malas patah balik. Kau fikir apa?



Kejadian ni berlaku masa 1st time aku membeli dekat kantin sekolah, Darjah Satu.


"Acik acik acik acik acik acik acik acik"

"Ya dik ya dik, ha nak apa?"

"Ni karipap ke?"

"Ha'a dik"

"Harga berapa?"

"Seketul 0.30 sen, kalau 3 ketul seringgit,"















Dan sampai waktu balik sekolah aku buntu memikir kenapa 3 ketul tak jadi 90 sen. Aku salah darab ke? Aku tak pandai matematik ke?

Mana datang lagi seposen tu?

Persoalan tu berlegar sampailah aku bijak sikit masa Darjah dua.

Aku beli 2 ketul, 60 sen.
Pastu aku beli lagi seketul, 30 sen.
Total 90 sen dan aku terasa amat bijak.

Aku siap kekening lagi makcik time beli, saja nak tunjukkan yang aku lagi pandai dari dia. (dari sudut matematik mengira ataupun konspirasi nak pau 10sen dari budak kecik secara halus)

Sayangnya, dia tak pernah faham :(






Lepas tu aku kenal pakcik cina tua jual buku sticker pokemon yang kalau dapat kumpul semua, boleh menang PS1.

Yang pakcik tu, sampai hari ni aku sumpah seranah sebab menipu aku.




Sebab aku pernah lengkapkan buku tu 3 naskhah (sekeping sticker 20 sen, satu buku ada berapa keping kau kena kumpul, banyak tau), dia cuma bagi aku magnet buah buat letak dekat peti ais (yang boleh beli dekat kedai, 1 RM4, 3 RM10).
Jahanam kau pakcik cina tua penipu.


Monday 12 May 2014

Impak Pemergian Nana dan Bagaimana Hampirnya Feeza Menggantikan Tempat Nana.


"Apsal entah perempuan suka sangat nak kacau aku. Aku dah la gemuk. Pastu, bukan hensem mana" Azim, 2007, Budak lelaki yang muka ada iras mat salih dan berbadan separa sixpack. 

    Jadi masa darjah enam tu maka Nana sudah takde. Dah pindah ke Perak (berambus ke Perak bagi gadis gadis yang jeles dengan Nana pasal diorang buruk). Maka persoalannya dini, siapakah yang bakal menggantikan tempat Nana? I mean, disayangi, disukai dan menjadi penanda aras kepada gadis cantik di sekolah? Ketahuilah, ianya tugas sukar di sekolah agama.

   Tapi, di sekolah harian biasa pun macam tu jugak. Nana ni punya comel, dah la ranking sekolah agama pun dia pegang, ranking sekolah harian pun dia sapu habis. Maka, kau boleh bayang kan macam mana angaunya si Izam (still remember him?) tu dekat sekolah harian dan jugak sekolah agama. Kalau zaman tu Nana dah tengok cerita cerita mat salih yang menampilkan watak seorang gadis nakal menjadikan lelaki yang meminatinya sebagai hamba, aku rasa sekarang Izam sudah boleh slow slow hantar surat resign berhenti jadi manusia.

   Aku? Pleasela. Kau ingat aku nak angau ke dengBy the way, semua orang mula berebut nak rampas takhta yang ditinggalkan oleh seorang Nana secara dalam diam. Aku cakap begitu sebab slow slow sorang sorang bila gelak bunyi hikhikhik. Sorang sorang acah acah nak baik baik dengan Azim (still remember him? Yang hensem sikit tu). Semua orang acah-acah nak jawab semua soalan yang ditanyakan oleh cikgu di dalam kelas. Semua perlakuan aneh ni aku dan Azim dan lain lain perhatikan sambil gelak kehkehkeh. Aneh sebab like hell ada impian nak gantikan Nana tu apsal? Gelak kehkehkeh sebab korang semua buruk.

    Except for this one girl.

     Feeza.

  Ataupun Siti Hafeezah Bt. Ahmad (nama ayah bukan nama sebenarnya atas faktor mahu menyembunyikan identiti beliau. Faham eh)

     Feeza ni aku boleh kata 1st runner up la nak gantikan si Nana. Sebab?

     Dia comel. 8/10

     Dia pandai. 8/10

     Dia putih. 9/10 (Saing saing Nana)

     Dia gelak hikhikhik (8/10)

     Dia free hair rambut lururs hapokla comel bila rambut dia gerbang gerbang sikit tatkala angin tiup (SeratusribujutatrillionDoubleSquare/10)

     Maka, dalam hampir belas belas orang yang acah-acah nak gantikan Nana tu, baik comparekan diri dengan si Feeza ni dulu pasal, kalau si Feeza ni pun kau takleh nak potong, maka jangan kau bermimpilah nak potong Si Nana Bidadari Syurga Dunia kami semua. Jangan mimpi!

     Elok saja kitorang nak letakkan penanda aras gadis cantik pada si Feeza ni, berlaku sebuah kejadian yang mengubah segalanya.

     Satu hari tu kitorang ada camp “Pelajar Cemerlang UPSR” selama tiga hari dan diwajibkan semua pergi. Maka, kau aktif tak aktif, nak ke taknak maka kau wajib jugak kena pergi camp ni selama tiga hari. Untuk pengetahuan, aku rasa ini 1st time jugak untuk Feeza join camping. Korang tahukan antara impian orang lelaki adalah untuk melihat gadis impian (amboi dah panggil gadis impian dah time ni) tatkala mereka baru bangun pagi tanpa mandi? Nak tengok comel ke tak comel. Tahukan?

     Maka, pagi Sabtu, kami dikejutkan untuk solat subuh, dan sebaik lepas solat subuh, terus kena kumpul dekat padang buat senaman apa entah tak ingat. Tapi menyampah dan mulut aku tak habis habis maki abang abang fasi tu bodoh kejut orang pagi-pagi buta orang ngantuk ni hari Sabtu kot Sudah berapa banyak kartun aku sudah miss.

     Jadi, untuk mengelakkan dari rasa mengantuk berterusan, mata aku tercari-cari kelibat Feeza. Mana tahu, dengan kelibat Feeza mata aku mampu celik, mampu segar, mampu membuatkan otak aku cair dan pandai sekaligus berjaya mendapat 5A untuk UPSR nanti. Mana tahu.

    Dan aku nampak Feeza.

    Dia cantik.

    Muka pun ala ala comel pasal orang mengantuk. Emm awak bukan morning person ke awak. Emm.

    Sekali, aku tengok rambut dia.

    Aku terkejut.

     Sebab ada banyak serangga halus tengah duk asyik seronok terbang atas kepala dia.

     Aku tak tahu tu apa. Tapi korang tahukan tu benda apa? Yang selalu terbang lincah atas kepala kita tu time pagi-pagi.

     Aku tahu tu bukan kutu. Tapi time tu, aku tak tahu. Kami semua tak tahu.

     Aku bisikkan kepada Azim

     “Eh eh, kau tengok atas kepala Feeza. Apa tu?”

     “Apa? Mana? Eh ha’a la. Apa benda tu?”

     “Kutu ke?” tanya aku balik

     “Ha’a la. Eeee, cancel la cancel”

     “Apa cancel?”

     “Cancel la nak meminang dia. Busuk. Mesti malas shampoo rambut”

     Aku angguk sebab time tu, aku pun yakin benda tu kutu (walhal memang tak), maka yang time tu Man Gelabah ada sebelah Azim.

     “Apsal? Apsal?” tanya Man Gelabah kepada Azim

    “Takde, rambut Feeza. Kau tengok atas kepala dia tu. Banyak gila kutu terbang terbang”


     Dan, korang kena tahulah. Man Gelabah ni nama dia Man Gelabah bersebab.

     “Bapaklah Feeza, apsal rambut kau banyak kutu? Kau malas mandi ke?? Bapak busuk sial kau malas mandi!” jerit Man Gelabah. Kuat.




Dan.
Sampai sekarang Feeza benci tahap mencarut-carut dekat si Man Gelabah tu.









Sebab, Feeza bawak nama Feeza Kutu sampai la dia pindah sekolah masa form3.

Kesian.

Monday 5 May 2014

Surat cinta, kawan-kawan dan kebodohan Yahudi.

"Yeay! Aku dah kurus!" - Man Gelabah, 2012. Kawan yang aku tengok takde berubah pun berat badannya tapi rasa diri kurus.


Masa rehat aku hari tu berakhir dengan rasa yang paling manis sampai tahap aku tak boleh nak explain. Aku jumpa surat bawah laci meja aku. Dan surat itu ditujukan pada aku. Tak cukup teruja? Surat itu daripada Nana. Apa? Belum boleh mengklimakskan segala isi adrenalin kau untuk turut sama berteruja dengan aku? Dalam surat tu, dia tulis ini,

“Awak, terima kasih sebab tolong saya siapkan kerja sekolah Tajwid hari tu. Saya nak jumpa awak lepas sekolah dekat pokok besar belakang kelas boleh? Datang seorang tau. Saya tunggu situ. – Nur Farhana Bt Sazali <3”

Aku punya happy masa aku mula baca surat tu kau jangan cakap. Kalau aku sudah pun mengenali erti hiburan luar batasan aku rasa ada la dalam sebulan aku buat party liar sambil berbogel dekat dalam bilik aku tu.

Nur Farhana bt Sazali. Nana. The girl most wanted in school. The girl who everybody in school like so much. Gadis yang buat kau rasa ada cina main gendang tarian naga depan kelas. Nak jumpa kau,. Sorang. Dekat belakang sekolah. Lepas habis kelas. Kau. Dia. Berdua. Apa lagi alasan kau untuk tidak happy aku tanya kau? Apa lagi alasan?

Plus, surat tu ada love lagi dekat hujung nama dia. Kalau kau tak teruja, kau sewel.

         Masalah paling besar aku sekarang adalah macam mana aku nak sembunyikan perkara ni dari rakan-rakan kelas aku yang lain. Untuk pengetahuan, dalam pemikiran diorang, aku amat membenci Nana. Tahap benci dia macam tiap-tiap hari aku doakan Nana bila balik dari sekolah, dia akan terpijak tahi anjing sekurang-kurangnya dua kali. Sampai tahap tu diorang fikir. Walhal, aku nak sembunyikan rasa suka aku pada dia. Kau tahulah kan, orang gemuk dekat sekolah ni mana boleh nak gembira-gembira suka orang. Nanti orang perdajal.

            Maka, aku pun mulakan lakonan aku sebaik sahaja loceng balik berbunyi. Jam tunjuk 5.45 petang. Aku acah-acah kemas beg lambat-lambat. Buat-buat betulkan meja la. Susun buku dalam beg lah. Aku nampak Azim, Zaid, Man Gelabah semua dah standby nak cabut. Cuma tunggu Izam dengan aku agaknya. Tu yang ada lagi dekat depan pintu tu.

“Mikael, kau taknak balik ke?”

Aku dengar Izam tanya tu, tapi aku acah-acah busy. Busy aku yang tadi, aku dua kali gandakan. Acting beb. Biar nampak real.

“Wei, Mikael!”

Ok, dia dah jerit. Kira macam dia dah berjaya ambik perhatian aku la tu. Dengan muka buat penat, aku pandang Izam balik.

“Ha, apa?”

“Taknak balik ke?”

“Korang balik dulu, aku ada hal la. Nak kemas-kemas buku bawak balik”

Dan tanpa tanya panjang, diorang pun balik. Aku tergelak kagum pada kepandaian aku dalam berlakon sampai diorang tak tanya soalan tambahan lansung dan aku tergelak mengejek kepada kebodohan mereka. Apa kena nak kemas buku pulak kan? Macam la banyak. Haih kawan aku ni. Aku tengok muka diorang tadi, bau ikan pun takde (smell fishy) tentang tindakan aku untuk tidak pulang awal. Apakah mereka lupa kebiasaannya kalau waktu pulang adalah 5.30 petang, aku 5.10 petang sudah pun 95% bersedia untuk pulang dan akan cabut seandainya tiada Ustaz di dalam kelas? Ya, manusia mudah lupa.

Selepas itu, aku berlari ke bawah pokok besar belakang kelas dengan harapan yang berbunga. Nana ni nak apa? Nak cium aku ke? Nak pelok aku ke? Nak say I Love you very very much ke?   Debor.

Debor yang membawak dari pukul 5.30 sampai pukul 6.00

Dan lepas tu pukul 6.30.

Dan lepas tu pukul 7.00

Aku cuba rasionalkan secara perlahan tindakan aku ni. Kalau tadi pukul 6.00 mungkin aku anggap dia juga turut debor dan nebes. Orang perempuan kan. Nebes dia mampu nak mengalahkan lelaki kalau bab soal cinta. Mungkin dia sedang berjoging 2 pusingan tapak perhimpunan bagi menghilangkan debar. Sekali bila dah joging, mesti berpeluh kan? Dan mereka rasa mereka busuk maka haruslah pergi mandi dulu (walhal aku tau yang peluh perempuan cantik semua wangi. Saja je wujudkan mitos yang peluh perempuan cantik ke tak cantik sama  lebih busuk berbanding lelaki supaya nak nampak korang lebih normal kan. Pandai)

Tapi bila dah pukul 7.00 ni, apa jenis rasionaliti yang kau nak rasionalkan betul?

Kemudian, aku teringat pada kejadian tadi masa balik dekat kelas. Kejadian yang Izam tak banyak soal tadi tu.

Perlahan, ingatan aku menjelmakan sebuah ingatan yang bakal merobekkan separuh dari hati aku kepada lapan paruh.

*******

“Ustaz, April Fool ni apa?” tanya Man Gelabah dalam kelas Tauhid tempoh hari.

“April Fool ni sebenarnya agenda orang Yahudi. Yahudi ni dia ada satu harinya dimana kalau dia nak kenakan, dia akan kenakan dan walau macam mana teruk pun orang tu kena, dia tak boleh nak marah”

“Maksud dia Ustaz, masa April Fool ni kalau kita kenakan orang cukup-cukup pun dia tak boleh nak marah la kan? Sebab hari tu April Fool” ok nampaknya Ajib dah tak nampak point penting penyampaian Ustaz Awesome.

“Betul. Tapi kita sebagai umat Islam dilarang sama sekali untuk menyambut Hari April Fools sebab dalam Islam, mana ada hari-hari berkecuali yang membolehkan kita nak mengenakan orang. Ia tetap berdosa hukumnya. Takde hari berkecuali”

Dan aku rasa masa ni aku dan beberapa orang budak perempuan sahaja yang mengangguk faham sebab sebahagian besar budak kelas lelaki dah excited lebih dalam kepala nak planning prank yang bakal digunakan masa hari April Fool nanti. Nasib baik syaitan yang menjaga aku hari tu mungkin off duty. Sebab tu telinga aku tak ditutup untuk mendengar akan bahananya menyambut Hari April Fool ini.

*******

Aku tarik nafas. Panjang. Kemudian, aku hembus supaya aku kuat.

Perlahan, aku tengok jam aku yang ada tuliskan tarikh.

1 April.

Dan macam drama melayu biasa, lepas aku tengok jam baru aku ternampak sekeping kertas yang tertampal elok pada sisi pokok yang tertulis ,


“Selamat Menyambut Hari April Fool Mikael
Dari : Rakan-rakan”

Aku masa tu baru darjah berapa. Nak mencarut fuck pun tak reti lagi. Cakap bodoh pun dah rasa berdosa ya amat. Tapi dah perkataan carut itu je yang aku tahu, maka aku ulang perkataan bodoh bodoh bodoh sampailah aku sampai ke rumah.

Sampai je rumah, aku cepat-cepat bukak sampin, bukak stokin, bukak baju melayu.

Aku masuk bilik air, aku bukak shower.

Dan dibawah shower, aku menangis.

Bodoh punya Yahudi.



P/s : Ni sambung dari sini, punya sambung sini, 
P/s 2 : Sampai hari ni aku benci April Fool dan yahudi kecuali actress cantik dari Hollywood yang berketurunan yahudi.
P/s 3 : Korang menangis ke? Tu keluar air mata tu. Oh apa? Gelak? Hokayyyyy..

Thursday 1 May 2014

Siapa Nana dan apa Impaknya kepada masyarakat sekeliling, terutamanya aku.


"Memang masa sekolah tu jatuh cinta paling manis ke ataupun hanya aku sorang je rasa macam tu sebab aku hensem?" - Zaid, 2014. Budak nombor 3 paling tak hensem dekat sekolah aku dulu.



Kau jangan ingat dekat sekolah agama, maka perasaan cinta tu berhenti rehat solat sunat pulak dekat surau berhampiran bagi menghormati sekolah agama. No no no. Setiap sekolah, mesti ada satu makwe legend. Makwe yang menjadi penanda aras kepada istilah Gadis Cantik. Makwe yang menjadi lambang kebanggaan kalau budak sekolah lain tanya “Sekolah kau ada siapa je? Semua buruk!” dan kau jawab “Eh hello, sekolah kitorang ada awek cun nama (isikan nama gadis cantik disini) hokay!”. Mesti ada.
Dan sekolah agama aku pun ada la jugak seorang. Mana boleh kalah beb.

Nama dia Nana.

Semua orang sukakan Nana ni. Hatta, kucing dekat kantin yang pernah cakar semua orang dekat dalam sekolah agama ni pun bila nampak Nana, serah perut minta diusap.

Dan kalau semua dah suka, takkan aku nak acah-acah rebel nak membenci kan? Masa mula-mula aku nampak pun aku angau.

Bagi aku masa tu, Nana la segala sumber kekuatan untuk aku still jugak datang kelas walaupun aku demam teruk, Nana  la best. Nana la world. Nana la dunia. Rasa macam nak tengok bintang malam sama-sama. Rasa nak pandang mata ke mata tanpa cakap apa-apa tapi rasa bahagia sama-sama. Semua nak sama-sama.

Tapi, budak zaman dulu bukan macam budak zaman sekarang, sunat belum kering air mani dengan air mazi pun keliru nak beza dah gelupor nak bercinta nak I love you bagai. Zaman aku dulu, siapa yang mengaku bercinta, mereka automatic akan digelar tak cool, jambu (Yar, digelar jambu juga masa tu bukanlah sesuatu yang boleh kau banggakan sebab jambu masa tu digambarkan sebagai seorang lelaki lembut yang kalau ajak main bola, main polis sentry, dia taknak. Tapi, bagilah dia peranan sebagai seorang surirumah dalam permainan masak-masak, dia punya happy macam gadis belasan tahun zaman sekarang dapat hadiah IPhone Gold ada glitter pink sebab dapat nombor satu dalam kelas masa peperiksaan Darjah dua.) Jadi, rasa yang aku ada tu, aku diamkan.

Sampailah terkantoi sebab satu kejadian tu.

Masa darjah 5, sebelum Nana pindah Perak.

Ada sekali tu dalam kelas, subjek Ustaz Syaitan akan bermula dalam 10 minit lagi. Kelas pertama untuk hari tu dan aku sampai awal. Aku dekat kelas Ustaz Syaitan ni memang terkenal dengan kepoweran menyiapkan kerja rumah tajwid (sebab nak elak kena marah sambil dilibas rotan dan mengurangkan api kemarahan dia masa kelas Bahasa Arab karang. Kalau dua-dua kelas dia aku tak perform, mahu aku dirotan kuat sambil terberak-berak nanti. Taknak aku). Maka, aku pun masuk la kelas sambil mata aku tertacap pada buah hati pengarang jantung nan sorang ni.

Nana la of course.

Aku nampak dia tengah busy gelupor entah buat apa. Dan, dia terpandang aku. Mata ke mata. Aku terpaku tapi aku cepat-cepat kalih. Bukan apa, aku takut aku termelutut sambil melamar je nanti. Ni mata dah curi-curi nak cari gelang getah mana-mana buat ganti cincin ni. Ish, be cool Mikael. Be cool. Dan aku bergerak ke meja aku dengan gaya yang aku rasa paling cool (aku rasa la. Cool la kan tarik kerusi kemudian campak beg, beg terletak elok dan kau pun duduk sambil menongkat dagu. Kan?)
“Awak dah siap kerja Tajwid yang Ustaz Amran bagi semalam?”

Tak semena-mena, Nana dah ada sebelah meja aku.

Eh siapa pulak main gendang cina tarian naga pulak dekat luar kelas ni? Kuat pulak tu bunyinya. Tapi ni bulan berapa. Dah tahun baru cina ke? Dan kalau nak dirationalkan dengan situasi sekarang, apa kejadahnya pulak orang cina nak main gendang tarian naga dekat depan kelas sekolah agama kan? Tapi tadi masa aku tukar tukar jeling antara Nana yang sebelah meja aku dengan tingkap yang menunjukkan luar kelas, takde pulak orang main gendang atau tarian naga. Oh, hati aku rupanya berdegup serupa gendang cina. Dup dap dup dap. Amboi penangan Nana ni amboi. Biasa dia ni biasa.

            “Dah, kenapa? Kau nak tiru ke?” Ok. Aku dah potong lebih separuh dari markah ke diri aku sendiri sebab guna Aku Kau. Bahasa Saya Awak mana si Mikael lahanat?

“Ha’a. Sorry la awak. Saya nak tiru boleh? Saya tak sempat siapkan”

            “Pemalasnya. Malam semalam kau buat apa?” Ya Allah mulut aku ni rasa macam nak sepak. Mana character cool kau Mikael? Dah lah tak pandai guna Awak Saya, ni kau perli pulak perangai dia. Ni kalau tengah main saham, mungkin sekarang saham aku dekat dasar laut paling dalam.

“Taknak bagi takpe la” sambil Nana tersenyum tawar.

Kemudian, badan aku dah tak dikawal oleh aku lagi. Cuma yang aku ingat, aku dah ada dekat meja dia bersama buku latihan sambil tolong dia terangkan apa yang dia tak faham serupa seorang Ustaz muda yang kacak dan penyayang. Yang aku tahu, Nana masa tu happy. Yang aku tak tahu, Ajib, Rahman, Izad, Nizam, Azim nampak keseluruhan kejadian itu.


Yang seterusnya membawa kepada kejadian paling shit.





P/S : Ni sambungan dia yang hari tu tu. Klik sini

P/S 2: Semoga terus terhibur dan terdebar dengan sambungan dia.

P/S 3: Kan aku dah cakap hari tu yang kes lambat hantar pertandingan cerpen tu. Aaaa


Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.