Sunday 31 March 2013

Sengaja Atau Sahaja.





Kalau kau seorang student Universiti, kau mesti dapat faham kelas pagi pukul 8 tu pergi dia macam mana.

Mengantuk. Sangat sangat mengantuk. Jahanam.


Ini kelas Etika. Cakap semata. Kalau dekat sekolah, ini macam kelas sejarah. Nampak mengantuk dia macam mana padu?


    “Baiklah, dalam salah satu daripada ciri utama perbuatan meniup wisel seperti tindakan mendedahkan. 
Maksudnya sengaja menyampaikan maklumat kepada pihak tertentu di luar organisasi” ujar pensyarah aku lagi. Lagi sebab dah sejam berlalu, takkan la itu je yang baru dia cakap kan?


     “Macam kalau kamu sebahyang la. Kamu kan niat kan “Sengaja aku sembahyang” ha sama la dengan benda ni. Ada niat”


Aku diam.

Aku nak tanya orang sebelah benda yang aku dengar tu betul ke tidak, tapi aku takut elok-elok orang lain tak dengar jadi dengar pulak. Tapi, aku yakin aku tak pekak. Bukan kerasionalan contoh yang diberikan tu. Tapi cara niat dia sembahyang tu aku musykil. Aku yakin sepanjang 16 tahun aku sembahyang, aku sebut SAHAJA dan bukannya SENGAJA.



















Cis korang selamba je tuduh lecturer aku jarang solat! Cis kau!
Eh, ketawa pulak kau sambil geleng-geleng kepala kata mana ada mana ada.


Saturday 30 March 2013

Bila Sepatutnya Cinta Itu Berhenti?



Sepanjang aku hidup sampai umur aku sekarang 22 tahun, tak silap dah 7 kali aku bercouple. Tiada apa yang nak dibanggakan pun sebenarnya sebab dalam tujuh-tujuh tu, aku rasa aku cuma bercinta hanya tiga kali.

Sebab yang dua kali tu, aku menangis bila dah putus, dan yang terlatest ni macam dah nak ke arah itu. Dan aku mula sebak sedikit demi sedikit.

Eh, beraninya kau ketawakan aku sebab aku menangis. Beraninya.




Saat orang yang kau dah mula bayangkan menjadi insan yang kau peluk tatkala pulang dari kerja dah tolak cinta kau, kau tak rasa sedih ke?

Saat orang yang kau dah bayangkan sedang membebel-bebel dekat dapur sebab korang malas nak gerak pergi Tesco awal pagi sebab Tesco pagi Ahad tu sesak dia mendatangkan carut tapi lepas tu endup kau pergi jugak sebab siapa tak sayang bini kan dah tolak sayang kau jauh-jauh, kau tak rasa sedih ke?

Saat orang yang kau dah bayangkan akan dibandingkan wajah dengan anak kau sama ada iras dengan maknya ke atau dengan bapaknya, korang jawab kalau hensem ikut iras bapaknya. Kalau comel pun ikut iras bapaknya. Iras maknya? Kalau dia kuat bebel bila besar esok, itu ikut iras maknya la tu jawab korang dan dia telah padamkan nama korang dalam hati dia, kau tak rasa sedih ke?

Jujur cakap kalau aku, aku sedih.





Bila bercouple, tak semestinya apa yang kau rasa saat itu adalah cinta. Sebab kebiasaanya apa yang dirasakan itu adalah nafsu. Cinta ni wujud bila ada rasa sayang. Ada rasa rindu kalau tak dengar suara. Ada rasa angau kalau tak nampak muka. Ada rasa cemburu kalau nampak dia puji lelaki lain hensem. Ada rasa impian nak bina rumahtangga bersama. Itu biasanya ada cinta. Ada sayang.

Dan, bila terputus cinta itu, persoalan dia patutkan kau menunggu seandainya peluang kedua datang menjelma?



Dalam dua orang ex yang pernah dicintai itu, jujur cakap aku rasa terkilan gila dengan ex yang pertama. 

Cuba bayangkan macam ni. Anda tunggu sampai 4 tahun, baru anda betul-betul berani proposed pada dia untuk jadi ratu hati anda. Tambah pulak, anda dah nak gerak ke Sekolah Berasrama Penuh, maka nak taknak, kena propose jugak. Kalau tak, melepas. Baru sehari berlalu lepas dia terima cinta anda, dia minta putus atas alasan dia tak boleh nak fokus study. Tapi lepas seminggu putus dengan korang, dia couple pulak dengan mamat yang jauh lebih kacak dari anda. Dan perkara ini anda tahu 4 bulan selepas anda putus dengan dia. Kiranya, anda hidup 4 bulan dalam penipuan bahawasanya dia masih single dan betul-betul nak pulun study.


Dan pelbagai lagi benda-benda neraka yang telah berlaku. Tapi entah apsal, aku masih lagi tak boleh lupa dia. Dah 6 tahun berlalu pun masih lagi tak boleh lupa dia. Masih lagi perlahan-lahan, stalk profile dia. Masih lagi perlahan-lahan Google dia mana tahu kot-kot dia ada Twitter. Masih lagi perlahan-lahan tanya khabar dia masa borak dengan akan dia dan mengaku, aku tak cinta dia lagi sampai bila-bila. Walaupun sekarang dia sudah makin bahagia dengan kekasih baru dia (kantoi stalk lagi), rasanya cinta aku dekat dia tak berhenti lagi ni. Masih padu lagi ni pergi dia.






Jadi persoalan dia, bilanya cinta aku pada dia nak berhenti ni?

Bila dia dah berkahwin. Aku sumpah cinta aku pada dia berhenti. Automatik. Orang dah berkahwin. Terang-terang dalam jiwa dia nama kau takde. Takkan tak faham. Dah tak reti-reti nak move on ke?

-Tammat-


Thursday 28 March 2013

Asrama.





“Apa yang kau paling suka time Asrama?” tanya Ijam

Aku berfikir. Sambil tu aku imbas kembali waktu aku berada dalam zaman nakal-nakal. Dalam jiwa asyik nak memberontak. Pantang dapat peluang nak fly, mesti fly . Walhal, destinasi yang dituju pun cuma kedai nasi kandar paling biasa-biasa je. Ada je kedai nasi kandar luar biasa. Kalau kau jalan depan sikit ada dah. Tapi, secawan Milo sahaja, RM2. Tu belum lagi kau order Nasi Kandar Ayam. Kalau dalam dompet ada RM5 je, kau dah boleh konsider ajak mamak tu pergi dapur, jual maruah kau dengan mencuci pinggan mangkuk. Kerja yang kau tak pernah buat dekat rumah. Kira menjual maruah la tu. Kau fikir apa? Sebagai seorang student tingkatan 4 masa tu, dengan kadar harga tersebut boleh bawak pertumpahan darah. Tak darah aku, darah isteri mamak tiap-tiap sebulan. Tapi, tu masa dia period la. Masa biasa-biasa takde la berdarah pun. Tapi, aku jeling je tanda geram. Geram disini bukan geram nak gomol ya. 


“Aku suka time fly” jawab aku ringkas.


“Apsal?” tanya Ijam balik


“Masa fly tu, aku rasa macam Indiana Jones pun ada”


“Siapa? India?” tanya Azroy sambil tangan tak lepas dari Blackberry. Tak habis-habis nak update Twitter. Mentang la retis dekat Twitter. Follower beribu. Tapi aku tengok, update Tweet takdelah berilmiah mana pun intipati tweet dia. Mungkin sebab muka dia ada kacuk Korea sikit. Cakap “Eh, hari ni saya lupa pakai Spender la. Hiks!” pun dapat Retweet sampai ratus-ratus. Aku cakap ni, bukan sebab aku jeles. Lebih kepada emosi sebenarnya. Kau bayangkan, bila aku update tweet yang serupa, orang cakap aku gila seks. Aku macam, kepala hotak kau la! Yang si Azroy ni lepas pulak! Oh aku lupa masalah paling besar dia. Aku tak hensem.


“Indiana Jones la bengong! Sebab kan kalau nak fly, kena seberang padang sambil baring la. Kena redah semak la. Perlahan-lahan sambil jaga-jaga taknak bagi Guard nampak la. Fuh, penuh halangan dan cabaran kot. Terasa la best dia”


“Hahaha, style-style. Aku tak boleh lupa masa Azrul kantoi dengan Warden. Ada ke dia cakap dia mengigau sampai ke pintu pagar. Bapak tak logik”


“ Kau pulak Azroy. Borak la. Takde matinya follower kau tak baca tweet kau seminit”


“Ha? Apa?” jawab Azroy mamai.


“Apa yang kau paling suka time Asrama?”


“Aku mestilah paling suka time pegang tetek perempuan. Lembut je. Kalau ramas-ramas, confirm naik stim beb. Tanya lagi.”



Aku pelik. Aku padam Ijam. Ijam pandang aku. Lepas tu, dua-dua pandang Azroy balik.



“Itu Asmara! Bukan Asrama la bengong!” Bentak aku.



“Eh, bukan benda yang sama ke? Asrama la kan? Yang macam romen-romen tu? Bukan ke?”


Aku tepuk dahi lapan kali sambil menggeleng kepala tanda kesal.

Apa punya banggang la member aku yang seorang ni.



Trivia : Sebenarnya, ini adalah cerpen yang aku hantar sebagai percubaan untuk menang sebuah pertandingan cerpen anjuran BukuFixi. Tapi nampaknya, ada tiga cerita lagi best pulak dari aku lantas berjaya menang berbanding cerita aku. Sebagai tanda protes, aku post dekat sini dengan tanpa edit 300 patah perkataan dan tanpa sebarang perubahan struktur ayat yang lebih sopan! Baruku puas! Baruku puas! Baruku puas!


Sunday 24 March 2013

Wajah Tak Penting Dalam Nak Bercinta.





Aku ada kenal seorang kawan ni. Perempuan. Memang cantik. Eh, tak tak. Aku rasa perkataan cantik tu pun kalau nak menggambarkan kecantikkan dia, aku rasa terlalu kejam kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Dia semacam Lisa Surihani campur Emma Watson campur Katy Perry campur cat putih campur 100 orang gadis cantik. Macam tu perumpamaan dia.

Sedia maklum wahai gadis-gadis semua, kalau anda hampir atau sipi-sipi sahaja dengan ciri-ciri yang aku cakapkan di atas, korang hampir boleh couple dengan siapa-siapa je korang nak. Tauke balak? Sanggup jadikan tempat balak hutan simpan kalau kau suruh. Mawi? Sanggup ceraikan bini dia, Zuliana dan datang merangkak depan kau untuk pujuk kau kahwin dengan dia. Apa? Bini Mawi nama Ekin? Hish! Itu Mawi World! Apa kejadah nak kat Mawi World tu. Ini Mawi Bangsar. Yang ada syarikat besar dekat KL. Ala yang ada buat projek bangunan sebelah Times Square tu. Dengar cerita ratus juta jugak projek dia. Kalau Mawi World, kau dapat kosmetik je la. Topup pun mungkin habis pasal mengundi dia je.

Kesimpulannya tahap cantik dia cantik cantik cantik sangat sangat SANGAT.

Macam melampau pulak kan aku gambarkan dia. Itu tak penting, yang penting cerita ni

Ada satu je pelik aku dengan dia ni. Boyfriend dia. Boyfriend dia ni tak setaraf lansung dengan dia. Bukan dari segi darjat atau ketinggian. Tapi dari segi wajah.

Wajah dia kalau nak banding, macam shrek. Kalau member-member aku yang sakit hati sangat akan panggil dia beruk. Aku cakap la sakit hati. Sebab aku rasa takdelah macam beruk. Lagi buruk dari beruk ada.


Ah, cakap aku jeles apsal pulak? Takdenya aku nak jeles mamat tu dapat pegang tangan kawan aku tu. Takdenya aku nak jeles mamat tu dah sebelah kaki dapat kahwin dengan kawan aku tu. Takdenya aku nak jeles yang mamat tu berjaya mencuri hati kawan aku tu secara total. Takde. Takde. Takde.


Diam la kau.

Anyway.

Aku pernah tanya dia. Masa tu aku tengah kerja dekat Sunway. Dia datang kononnya nak tengok aku. Padahal tunggu pakwe dia sesambil nak paw aku air. Kurang ajar betul. Nasib baik cantik. Budi bahasa. Berbudi pekerti. Akhlak mulia. Cemerlang gemilang terbilang. Jadi, sebagai lelaki budiman dan gentleman, maka haruslah aku juga turut menemaninya. Mana tahu masih lagi ada sisa peluang. Eh?

Dekat kerusi kedai Starbucks tu, aku tanya dia. Apsal. Apsal dia? Apsal mamat tu? Apsal mamat durjana tu? Woho. Jangan ketara sangat Mikael. Nanti kantoi. Eh?





Dan kau tahu apa jawapan dia?

     “Bagi aku, rupa tu tak penting la. Apa la ada pada rupa. Apa la ada pada harta. Aku lansung tak pandang harta. Bagi aku harta tu lansung aku tak peduli dan tak hirau. Aku tak pandang. Yang aku hanya pandang adalah keikhlasan. Aku tak nampak keikhlasan tu pada pakwe aku yang sebelum ni. Macam mana nak lama?”


        “Ni! Aku ni! Aku ikhlas juga tahu”


        “Hahahaha, kau ni macam macam la. Suka sangat bergurau macam tu”


Cilakak. Ingat aku main-main ke? Ke muka aku tak habis serius lagi ni masa cakap ni? Nak kena kerut kuat-kuat lagi kening aku ke macam mana ni?



Lepas tu, aku dah tak tanya banyak dah. Tak sempat nak tanya pun sebenarnya. Pakwe dia dah park dekat pintu depan Sunway Pyramid. Nak keluar kereta, guard tak bagi parking. Maka, hon hon je la.
















Eleh, pandang jugak Harta rupanya. Ingatkan tak pandang lansung.



Getus hati aku sambil menjeling pada Porsche Boster S tu yang terus laju menluncur hilang meninggal bangunan Sunway Pyramid.

Friday 22 March 2013

Kawan Aku Punya Kawan Masuk Rajalawak.




   “Kawan aku masuk Rajalawak”

   “Jadi peserta ke apa?” tanya aku sambil tangan masih memegang stering.

   “Jadi top 20 ke top 16 entah tak silap kata dia. Dia sekarang ni nak kena pergi KL. Stage dia, kalau kau lepas, terus masuk Minggu pertama Rajalawak la“

   ”Dia lawak ke?”

   “Tak tahu la. Boleh la.”

   “Apa lawak dia pernah buat?”

   “Ada sekali tu, kitorang camping dekat tepi pantai. Yang dia ni duduk-duduk dekat pasir lepas tu masuk khemah. Yang kawan perempuan aku marah la, “Habislah pasir!”. Lepas tu member aku balas la”

   “Apa?”

   







“Bising apa pasir nak habis! Dekat luar tu berlambak pasir lagi! Ambik je la!”


Terbelahak aku ketawa.

Thursday 21 March 2013

Tukar Gambar Di Twitter.




Aku rasa nak tukar pulak gambar dekat Twitter ni. Memandangkan aku pun macam nak Single je, maka terpaksalah aku memarketkan diri aku balik. Sumpah payah. Selama ni kau dah takkan fikir dah pasal teman hidup kau sebab kau dah tahu dah siapa dia orangnya. Siapa yang akan kejutkan kau dengan suara lembut "Abang, abang bangun bang. Jom senggama" pagi-pagi buta lepas celik mata. Siapa yang kau nak imamkan masa sembahyang Subuh nanti. Siapa yang kau nak cubit pinggulnya yang kiut tatkala tetiba datang nafsu dia. Siapa yang kau nak usap kepala bila dia menangis sebab kau taknak belikan TV besar 42 inci letak dekat ruang tamu. Kau gila. Ikut sangat la jiran tu. Jiran beli TV besar, dia pun nak ada TV besar. Walhal, baru je ritu belikan TV 56 Inci. Cakap besar sangat pulak. Nasib sayang. Sekali tu, bala apa entah datang. Ni mesti doa orang-orang yang aku kutuk dia tak hensem. Doa orang teraniaya kan makbul. Walhal, memang tak hensem. Takkan nak tipu dia. Itu dah jatuh hukum berdosa pasal menipu tu.

   Aku bukak folder. Cantik, gambar aku banyak rupanya yang aku pernah tangkap sepanjang hidup aku. Aku tengok satu persatu. Aku amati. Yang memang sah-sah tak market seperti gambar ala-ala nak bersin dengan gambar tak bersedia lansung laju aku tolak tepi. Itu elok-elok orang ada niat nak follow pasal nak kenal, terus delete Twitter, insaf dan bertudung kalau free hair. Bukan sebab ada gaya ustaz. Nak jaga diri takut dapat suami macam aku.

   Dari gambar berpindah gambar, dari folder berpindah folder. Masih lagi takde gambar menyegat.

   Dan sejam pun berlalu. Gambar yang menunjukkan aku hensem, kacak bergaya ala-ala suami paling terbaik abad ini, tiada.













Cilakak. Punya tak hensem aku rupanya.



Pelan-pelan, aku google gambar Zac Efron.

Sunday 17 March 2013

Lepas 6 Hari.




10 March 2013. (162 Days to go)

Tengok score. Sudah 2-0. Ah, manis betul. Sungguh manis. Sebagai peminat tegar Manchester United, bila team ni mampu ratah team rival paling rival yakni Chelsea, nikmat dia lain macam. Baru la berbaloi lepak mamak nak makan ke, apa ke. Bila halftime sudah masuk, aku bangkit dari kerusi, order roti canai kosong dua, banjir. Limau ais satu. Aku tunggu je ni siapa-siapa yang teringin nak tanya apsal makan roti canai kosong dua. Aku tunggu je ni.


“Aik, makan roti kosong je?”


“ Simbolik atas faktor score malam ni. Dua- KOSONG”


Ah masing-masing muka dah start amarah sudah timbul. Itu hati angin sudah masuk. Itu jam itu wudhuk boleh kasi ambik mahu reda itu angin setan tiup-tiup. Eh, apsal cakap ikut atonasi mamak ni?

Aku senyum je. Nak ketawa terbelahak kang, mahu kena luku kepala. Ye la. Dekat meja tu ada dekat sepuluh orang. Yang sokong Manchester United cuma 2 orang. Kalau aku sound lebih-lebih, ada pulak yang meninggal karang. Meninggalkan mamak lantas pulang ke rumah kerana terlampau syahdu menangis maksud saya. Aku meninggal sebab kena pukul? Please. Meninggal sebab cinta, itu lain cerita. Eh?

Second half bermula cantik dan padu. Chelsea dah mula macam harimau hidup bila Eden Hazard dah masuk padang. Permainan makin terbuka. Senyum aku makin tak kurang. Kalau ada meter ukur senyum, aku rasa meter tu dah rosak dah.


“Plup”


Aku usha Blackberry, satu whatsapp sudah masuk. Aku syak Aswad ni. Dia Chelsea. Tapi macam Chelsea munafik la. Support kalau lawan Manchester United. Masa lawan yang lain-lain, yilek. Macam mana tahap munafik dia? Kalau kau tanya dia siapa striker Chelsea, dia boleh bantai jawab Drogba. Itu teruk dia. Dapat? Kepada yang gadis-gadis, kalau sebut Twilight, dia still assume Bella tu manusia biasa sampai habis cerita. Itu tahap teruk dia.

Bila aku tengok nama yang tertera, aku kaget. Biar betul. Aku tengok lagi. Ya memang pasti.
Mary.

Jadah apa dia whatsapp aku ni? Malam - malam dekat pukul 12 ni? Jangan la sebab hanya nak buat skill 


“Saja-saja nak hantar dekat boyfriend baru, tapi terhantar dekat awak”. Ada yang mati tak masuk Syurga ni karang pasal bunuh diri.


“Hai, Assalamualaikum. Tonight is already come up to 6 night since we barely not communicate to each other. Seriously, its hard for me to continue any longer. I’ve made the final decision!!! Insyaallah it is been bless. I need you. You are the one that already teach me a lot in life and force me to do the good thing like pray,, cover my aurat. ^ days I been thinking that previously I had mention that I need someone to guide me. But my heart is so blind and deny to say that actually you are the one that bring the light. I deny it. I don’t know why. At last, I found hat it is you the one that have been guide me all over this time. Sorry for everything that I’ve done to you”

Aku senyum. Lagi. Ni malam apa ni? Nak kata malam bertuah kea pa? Mula-mula Manchester mengayam-ayamkan Chelsea. Ni, kekasih lama nak kembali? Oh my. Aku patut beli nombor ekor ni. Eh, mana ada kedai bukak malam-malam. Nanti kejap, aku try bukak bet online.



“Kalau kita bersama balik, u janji nak dengar cakap i?” balas aku.


“Toleransi itu penting. Ya, I janji I dengar cakap you. Yang baik sahaja”


Ye lah. Yang baik la. Apa je yang tak baik aku boleh suruh? Merompak? Oh my, jangan-jangan…


“Dengar dan ikut yang elok je. Yang memudaratkan, jangan J


Ok, nampaknya cerita ni kena la habis awal. Aku bajet ada la dalam 6 bulan, betul-betul 6 bulan., Cis betul. Aku happy ke apa masa putus hari tu? Sampai nak menulis bagai. Tapi yang aku tulis semua sedih-sedih. Ah, ni bisikan syaitan ni aku syak. Dah boleh tukar dah kot nama dia.


168 days without Mary

6 Days without Mary.


Ha, gelak la korang. Gelak. Korang perfect. Korang sempurna. Cinta jenis Setia hingga hujung nyawa. Dah nak jadi macam tu, aku sayang dia, takkan nak kata tak boleh pulak. Kau gila?

Masuk lagi satu Whatsapp


“Tapi”


Ah, sudah, ni cerita apa pulak ni?


“Tapi apa?”


“Kita tak boleh bersama lagi”


“? Tak Faham. Explain please”


“Meaning by, bersama semula dari konteks bersama kembali. Keputusannya tiada tempoh masa diberikan jadi I mengambil keputusan supaya No Dating in real life. Only in cyberlife. Faham tak apa yang cuba I sampai kan? Maaf la”





Ya, aku pun ambik masa dekat 5 minit nak faham ayat dekat atas. Ulang baca dua tiga belas kali. Ni nak apa ni sebenarnya?


“Kiranya u taknak jumpa I selama 6 bulan la. Kan?”


“Tak sampai la 6 bulan. Tengok la tahap keimanan I macam mana terhadap u.”


“Kiranya jumpa je taknak kan? Lain-lain macam biasa kan? Which mean kalau pergi mana-mana, just simple message to inform, right?  Kalau ada perkara sedih bagitau kan? Ada apa-apa saja, you akan beritahu i?”


“Umm! Macam biasa. Cuma yang berubahnya, tak jumpa, tak hangout. Sampai tempoh masa yang sesuai. Setahun mungkin. 6 bulan? Ergh, please. Come on la. Hehe”


“Nak kahwin esok la baru jumpa. Amacam?”


“Insyaallah boleh. J





Jujur cakap, kelat betul apa yang aku rasa sekarang ni.


Sama kelat dengan result game malam ni.


Cilakak Chelsea boleh bantai buat comeback pulak. Butoh.

Thursday 14 March 2013

168 days without Mary.





“So, sekarang macam mana?”

“Ok, apa yang you nak?”

“I tak tahu. I sendiri tak tahu apa yang I nak”

Sumpah aku hampa dengan jawapan macam tu. Couple dah lebih dua tahun. Susah sangat ke nak cakap yang


“I nak hanya u seorang, tak mahu yang lain”

“I nak u”

“I nak u. Itu sahaja”


Susah ke?

Aku diam lagi. Aku sampai kelu lidah. Nak cakap apa? Nak baca wajah pun tak mampu macam selalu sebab ini perbualan telefon. Jahanam la. Jahanam!

“U nak apa pulak.”

Aku diam.

“U tahu tak maksud break up?” jawab aku jujur. Sebenarnya aku nak pilih jalan tu. Tapi, takkan nak cakap direct. Kamu pun, tahu ke maksud break up?

“Break la. Putus. Apsal”

“Orang selalu salah faham. Bila break up, dia bukan maksud putus terus hubungan tu, tapi just putus tak berhubung untuk sementara waktu. Dalam tempoh percubaan adakah mampu untuk hidup tanpa seseorang itu dalam suatu tempoh. Kalau rasa susah, rasa payah, bersama la semula. Kalau rasa tiada masalah, teruskan la aja. Faham?”

“Ooo, ok.”

“Tapi, orang selalu salah anggap yang break tu terus putus, walhal rehat je. ”


“Ooo, ok faham”



Dua jam kemudian,


“Kita break up” aku minta.

“Berapa lama?”

“3 bulan” aku taknak lama-lama. Aku takut menyesal. Kalau korang kenal aku ni jenis macam mana, mesti korang kutuk dan keji-keji aku sebab bajet je. Awek punya cun pun nak main-main macam tu. Takut sebenarnya kalau hakikat aku tak boleh hidup tanpa dia.

“Apa barang. 6 bulan” aku terdiam. Cilaka apa ni?

“Apsal lama?”

“I kalau boleh, masa i kembali pada u balik, i nak jadi orang lain. Orang yang lebih baik. Orang yang jaga 
solat. Orang yang bertudung elok. I nak jadi macam tu. Macam yang selalu u minta tapi i tak ikut.”

Aku akur.

“So, that’s it”

“Nanti pergi kelas elok-elok. Makan elok-elok. Main futsal elok-elok. Semua elok-elok”

“Ok, i akan elok-elok”

“Jangan beli gitar!” tegas dia. Ada cerita dia.

“Haha, ok”

“Bye”

“Bye”


Ganggang diletak walaupun mulanya ambil masa yang cukup lama.

Sunyi.

So, that’s it. Aku tengok lagi sekali tarikh yang aku catat dekat memo. 5 September 2013. 6 bulan dari sekarang.



Lamanya
Dan ini kisah hidup aku selama 168 hari tanpa Mary.
(Chapter 1)

Friday 8 March 2013

Permulaan.

Gambar Ihsan Google



Ada banyak faktor kenapa orang mula tulis blog.

Ada yang nak duit.
Ada yang nak tunjuk diri tu cantik.


Dan yang paling susah nak capai hajat apabila kau mula hendak menulis blog sebab nak jadi famous.


Jadi popular sampai Makcik Jenab sebelah rumah pun hari-hari datang rumah rayu sambil meleleh-leleh air liur suruh kau update blog sehari 3 kali. Tak keruan nak buang air besar katanya bila tak membaca blog kau kurang dari 3 kali sehari. Katanya. 

Jadi popular sampai kau ada fan club kau sendiri. Ahli-ahli kelab semua pakat tulis tattoo nama kau dekat belakang badan siap tulis "Forever and evah bebeh" dan buat remake, movie, novel, based on true story, National Geography, lifestyle semua pasal kau.  Hidup ini amat tidak bermakna seperti ikan emas balang tiada oksigen katanya saat tak menatap blog kau walaupun setengah jam empat puluh lima minit. Katanya



Percaya cakap aku, itu semua tak ke mana.


Aku.
Aku taknak semua tu.
Aku menulis sebab aku ada cerita yang aku hendak cerita. Cerita yang kalau aku cerita dekat blog lama, mesti ada hati yang terguris. Mesti ada hati yang terasa.



Ya, aku dulu ada blog. Ini blog lama aku.

Tapi dekat blog lama, ramai sangat yang kenal wajah. Ramai sangat yang kenal watak Susah nak bercerita secara bebas tanpa ada sekatan. Leceh, rimas dan lelah.



Aku menulis blog dah lama. Nak masuk 3 tahun. Bila aku sudah terlalu lama menulis, aku sedar yang kreativiti aku berkurang. Lebih kepada tersekat aku rasa. Ada cerita yang aku nak cerita, terpaksa aku padam, peram lama-lama dalam draft sebab kalau cerita tu terpublish, nanti ada yang kecik hati. Mahu kalau berjumpa di pijak-pijaknya perut aku tanda protes. Walhal, bukan cerita dia. Perasan sebab aku tulis dalam post tu "Manusia paling bajet kacak dalam kelas". Nampak sangat kau ni sama ada rasa diri tu kacak ataupun kau sedar kau paling bajet.


So, dengan adanya blog ni, aku boleh menulis cerita apa sahaja yang aku mahu, luahan apa sahaja yang aku mahu. Dan juga, cerita apa yang sedang berlaku.

Secara jujur tentang apa yang aku rasa.
Secara telus tentang apa yang aku fikir.


Dan sekarang ni yang sedang berlansung dalam hidup aku adalah, 



168 Days without Mary



Juga antara faktor Mega kenapa aku menggelupor sangat sampai menggedik nak create blog baru. Siapa Mary? Dia perempuan istimewa yang kau harus tahu.





Cerita yang aku nak sampaikan ada bermacam. Ada cerita betul. Ada cerita separa betul. Kalau cerita tipu terus, aku bagitau.



Tapi percaya cakap aku, realiti sebenarnya menarik.







Kalau kau pandai pilih warna apa yang kau nak lakarkan.
Ini buku hitam, atau BlackBook dalam bahasa orang putih.
And the other stuff, itu buat dia berkaler dekat dalam.




Dan juga, 







I'm the person that you will love and hate without you realized it.

Maka, jaga-jaga. *smiley nakal*

Sekian.

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.