Friday, 30 May 2014

Soalan Matematik Paling Susah Yang Aku Pernah Hadap Masa Zaman Sekolah Rendah.




Ini karipap. Ada yang panggil ci.......eh sorry tadi mak aku panggil. Ada yang panggil ni cikhen puff. Eh, aku salah eja chicken ke tu? Ah malas patah balik. Kau fikir apa?



Kejadian ni berlaku masa 1st time aku membeli dekat kantin sekolah, Darjah Satu.


"Acik acik acik acik acik acik acik acik"

"Ya dik ya dik, ha nak apa?"

"Ni karipap ke?"

"Ha'a dik"

"Harga berapa?"

"Seketul 0.30 sen, kalau 3 ketul seringgit,"















Dan sampai waktu balik sekolah aku buntu memikir kenapa 3 ketul tak jadi 90 sen. Aku salah darab ke? Aku tak pandai matematik ke?

Mana datang lagi seposen tu?

Persoalan tu berlegar sampailah aku bijak sikit masa Darjah dua.

Aku beli 2 ketul, 60 sen.
Pastu aku beli lagi seketul, 30 sen.
Total 90 sen dan aku terasa amat bijak.

Aku siap kekening lagi makcik time beli, saja nak tunjukkan yang aku lagi pandai dari dia. (dari sudut matematik mengira ataupun konspirasi nak pau 10sen dari budak kecik secara halus)

Sayangnya, dia tak pernah faham :(






Lepas tu aku kenal pakcik cina tua jual buku sticker pokemon yang kalau dapat kumpul semua, boleh menang PS1.

Yang pakcik tu, sampai hari ni aku sumpah seranah sebab menipu aku.




Sebab aku pernah lengkapkan buku tu 3 naskhah (sekeping sticker 20 sen, satu buku ada berapa keping kau kena kumpul, banyak tau), dia cuma bagi aku magnet buah buat letak dekat peti ais (yang boleh beli dekat kedai, 1 RM4, 3 RM10).
Jahanam kau pakcik cina tua penipu.


3 comments:

Ha Md said...

kumpul sticker aku rasa mcm pernah gak. tapi sticker street fighter masatu. ada ryu, ken, chunli, dan kwn2 mereka.

baca cerita kau ni, aku rasa mcm pernah tertipu jugaklah masa kumpul pelekat tu.. kehkehkeh utk diri sendiri.

Juno Rocket said...

Kau maafkanlah dia. Susah dia nak hembuskan nafas terakhir nanti.

Mikael Sahaja said...

Ha Md : Aku sudah lama rasa tertipu dan bersedih :(

Juno : Aku sudah lama maafkan dia. Tapi dendam kecil tu masih ada :(

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.