Monday, 1 April 2013

18 Bulan Sebelum Itu.





18 bulan sebelum kejadian 168 Days Without Mary.




     “Aku tak faham apsal kau tak boleh lagi nak lupakan Fatin tu. I mean, she just your another highschool crush? Plus, korang rapat pun masa sekolah. Cinta monyet. Kenapa nak ambik serius sangat?”

     “Kau tak faham Azwad. Kau tak faham.”

      “Bagi aku faham. Sekarang”

Aku tengok muka Azwad dah serius. Ini kalau aku main-main ni, ada yang terperosok bawah meja mamak ni sebab kena pelakung. Tak la. Aku gurau je. Dia pelakung aku, aku bukak langkah. Langkah seribu la tapinya.


      “Sebelum kau nak hadapi sesuatu, ada tak kau bayangkan sebelum benda tu berlaku?”

      “Ok, ada dan kadang-kadang takde. Jadi apa kena mengenanya dengan cerita kau?”

      “Masa aku couple dengan Zatty, terus terang cakap aku tak boleh nak cintakan dia lansung”

      “Kau form 1 time tu Mikael. Apa kau tahu pasal Cinta? Tahi”


Aku pandang Azwad tanda amaran. Nak dengar ke tak ni? Kalau taknak dengar, aku cerita dekat Jimmy. Dia lagi suka mendengar. Sebab bila lepas dengar, aku akan bagi dia makan. Maka, sebelum dia nak makan atau masuk rumah, kena dengar aku cerita pasal masalah aku dulu, baru dia boleh berbuat demikian. Kalau tak, Jimmy dengan bini dia tu boleh tangkap rawrwu rawrwu dekat luar. Dah la hari tu masa dia rawrwu rawrwu dalam rumah. Memekak. Terpaksa aku menerajang mereka berdua tanpa belas.


       “Ok, teruskan. Sorry”

       “Aku perasan bila aku betul-betul cintakan orang, aku boleh bayangkan yang orang tu jadi orang rumah aku kelak. Macam mana aku layan dia. Macam mana aku beromantik dengan dia. Macam mana pagi-pagi aku bangun sambil bergurau senda dengan dia. Masa dengan Zatty, Has dan Maya, aku memang tak boleh bayangkan lansung benda-benda tu. Aku cuma harap cerita cepat habis, cepat boleh balik. Tapi lain pulak dengan Fatin. Dengan Nana. Aku boleh bayangkan mereka jadi isteri aku kelak time aku bercinta dengan mereka. Dan bila diorang berhenti memilih aku, aku sampai nak menangis. Sejak tu aku sedar, kalau aku tak boleh bayangkan diorang jadi isteri aku, maka besar kemungkinan itu hanya nafsu dan aku lansung tak cintakan mereka.”


      “Habis? Yang Mary ni? Apa cerita? Kau dengan dia ada setahun kan? Kau nak kata yang kau tak boleh nak imaginekan macam mana kehidupan bila dia jadi isteri kau yang sah kelak ke?”


Aku tarik nafas.


Kopi suam aku hirup sekali. Aku letak semula cawan ke tempat asal.


        “Tak”

13 comments:

Laserquest said...

'aku cuma harap cerita cepat habis. cepat boleh balik'

perghh ayat. kalau macam tu buat apa tunggu lama lama, putus je lah awal awal.

Mikael Sahaja said...

Aku yang dulu ada satu kepercayaan yang cinta itu wujud dengan bantuan masa. Maka, aku sering berikan masa dekat diri sendiri supaya mula mencintai sedikit demi sedikit tanpa sedar aku sendiri nak benda tu cepat habis.


Kepercayaan dari Aku yang dulu.

BukuPoket said...

erk! aku nak tumpang gelak boleh tak?? huhu

Mikael Sahaja said...

Kenapa? :'(

Zaiti Shaari said...

Apsal aku rasa macam ada sambungan lagi lepas

"Tak"

Tu ?

BukuPoket said...

aku nak gelak part jimmy tu?? puas ak pikir bunyi yg ko cube hasilkn...lame pastu baru ak paham..kim salam laa kt jimmy...
erm...lagi satu...psal msalah ko ni...ko sambung laa balik...nk tau selanjutnye...huhu...

Mikael Sahaja said...

Zaiti : Ya, ada


Buku Poket : Dah boleh macam Jimmy bunyi ke belum? Haha

Laserquest said...

berapa umur kau masa "aku" yang dulu tu ?

BukuPoket said...

hamboi soklan....huhu...tau laa ko blogger...ayat pon dh tunggang tebalik dh...bace 2-3 kot aku soklan ko tuh...huhu

Mikael Sahaja said...

Laserquest : Dari aku kecik sampai aku masuk matrik.

BukuPoket : Aku baru perasan yang ayat aku tu, aku pun dua tiga kali nak faham. Hahahaha

BukuPoket said...

pening ko nih...hahahkk!

Laserquest said...

matrik? oh really? matrik mana? aliran apa? :D

Mikael Sahaja said...

Masa matrik, ambil aliran fizik. Tapi tak handal. :(

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.