Sunday, 14 July 2013

"Despicable Me 2" Filem Berunsur Illuminati.



     “Kau dah tengok cerita Despicable Me 2 tak? Trailer macam best”

    “Taknak aku tengok cerita tu. Tu agenda Yahudi kau tahu. Freemason. Illuminati. Nanti kau mesti terpengaruh”

Aku kaget sekejap. Niat aku nak tengok cerita Despicable Me 2 jadi lagi membuak sebenarnya. Celah mananya yang Illuminatinya? Oh, mungkin Minion dia ada yang mata satu? Tak kukuh. Kalau macam tu, cerita melayu pun sebenarnya ada yang kau tak boleh tengok. Terang terang ajak remaja menghampiri Zina. Tak cukup yahudi ke?

     “Part mana yang kau cakap Illuminati tu? Kau dah tengok ke?”

     “Belum”

     “Dah tu, part mana yang Illuminatinya?”

    “Kau cuba tengok nama company yang buat filem tu”

     "Illumination Entertainment?"

     “Ha, tu tak cukup Illuminati ke? Siap sebut lagi tu!”

Aku garu kepala. Itu je?

     “Itu je?”

     “Ye la”

     “Dia nama je. Tak melambangkan apa-apa la”

     “Setiap perkara yang Yahudi buat, memang la nak bagi kita anggap takde apa-apa. Kau ingat saja saja ke dia bubuh nama tu?”

     “Ok, kalau air cap kaki tiga tu. Maknanya tokey dia tu ada kaki tiga la? Macam tu”

    “Ya!” jawab dia yakin.

Aku diam.

     “Tu la, aku cakap kau ni bodoh, kau tak percaya”

6 comments:

4feet8 said...

part 1 dia best. tapi tak berkesempatan nak tgk yg ke dua.

Mikael Sahaja said...

Sama la dengan aku :'(

Aroziatul bukuPoket said...

ak tgk trailer dier je aku dah gelak...huhu..

Laserquest said...

atau mungkin, itu yang orang yahudi nak, kita jadi paranoid.

lepas tu, sebut sebut nama tu.

Anonymous said...

mmg agenda yahudi pon. aku kaji cara hidup yg yahudi amalkan sampaikan cara diorg beribadat n berpesta. aku berminat utk kaji sbb pkerjaan aku yg lepas, aku berurusan terus dgn org2 israel. dah byk kali aku bersalaman dgn org2 israel ni. kalo korg tk despecible ni berpesta, sbnrnya, tu la cara org yahudi berpesta...

Anonymous said...

hahahahahhahahahhaha

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.