Hai awak yang acah acah
tabah tapi balik balik kalau update tweet sedu sedan “MasyaAllah
syusyahnya nak move on!” ataupun “Kenapew awaa tinggalkan saia.
Saia taa kuad awaa” mesti muka awak tu, still tak move on lagi ke?
Padan muka. Siapa suruh
bercinta sebelum kahwin?
Move on. Satu isu yang
takkan mati. Selagi ada lelaki, ada perempuan ianya takkan mati.
Dekat blog lama pun aku
cerita banyak pasal move on. Dan tak sangka jugak isu move on ni
jugak akan dijadikan topik untuk diceritakan dekat sini.
Well, bila ditanya semua orang akan cakap
dia dah move on. Bila ditanya dengan penuh angkuh akan berkata,
“Siapa?
(Nama bekas kekasih. Zack atau Suzana misalnya)? Heh! Ingat aku lapaq sangat ka dengan dia? Pi
mampuih kat dia la”.
Cakap “Pi mampuih kat dia” memang mati
betul betul dekat riba dia la maksud dia kan? Handal korang ni kalau
bab bab nak berselindung perasaan ni. Betul ke dah move on?
Baiklah macam mana nak
tahu yang anda ni sebenarnya dah move on ke belum.
Selagi ada satu
nama bekas kekasih dia yang tak kisah dah berapa lama berpisah tapi
still kalau ada peluang untuk dia dan bekas kekasih itu untuk bersama
semula, dia akan berusaha separuh meninggal ke arah itu bagi
merealisasikan fantasi sengal tersebut, maknanya anda masih belum
move on.
Selagi ada satu nama
bekas kekasih yang anda tak boleh dengar, pantang dengar je menangis,
sedu sedu, masuk tandas supaya air mata lagi padu keluar, lepas tu
update status “Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk melupakan
dia. Saia taa kuadd :’(” sambil retweet setiap gambar yang ada
kena mengena dengan isu susah move on seminggu selepas itu, maknanya
anda masih belum move on.
Bagi aku, ada dua sebab
kenapa anda bukan main susah lagi nak move on.
1. Anda masih menyimpan
terlalu banyak benda atau perkara yang mampu mengingatkan anda dengan dia.
Macam mana nak move on
kalau,
Key-Chain rumah anda tu
yang kekasih anda bagi sempena Ulang Tahun Seminggu bersama. Ya adik
adik. Dulu-dulu kalau kami berjaya couple seminggu, cukuplah sekadar
bagi key-chain kenangan. Bukan buat video lepas tu update dekat
Youtube.
Atas meja anda masih
lagi ada dua buah mug yang anda terima sepanjang pengenalan dengan si bekas kekasih. Satu tu
anda terima sebab masa tengah dating, korang mengada-mengada saja
cakap tak boleh minum air dari botol. Biasanya pakai mug. Berlari
pakwe korang cari kedai mug dekat Mall tu. Lama jugak dia cari sebab
kau tahulah pakwe kau boleh tahan jugak pokai dia sampaikan masa nak
bayar popcorn tadi, habis buat bodoh dah dia pura pura usha poster
wayang. Cantik kata dia. Taknak keluar duit punya pasal. Dan dalam
Mall, mana ada kedai RM2.00. Mug satu lagi tu korang terima sebabkan
obsesi korang dengan karekter Spongebob. Asalnya dia nak hadiahkan
panties gambar spongebob. Tapi sebabkan perangai bebal pakwe korang
ajak masuk dressing room sebab nak tengok korang punya size apa, dan
jugak dua pelempang yang kau baru bagi tu boleh tahan jugak sakit
dia. Maka, dia belikanlah mug tu untuk korang walaupun korang boleh
nampak boleh tahan masam jugak muka pakwe korang.
Dan pelbagai lagi
pemberian seperti T-Shirt, tiket wayang, buku diari bersama, cincin
couple, rantai couple dan sebagainya yang anda masih simpan sebab
setiap satu ada memori dia yang anda taknak tinggal.
Kalau
sampai macam tu, macam mana anda nak move on?
2. Anda masih hidup
dalam memori manis yang anda sendiri cipta.
Ok, cuba bayang. Macam
mana anda nak move on kalau hidup anda macam ni.
Anda bangun pagi. Bukak
je mata nampak gambar bekas kekasih anda yang anda print A4 dekat
siling. Selama 7 tahun dah sampai jadi habit anda ucap selamat pagi dulu dekat gambar acah
acah sweet, lepas tu anda pandang kanan pulak untuk ucap selamat pagi
dengan 7 lagi gambar bekas kekasih anda yang anda sudah frame elok.
Setiap satu tu ucap selamat pagi dan kucup 5 saat. Tak kurang, lebih
tak mengapa.
Sarapan pagi anda makan
Roti canai telur dua keping. Anda takdelah kuat makan mana pun. Plus,
anda benci sangat dengan Roti canai sebab satu, kalori dia banyak dan
anda makin gemuk. Kedua, anda memang tak suka makanan India. Benci
sejak kecil. Tapi sebab itu yang sering bekas kekasih anda order,
maka anda pun order benda yang serupa.
Bukak laptop,
screensaver muka dia. Ringtone pun pakai ringtone yang sama dengan
bekas kekasih. Dalam walkman semua lagu yang anda dengar sama-sama
dengan bekas kekasih sepanjang pengenalan bersama. Terutamanya lagu
“Colbie Callilat - Bubly” yang bukan main suka lagi korang dengar
masa dia nyanyikan untuk korang pada malam ulang tahun pertama.
Jangan ditanya aku kesudahan dia macam mana bila kau. Dia. Gitar.
Nyanyian merdu. Sunyi. Berdua. Romantiknya. Rasa nak peluknya. Rasa
nak pegang tangannya. Mata makin kuyu saling memandang. Kepala sudah
lentuk ke bahu. Jangan ditanya aku kesudahannya bagaimana sebab aku
tak tahu pun.
Balik ke rumah. Baring.
Sebelum menutup mata, mesti nak mengimbas kenangan bersama-sama
dengan bekas kekasih sambil meratapi kesilapan korang (kalau ada
perkara yang kononnya korang buat sampai jadi punca breakup.) Dan
anda pun tidur.
Berulang la hari anda
macam ni sampai anda tua, tak larat, dan mati.
Kalau dah macam ni,
macam mana anda nak move on? Bagitau aku.
Move on adalah satu
anugerah terhebat,
Dan tidak move on
bukanlah satu dosa.
Tapi kalau dengan tidak
move on itu menyebabkan produktiviti anda terjejas, belajar entah ke
mana, muka makin serabut untuk apa?
Mahukan belas ihsan
dari bekas kekasih supaya menerima anda kembali?
Dia rasa bangga lagi
ada kalau dia tahu betapa pentingnya dia dalam hidup anda. Akibat,
lagi degil dia nak kembali. Plus, dah la anda makin comot dan gemuk.
Kekasih baru dia hot stuff.
Mahukan kenangan manis
anda tidak mati?
Nak hidup dalam
kenangan sampai bila? Sampai graduate? Sampai sudah kerja dan
berkejaya? Sampai dah tua dekat kerusi malas sambil bergoyang
perlahan dan mengenang kenangan manis yang pernah anda tempuh
bersama? Entah entah time tu, bekas kekasih anda tu nama anda pun dia
dah tak ingat. Baik cuba ingatkan nama bini nombor 4 dia.
Kalau ya pun,
kesiankanlah diri anda.
Kalau ya pun anda tak peduli, biar diri ini mati dalam kenangan aku kau peduli apa natang kateko,
Kesiankanlah jodoh anda
yang sedang menanti anda move on. Dia tunggu je bila agaknya hati
awak ada ruang untuk dia tumpang berteduh, selamanya. *smiles
*
12 comments:
niceeee...thankz... =)
what came across my mind when i read the tittle ;
because the memory were too good to be true! they were the best! i had the best moment of my life and its gone. sedih!
when i almost read half of this post ;
'mak aih! panjangnya post kau yang nih!'
hahaha
ayat yang last tu comel :3
aku langkau post ko yg ni...bace mule pastu bace paragraph last..
aku baca yang first, pastu skip terus pergi yang last. cuba cakap pasal cemana nak cari pakwe baru ke, baru membantu sikit *demanding haha!
haha nice!..aku pon cuca btei nk move on nih pfft
Pencinta Seni :Sama sama :D
Lasequest : Saya tahu saya comel. I mean, ayat saya. Hiks.
Aroziatul : Sampai hati awakkk
Zaffe : Minggu depan aku post. Minggu depan.
FN : Hahaha, macam tak cukup mencuba je.
Lama nya dah aku tak baca blog kau. Last baca masa bulan April tahun lepas aku rasa.
Anyways,
Kau, dah move on ? (:
In syaa Allah. Hampir :')
Tulisan ringkas, tak panjang berjela. Suka baca blog ni😊
Terima kasih Balqis Haris :)
Post a Comment