Tuesday 20 January 2015

Certot Monarki : Yang gagal menang. Bahagian 2.








“Aku berkuasa tak?”
“Berkuasa!”
“Aku kuat tak?”
“Kuat!”
“Aku handal tak?”
“Handal!”
“Eleh, kau ingat kau sudah berkuasa kau dah bagus sangat ke? Pergi matilah kau!” jerit seseorang yang memakai topi dari jauh.
Sir Jose terdiam. Begitu juga aku dan 14 orang yang lain. Sir Jose memandang tepat ke mata lelaki bertopi itu. Ternyata wajah lelaki bertopi itu begitu angkuh.

*******

Aku pulang ke rumah dalam keadaan basah kuyup. Penat hari ni kerana perlu menyelesaikan masalah “kecil”. Masuk ke ruang tamu, aku sudah terbau masakan mewangi. Sedap. Tapi hari ni, aku tidak mahu makan ikan.
“Abang nak makan daging!” jerkah aku dari ruang tamu. Aku terdengar suara mendengus dan bunyi barangan dibuang ke tong sampah, kuat. Biadap. Aku hilang sabar dan capai tali pinggang menuju ke dapur.

*******

Esok pagi, aku kembali ke posisi aku setiap hari.
“Aku berkuasa tak?”
“Berkuasa!”
“Aku kuat tak?”
“Kuat!”
“Aku handal tak?”
“Handal!”
Aku perasan hari ni, lelaki bertopi dengan berwajah lebam kesan daripada pengajaran semalam antara yang paling kuat bersorak. Datang juga walaupun aku tengok jalan pun masih berdengkot-dengkot. Baguslah kalau dia dah faham.

Certot Monarki : Yang gagal menang. Bahagian 1.





Dengan tangan aku dan Zareena dipegang kemas oleh pengikut Tok Penghulu, aku nampak Tok Penghulu perlahan keluar dari semak belukar.
“Kau nak buat apa pada Zareena?” tanya Tok Penghulu sambil mengangkat kening.
Aku hanya tunduk. Tak menjawap apa-apa. Sebab dalam kepala aku masih lagi keliru kenapa Zareena pun turut dipegang sama. Untuk menjadi saksi ke?
Tok Penghulu hadir lebih dekat dan merentap botol minyak dagu yang aku pegang dari tadi. Diamati perlahan.
“Mana kau dapat benda ni?” tanya Tok Penghulu. Aku diam lagi.
Azman ambik peluang tumbuk perut aku. Kuat.
“Dekat Bomoh Hamid..uhuk..uhuk…kampung sebelah..uhuk..uhuk..”
Dalam samar malam, aku nampak Tok Penghulu tersenyum. Dibukanya penutup lalu dicampaknya cecair minyak dagu betul-betul ke muka Zareena. Satu botol.

*******
Sebulan selepas itu, dalam orang masih lagi tak percaya macamana Zareena, gadis paling cantik dalam kampung boleh terima pinangan Tok Penghulu tua ganyut tu, kenduri kahwin besar-besaran tetap juga diadakan.
Kalau tanya aku, memang aku tak puas hati. Tapi, orang berkuasa begitu kau memang tak boleh menang cara kasar.
Maka, bila aku dapat peluang curi-curi untuk datang ke tempat penyediaan makan berhidang kenduri, pada makanan bahagian Tok Penghulu tu, aku tuang racun. Satu botol.
 

Saturday 17 January 2015

#1 Borak Kosong : 1 tahun 10 bulan, Mary, Gaji kawan-kawan, 24 tahun dan lain-lain.



   Bila aku bukak balik post lama-lama, baru aku perasan. Mahgad blog ni dah nak masuk dua tahun! 2013 tu buat masa ni paling rajin la sebab dah la tak setahun penuh tapi entry dah cecah sampai 48. Yang tahun 2014 pulak kemain tau setahun cukup tapi entry nak cecah 30 pun tak. Maklumlah, time tu tengah syok bercinta. Pergi matilah kan nak acah-acah menulis entry. Plus masa tu gelupor sikit fokus nak menulis novel (blergh) maka semua idea haruslah disalurkan ke tempat yang betul (alasan).

   So, hmm nak cerita apa ni?
   Sorry? Apa dia? Apa khabar novel yang aku tulis tu?
   Hahahaha
   HAHAHAHAHAHAHAHA
   HAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

   Mary.
   Entah nak cakap la aku pasal Mary ni. Masuk hari ni ada la dalam sebulan diam macam gitu. Aku ingatkan kitorang dah official break-up ke apa. Kita kan boleh ada sense bila hubungan tu dah nak capai hujung-hujung. Aku dah standby kepala aku dekat dasar dah in case tangki oksigen direntap kasar oleh Mary sampaikan aku tak boleh bernafas. Entahlah.
   Mungkin aku nak kena tunggu kad kahwin dari Mary kot.

   Eh, aku tak cerita lagi yek kejadian yang dekat Kursus kahwin tu? Aku dengan Mary hari tu pergi Kursus kahwin sama-sama. Aku tak cerita lagi yek? Ha yang tu nanti la. Nanti. Cuma nak cakap, kalau agak-agak hubungan tu dah nak sampai hujung hujung, toksah la buat perangai nak pergi kursus kahwin sama-sama. Kerja orang gila.

   Umur dah nak masuk 24 ni. Tapi masih lagi belajar. Stress tau.

   Semalam aku pergi ke kenduri kahwin adik beradik kawan-kawan aku. Dah lepak sekali, mesti cerita pasal kerja. Dan kalau dah cerita pasal kerja, mesti cerita pasal gaji.

   Berada di posisi aku, aku, yang masih lagi belajar. Harapkan pada duit elaun je. Dengar cerita kawan yang sedang bekerja gaji basic saja dah cecah RM3K. Kau agak, apa yang aku rasa.

   Over tau kata aku terbalikkan meja-meja dekat kenduri kahwin tu. Teka lagi.
   Tak tak, aku tak gigit alas meja tanda protes.

   Yes. Frust.

   "Kau bila nak kahwin?" adalah soalan yang paling boleh mengundang penumbuk sebenarnya. Kalau pada aku la. Dah la macam nak single, belajar lagi pulak tu.

   Kalau tanya aku, aku mestilah nak kahwin. Gila apa tak kahwin. Habis nanti kalau malam-malam dekat luar hujan pastu sejuk pastu selimut takde (contoh), aku nak peluk siapa? Mestilah nak peluk bini!

   Ni dah habis random dah ni aku berborak.
   Ha apa lagi nak cerita? Tahniahlah kalau dah berjaya baca sampai sini.



   Aku dah sampai usia yang kalau tak betul cara, aku boleh terberkahwin ni. Usia je la.





   By the way, nak ke suami yang pagi baca journal, petang main Dota, malam layan movie ni? Nak ke?





   Gurau je yang petang-petang main Dota tu. Kalau dah kahwin, petang-petang tu saya main awak la. Tanya lagi.


   Agasvkuhaskduasvduhbasd bye.

Certot Patung : Yang gagal menang. Bahagian 2.






"Kau cuba la mengorat dia. Mana tahu kan, jodoh."
Aku ketip bibir. Kumpul semangat, kononnya. Aku memang dah lama ada hati dengan si Amelia ni. Tapi tu la, orang secantik dia kau bukannya hanya perlukan dialog ayat pembuka bicara biasa. Kau perlukan jugak semangat dewa cinta dari seluruh pelusuk dunia. Supaya tak la dari nak keluar ayat-ayat cinta, kau termencarut. Bila dah tarik nafas tiga kali, aku pun melangkah ke Amelia yang sedang duduk di meja depan perpustakaan tu.
"Hai." ujar aku. Yakin.
"Hai." balas Amelia sambil senyum. Masya Allah kaki aku kenapa macam tak jejak tanah ni. Steady Rizal steady. Kau boleh.
"Emm, tengah baca Novel FIXI ke tu?"
"Ha'a, tajuk Patung. Awak minat baca novel FIXI jugak ke?"
Terbaik. Aku memang minat baca FIXI ni. Boleh la jadi modal borak. Aku tarik kerusi. Dan dia tak pandang aku pelik. Cantik, aku lulus.
"Suka jugak. Saya selalu baca novel. Buat masa ni, FIXI la yang terbaik."
"Tu la. Saya dengan Boyfriend saya blablablablablablabla."


Telinga aku masa tu dah berhenti dah berfungsi sebagai telinga.
Ada boyfriend pulak si Amelia ni.
Dan untuk 30 minit itu lah aku cuma diam dan menjadi patung pendengar yang baik.
Fuck.

Certot Patung : Yang gagal menang. Bahagian 1.






“Terima kasih tau you sebab temankan I pergi tengok wayang, shopping. I appreciate sangat.”
“Hmm.”
“You ni kenapa sebenarnya? Dari tadi mula dating sampai I dah nak balik ni still macam tu. Kenapa?”
“I ok.”
I hate to see you like this. You can tell me anything my dear. Please
“I ok. Cepatlah”
“Apa masalah you ni sebenarnya? Ha? Dari tadi I tanya sepatah, you jawab sepatah. Did I do something wrong? I hate it when you become like this. Cakaplah kenapa.”
“I ok. Dah. Cepat turun.”
“Hm! Macam patung!” jerit Linda tatkala melangkah keluar dari kereta.
Sebaik sahaja pintu dihempas, pedal minyak kereta aku tekan laju.


*****
Tiba dirumah, komputer dibuka. Pantas, aku tekan ikon Google Chrome dan automatik laman Twitter yang terbuka dulu.
Terbaca aku tweet-tweet yang berbunyi,


MANCHESTER UNITED POWER NOKHORROM!!!
Siapa fans Manchester United tak tengok game ni memang betul punya rugi.
Glory Glory Manchester United! #GGMU



Pantas, aku bukak laman sesawang Livescore.
Tertera,
Manchester United 5 – 0 Chelsea.
Perlahan, aku genggam jersey Manchester United yang aku pakai sambil menahan rasa rugi yang teramat sangat.


Malam game penting tapi awek mengada ajak dating aku fuck!

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.