Sunday 30 November 2014

Mary, Enot dan kemana sahaja mata aku memandang, aku nampak dia.





   “I dah macam Enot dah sayang,” ujar Mary masa dalam talian.

   “Tahu dah. Takpelah. Enot ke Kenot ke, I tetap sayang u jugak”

  “Hmmm, I dah gemok,” ulang Mary lagi untuk kali yang ke 14 selepas 7 panggilan telefon dilaksanakan sebelum itu.

   “Tahu dah. Ok. Takpe. Tak kisah pun.”


*******

   “I dah gemuk tau. Macam Enot dah badan i,” ulang Mary sekali lagi untuk kali ke 15 bagi panggilan ke 8.

   “I tahu,”

   “Tapi, I gemuk gemuk pun I happy!” ujar Mary tiba-tiba. Insecure ke apa entah aku tak tahu.

   “Tak kisah la happy ke tak happy. You sihat tak? Kalau happy-happy pun bila jalan sikit dah mengah, tak guna jagak. Mahu I paksa you keluar jogging dengan i” kata aku. Risau. Seolah Mary ni dah kena penyakit yang paling menakutkan dari orang gemuk. Penyakit “Badan aku maka suka hatilah aku lah”.
 
*******

    Mary masuk ke dalam kereta.

   “Hai!” ujar Mary dengan senyuman yang paling manis.

   Aku jatuh cinta untuk kali yang entah ke berapa puluh ribu.

   “Cantik. You.. you nampak cantik.”

   “Terima kasih” dan Mary senyum lagi. Dan aku jatuh cinta lagi.

   Aku membawa kereta sambil mata curi amati tahap gemuk yang diuar-uarkan oleh si Mary dua minggu sebelum tu.

   “Entah celah mana gemuk entah,”

   “I dah gemuk laaaa”

   “Celah mana?”

   Pertanyaan aku tak dijawab. Cuma dibalas dengan tenungan nakal sambil kening diangkat-angkat.

   Ni betul punya kelakuan paling boleh gugat iman.

*******

   Beratur di ATM memang meter sabar tu kena sentiasa penuh. Kalau tidak, dengan tong sampah dekat ATM tu pun kau maki hamun. Dengan orang yang potong que nya, dengan orang yang tekan nombor satu-satunya, dengan orang yang bodoh sombongnya. Pening.

   “Kau tengok badan awek tu. Gemuk kot. Nasib muka boleh blah,” kata  Zack berbisik dari belakang.

   Pantas, mata aku melilau cari. Jumpa. Dan benda pertama aku ingat, aku teringatkan Mary. Dari belakang, badan dia sebijik macam Mary. Dan aku rasakan, itu kurus. Bukan gemuk seperti yang dikhabarkan. Sampailah aku ternampak muka si tuan badan yang lansung tak sama dengan Mary. AUTOMATIK aku rasa itu adalah gemuk.






   Dua minggu dah aku dengan Mary perang dingin. Entah apa silap aku, aku tak tahu.


   Tapi sekarang aku yakin yang aku memang benar-benar rindu.

Saturday 15 November 2014

Bila ex dapat kekasih baru yang lebih hodoh : And it's all about which perspective view that we choose.




     "Kau ada tengok pakwe baru ex aku?" jerit Saiful tiba-tiba dekat workstation aku.
     Sekarang ni memang tiap-tiap hari kena pergi workstation. Nak buat research kununnya. Walhal bila sampai depan pc tu, lepas satu, satu video youtube yang aku tengok. Jahanam.
     "Ex yang mana?"
     "Macam ramai pulak ex yang aku sayang,"
     "Kann. Kan ke ramai ex kau. Dekat tujuh orang tu tak kira ramai?"
     Saiful jeling. Sentap.
     "Liyana,"
     Sebaik nama tu disebut, terus aku terbayang muka seorang Ainan Tasneem. Aku pernah tengok gambar ex dia sekali hari tu. Memang sebijik macam Ainan Tasneem.
     "Ha, kenapa dengan pakwe baru ex kau tu?"
    "Heh. Dah la buruk, gemuk pulak tu. Apa la malang si Liyana tu dapat pakwe macam gitu. Rasa win pulak aku tiba-tiba bila aku tengok dia dapat pakwe baru yang lebih buruk. Aku hensem lagi."
     "Well, itu dari perspektif kau. Kau bayangkan, dia lagi sanggup nak couple dengan lelaki yang lebih buruk dan hodoh dari memilih untuk teruskan lagi kehidupan dengan kau. Kalau kau pandang dari sudut itu, agak-agak siapa yang tengah win?"
     Terdiam.





     Dan kelihatan dari jauh, Saiful menampar-nampar dirinya sampai dia pengsan.

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.