Thursday, 4 April 2013

It's a Date.





Cerita dia, selepas Pisah Network, aku merajuk panjang dengan Mary. Still ada BBM sikit-sikit, tapi takde la manja-manja macam dulu. What? Aku manja? Oh please. Yang aku maksudkan dia tu. Takdenya aku buat macam masa mula-mula dulu lagi. Takdenya aku nak wish her goodnight lagi. Takdenya aku nak bacakan di telefon sebelum dia tidur apa yang aku karangkan di blog macam dulu lagi. Takdenya aku nak bacakan sajak 6 rangkap sebelum tidur sebulan sekali pada tarikh 13hb bersempena tarikh aku dengan dia bercouple suatu ketika dahulu. Takdenya, takde maknanya!


      “Umm, minggu depan jadual u pack?” BBM dari Mary menerjah gawang BBM aku. Apa? Kan aku ada kata aku still BBM dengan dia sikit-sikit. Remember?

      “Minggu depan i cuti sem J. Why? Heehee”


Aku gelak tu sebab aku dah tahu dah dia nak apa. Aku dah tahu dah.


     “Serius? Start until?”

     “Start Ahad ni sampai Ahad minggu depan. Seminggu sahaja”

     “Err, taknak tanya i pulak ke?”


Aku hela nafas. Ni tak boleh layan lama-lama ni. Tak boleh. Nanti naik lemak. Bila nak, datang dekat aku. Bila taknak, tinggalkan aku. Ah, emosinya ah!


     “U cuti sampai bila?” *send


Eh, sial la siapa yang tulis ni? Siap send pulak lagi! Cis betul!


     “I cuti sampai 9-14hb, 15-17 i ada kem, 22 April -29 Mei i ada Intersesi,i cuti 10 hari. Dan, cuti 10 hari tu, i nak spend time dengan family, rakan rakan. And YOU


Aku dah agak dah! Aku dah agak dah! Kan aku dah cakap tadi aku dah tahu dah apa dia nak. Dia nak break the rules yang dia sendiri create dulu. Eh, apsal hati DubDabDubDab ni?


    “Ooo”


Ya, aku tulis tu je. Walaupun hati gembira dia macam nak menari tiang, tapi jawab mesej kena cool. Tu wajib. Girl, here's a tips. Walaupun kami nampak tenang bila anda buat sesuatu, ketahuilah hati kami dia punya parti mabuk dia 5 hari 4 malam pergi dia. Punya happy.


     “Nak pergi tak?”

     “Boleh je. U nak bawak i pergi mana? Apa? Kahwin? Tak boleh! Kalau u betul-betul nak i, u kena jumpa parent i, minta izin mereka. Hiks!”

    “Takda maknanya la gila! I nak ajak u pergi Putrajaya, tengok member i konvo”

     “Kawan lelaki ke perempuan? Kalau perempuan, i bawak spek mata hitam dengan kamera. Kalau lelaki, i bawak PSP, nak buat main dalam kereta sebab i tak pergi sampai dalam dewan”

     “She

     “Its a date then!”

     “Hahaha, gedik! U nak kacau dia, kacau la. Tapi i tak bertanggungjawab”

     “Ooo, u dah pregnant kan i, then u taknak tanggungjawab. Pandai u. Pandai. Hahaha”

     “I rasa u konfius antara pregnant dengan buncit ni. Hahaha”

     “Cis, so i confirmkan. 13 hb. Putrajaya. Right?”

     “Yes.”


Aku senyum. Hati senang. Rasa tak sabar nak jumpa hari Sabtu tu. Tak sabar dia macam kau tengah beratur nak masuk tandas dalam keadaan kau benar-benar terdesak. Tak sabar dia, rasa macam esok jugak nak ambik result SPM. Tak sabar dia, macam pengantin perempuan tengah tunggu laki dia masuk bilik untuk prosedure malam pertama. Apa? Sembahyang jemaah sama-sama la. Hish, fikir apa la korang ni.








Saat tu aku sedar yang aku tak boleh tinggal kan dia jauh dari aku walaupun sekejap, walaupun sesaat. Tidak tidak dan tidak. Aku mahu dia sentiasa .








Bahasa pendek, I still in love with her

3 comments:

BukuPoket said...

aku ingt nk like...lupe lak ni bukan fb...hahak!

4feet8 said...

saya pun nak like entry ni..
mcm tu ke dia punya gembira? 5 hari 4 malam.

jika tak keberatan, any idea..
err.. sy stil keliru lagi mcmana nak respon pd org yg pemalu nih..

Laserquest said...

sambungan sambungan !!

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.