Wednesday 17 April 2013

20 Minit Sebelum "Dating" Menemui Penghujung.




13 March 2013.




     “I tak boleh bayang kalau i tak berjaya, i mean, kalau tiba-tiba masa i ambik diploma ni, i tak boleh nak habiskan” ujar Mary tatkala lama berbaring sunyi tanpa bualan. Tiket basnya untuk pulang ke UiTM adalah pukul 9. 15 minit sudah berlalu dan masih belum nampak bayang bas. Maka, penantian di dalam kereta sambil menurunkan seat dilihat mampu untuk mengisi masa yang terluang.

     “Maksud you tak boleh bayang tu macam mana?”

     “Maksud dia, kiranya kalau i tak berjaya, i tak tahu macam mana i nak menghadap dengan you lagi. Nak berkawan dengan you lagi. Ye la kan. Tak sedarjat. You dah ada degree. I, diploma pun tak lepas masa tu. Takkan kita nak berkawan lagi kan?”


Aku sedikit emosi. Aku sedut nafas dalam-dalam.


     “Andai kata one day kita dah tak berkawan atas faktor you rasa segan dengan kegagalan you sendiri, you kena sedar yang tu maksudnya you sendiri yang taknak berkawan dengan i. You sendiri yang menolak i. Dan you sendiri yang mengelak i. Bukan i. I takkan menolak untuk berkawan selagi berkawan dengannya tidak mendatang satu masalah pada i. I tak kisah la status dia apa. Dia nak berkawan, i 1000 kali lagi nak berkawan dengan dia. Itu you kena tahu. Dan...”


Aku duduk tegak. Aku pandang yang berada di sebelah kiri aku. Nak create sweet moment orang kata.


     “I takkan menolak you sebagai kawan i. Itu janji i pada you”


Dia hanya mengangguk. Tiada senyuman. Tiada tindak balas lain. Aku sedikit hampa sebenarnya. Aku ingatkan tadi adalah scene scene menghampiri kiss ke. Bukan kiss betul-betul. Menghampiri. Lega mungkin dalam hati dia. Risau? Aku kenal muka risau dia. Muka risau dia bukan begitu.

Aku sambung baring semula. Kemudian, kepala aku menangkap suatu soalan yang mampu mengundang.


     “Macam mana pulak kalau tiba-tiba andai kata i gagal. I mean, i tak boleh habiskan degree i. I jadi loser”

     “Ish, takkan la macam tu. Macam mustahil gila nak jadi”

     “Takde yang mustahilnya. Kiranya i takde degree. I got nothing. Kerja pun hampeh hampeh je. Macam mana? You nak berkawan dengan i tak?”


Dia senyap sebentar. Berfikir.


     “Entahlah. I tak pernah pulak fikir macam tu”

    “Kalau jadi, macam mana?”

     “I tak tahu. Tak boleh nak imagine benda tu. Mungkin....tak kawan la kot. Mungkin la”


Aku terdiam.


    “By the way, you takkan jadi macam tu kan?”


Aku angguk. Perlahan. Dalam kepala dah putar macam-macam jenis DVD ending kisah cinta paling palat yang boleh berlaku.

Aku telan air liur sedikit.

Terasa pahitnya.

Dan perlahan-lahan juga, aku mula risau dengan masa depan aku sebagai seorang suami kelak.

2 comments:

Laserquest said...

ouch ! sangat jujur ya Mary ni

Mikael Sahaja said...

Tahu takpe. :(

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.