“So, sekarang macam mana?”
“Ok, apa yang you nak?”
“I tak tahu. I sendiri tak tahu apa yang I
nak”
Sumpah aku hampa dengan jawapan macam tu.
Couple dah lebih dua tahun. Susah sangat ke nak cakap yang
“I nak hanya u seorang, tak mahu yang lain”
“I nak u”
“I nak u. Itu sahaja”
Susah ke?
Aku diam lagi. Aku sampai kelu lidah. Nak
cakap apa? Nak baca wajah pun tak mampu macam selalu sebab ini perbualan
telefon. Jahanam la. Jahanam!
“U nak apa pulak.”
Aku diam.
“U tahu tak maksud break up?” jawab aku jujur.
Sebenarnya aku nak pilih jalan tu. Tapi, takkan nak cakap direct. Kamu pun,
tahu ke maksud break up?
“Break la. Putus. Apsal”
“Orang selalu salah faham. Bila break up, dia
bukan maksud putus terus hubungan tu, tapi just putus tak berhubung untuk
sementara waktu. Dalam tempoh percubaan adakah mampu untuk hidup tanpa
seseorang itu dalam suatu tempoh. Kalau rasa susah, rasa payah, bersama la
semula. Kalau rasa tiada masalah, teruskan la aja. Faham?”
“Ooo, ok.”
“Tapi, orang selalu salah anggap yang break tu
terus putus, walhal rehat je. ”
“Ooo, ok faham”
Dua jam kemudian,
“Kita break up” aku minta.
“Berapa lama?”
“3 bulan” aku taknak lama-lama. Aku takut
menyesal. Kalau korang kenal aku ni jenis macam mana, mesti korang kutuk dan
keji-keji aku sebab bajet je. Awek punya cun pun nak main-main macam tu. Takut
sebenarnya kalau hakikat aku tak boleh hidup tanpa dia.
“Apa barang. 6 bulan” aku terdiam. Cilaka apa
ni?
“Apsal lama?”
“I kalau boleh, masa i kembali pada u balik, i
nak jadi orang lain. Orang yang lebih baik. Orang yang jaga
solat. Orang yang
bertudung elok. I nak jadi macam tu. Macam yang selalu u minta tapi i tak ikut.”
Aku akur.
“So, that’s it”
“Nanti pergi kelas elok-elok. Makan elok-elok.
Main futsal elok-elok. Semua elok-elok”
“Ok, i akan elok-elok”
“Jangan beli gitar!” tegas dia. Ada cerita
dia.
“Haha, ok”
“Bye”
“Bye”
Ganggang diletak walaupun mulanya ambil masa
yang cukup lama.
Sunyi.
So, that’s it. Aku tengok lagi sekali tarikh
yang aku catat dekat memo. 5 September 2013. 6 bulan dari sekarang.
Lamanya
Dan ini kisah hidup aku selama 168 hari tanpa
Mary.
(Chapter 1)
1 comment:
gudluck
Post a Comment