“U, macam mana u pikat i dulu?”
Aku terdiam kejap bila topik perbualan pertama Mary dalam telefon malam ni adalah tentang sejarah dipikat.
Mari aku cerita,
*****
Mula-mula Mary ni kekasih orang, tapi aku
still mesej dia macam biasa (3 tahun lepas, handphone aku belum blackberry begitu juga dia, maka tiada istilah BBM dan whatsapp), lama-lama bila mesej
biasa-biasa tukar jadi mesej macam kekasih, sikit sikit nak peluk, sikit sikit
nak cium, sikit-sikit nak panggil sayang, sikit-sikit nak i miss you, maka
haruslah boyfriend dia inbox ke facebook aku dan bagi amaran keras yang
berbunyi,
“...kalau jadi benda ni dekat kau, mesti kau
pun marah jugak apa? Apa perasaan kau?”
Masa tu aku sedar aku silap, maka selepas
minta maaf ke pakwe dia, aku berhenti mesej selalu. Awalnya, aku tak mesej
lansung.
“Kenapa u tak mesej i?”
“Tak molek la pulak i rasa. U kekasih orang”
“Takde, u mesej i jugak. Kalau u betul kawan
i, u mesej dengan i”
*****
“U, pikat la i balik. Buat la i jatuh cinta
balik”
Hati aku macam berderai. Macam selama ni, aku
tak buat apa-apa untuk jaga kau. Kau tak tahu berapa banyak aku tolerate. Kau
MPP UiTM, kau punya busy lagi bersepah dari aku. Aku boleh tolerate.
Aku
bukannya jenis suka orang tak mesej aku untuk bagitau apa dia buat hari ni,
simple mesej pun cukup.
“Kelas”
“Makan”
“Study group”
Itu je. Simple. No need for long explaination
about what you gonna do today. I just want to know your life. Ye la. Anak
tunggal ni kadangnya boleh tahan sunyi. Tapi kau kata bukan sikap kau nak mesej
dan kau takkan ubah perangai kau ni. Aku boleh tolerate walaupun sebenarnya
hati aku sakit.
Kau suruh aku ubah cara hidup, cerita semua
benda yang aku buat sepanjang hari, bagitau kalau pergi mana-mana, jangan menghilang, dan bila aku kata tak
boleh, kau emosi lebih. Kau kata benda simple pun tak boleh. Yang kelakarnya,
benda yang serupa aku suruh kau buat pun kau tak boleh buat, lagi cakap simple.
Tapi takpe. Aku boleh tolerate.
I don’t smoke. I don’t hangout with my girl
friend all the time. I never cheated on you. I tak pernah hilang-hilang tak tentu pasal macam "boyfriend boyfriend" yang lain tu. I tak pernah mendua melapankan you
dalam keadaan semua orang disekeliling aku punya awek paling sikit 2 orang,
satu pasangan hidup mati, satu lagi safe net kalau apa apa jadi, dan tak
habis-habis suruh aku pasang dua jugak.
Apa lagi sebenarnya kau mahu Mary?
Tapi, sebenarnya aku tahu kenapa kau tanya aku
soalan tu tadi.
*****
“I jatuh cinta dengan coach i”
Dan, aku dah agak dah. Bila kau suruh aku
pikat kau balik, maknanya hati kau dah mula acah-acah nak berubah.
Kau tak hargai apa yang selama ni aku buat,
dan kau senang-senang hati mengaku jatuh cinta dengan orang lain, and i still
don’t understand why i still stay.
Dan, malam itu jadi begitu lama dan panjang
untuk aku berfikir apa masalahnya dengan aku ni.