Friday, 7 February 2014

Bagaimana kau menghadapi kenyataan bahawa Mary berubah hati?



     “U, macam mana u pikat i dulu?”

Aku terdiam kejap bila topik perbualan pertama Mary dalam telefon malam ni adalah tentang sejarah dipikat.

Mari aku cerita,

*****

Mula-mula Mary ni kekasih orang, tapi aku still mesej dia macam biasa (3 tahun lepas, handphone aku belum blackberry begitu juga dia, maka tiada istilah BBM dan whatsapp), lama-lama bila mesej biasa-biasa tukar jadi mesej macam kekasih, sikit sikit nak peluk, sikit sikit nak cium, sikit-sikit nak panggil sayang, sikit-sikit nak i miss you, maka haruslah boyfriend dia inbox ke facebook aku dan bagi amaran keras yang berbunyi,

     “...kalau jadi benda ni dekat kau, mesti kau pun marah jugak apa? Apa perasaan kau?”

Masa tu aku sedar aku silap, maka selepas minta maaf ke pakwe dia, aku berhenti mesej selalu. Awalnya, aku tak mesej lansung.

     “Kenapa u tak mesej i?”
     “Tak molek la pulak i rasa. U kekasih orang”
     “Takde, u mesej i jugak. Kalau u betul kawan i, u mesej dengan i”

*****

     “U, pikat la i balik. Buat la i jatuh cinta balik”

Hati aku macam berderai. Macam selama ni, aku tak buat apa-apa untuk jaga kau. Kau tak tahu berapa banyak aku tolerate. Kau MPP UiTM, kau punya busy lagi bersepah dari aku. Aku boleh tolerate.

Aku bukannya jenis suka orang tak mesej aku untuk bagitau apa dia buat hari ni, simple mesej pun cukup.

     “Kelas”

     “Makan”

     “Study group”

Itu je. Simple. No need for long explaination about what you gonna do today. I just want to know your life. Ye la. Anak tunggal ni kadangnya boleh tahan sunyi. Tapi kau kata bukan sikap kau nak mesej dan kau takkan ubah perangai kau ni. Aku boleh tolerate walaupun sebenarnya hati aku sakit.

Kau suruh aku ubah cara hidup, cerita semua benda yang aku buat sepanjang hari, bagitau kalau pergi mana-mana, jangan menghilang, dan bila aku kata tak boleh, kau emosi lebih. Kau kata benda simple pun tak boleh. Yang kelakarnya, benda yang serupa aku suruh kau buat pun kau tak boleh buat, lagi cakap simple. Tapi takpe. Aku boleh tolerate.

I don’t smoke. I don’t hangout with my girl friend all the time. I never cheated on you. I tak pernah hilang-hilang tak tentu pasal macam "boyfriend boyfriend" yang lain tu. I tak pernah mendua melapankan you dalam keadaan semua orang disekeliling aku punya awek paling sikit 2 orang, satu pasangan hidup mati, satu lagi safe net kalau apa apa jadi, dan tak habis-habis suruh aku pasang dua jugak. 

Apa lagi sebenarnya kau mahu Mary?

Tapi, sebenarnya aku tahu kenapa kau tanya aku soalan tu tadi.

*****



      “I jatuh cinta dengan coach i”

Dan, aku dah agak dah. Bila kau suruh aku pikat kau balik, maknanya hati kau dah mula acah-acah nak berubah.

Kau tak hargai apa yang selama ni aku buat, dan kau senang-senang hati mengaku jatuh cinta dengan orang lain, and i still don’t understand why i still stay.



Dan, malam itu jadi begitu lama dan panjang untuk aku berfikir apa masalahnya dengan aku ni.

7 comments:

Ef said...

mohon clash haha

Mikael Sahaja said...

:'(

Ha Md said...

dia ni juga ke yg ckp nak balik sampai kau nak beli tiket bas nak balik dlm entry sebelum ni tu..?
kalau org yg sama, kau tak rasa mcm dia buat kau tu cuma simpanan dia saja..?

wake up mike, ramai lagi org kat luar sana. bila kau masuk alam pekerjaan, kau boleh jumpa lebih hebat dari Mary..

Mikael Sahaja said...

Dia orang yang sama...

Tu yang aku tengah fikir kenapa aku masih stay.

Anonymous said...

because u already fall in love with her...sbb tu kau stay..aku pun lalui benda yg sama jugak..dia punya curang, perghh...tak boleh nak bayang...tp tak tau kenapa, aku boleh stay nak dia lagi walaupun hati sakit..rs mcm org bodoh je...tapi syukur lah, semua tu dh berakhir =)

Mikael Sahaja said...

Anon : Betul jugak kan. Sebab dah jatuh cinta. Aku sakit sikit takpe. Asalkan kau ada. Atau atleast aku anggap kau ada.

Mikael Sahaja said...

Anon : By the way, tahniah pasal berjaya move on :)

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.