Sunday 31 March 2013

Sengaja Atau Sahaja.





Kalau kau seorang student Universiti, kau mesti dapat faham kelas pagi pukul 8 tu pergi dia macam mana.

Mengantuk. Sangat sangat mengantuk. Jahanam.


Ini kelas Etika. Cakap semata. Kalau dekat sekolah, ini macam kelas sejarah. Nampak mengantuk dia macam mana padu?


    “Baiklah, dalam salah satu daripada ciri utama perbuatan meniup wisel seperti tindakan mendedahkan. 
Maksudnya sengaja menyampaikan maklumat kepada pihak tertentu di luar organisasi” ujar pensyarah aku lagi. Lagi sebab dah sejam berlalu, takkan la itu je yang baru dia cakap kan?


     “Macam kalau kamu sebahyang la. Kamu kan niat kan “Sengaja aku sembahyang” ha sama la dengan benda ni. Ada niat”


Aku diam.

Aku nak tanya orang sebelah benda yang aku dengar tu betul ke tidak, tapi aku takut elok-elok orang lain tak dengar jadi dengar pulak. Tapi, aku yakin aku tak pekak. Bukan kerasionalan contoh yang diberikan tu. Tapi cara niat dia sembahyang tu aku musykil. Aku yakin sepanjang 16 tahun aku sembahyang, aku sebut SAHAJA dan bukannya SENGAJA.



















Cis korang selamba je tuduh lecturer aku jarang solat! Cis kau!
Eh, ketawa pulak kau sambil geleng-geleng kepala kata mana ada mana ada.


5 comments:

Laserquest said...

haha masih ada lagi yang silap

Mikael Sahaja said...

Tahu takpe. Ayuh kita, positif. Mungkin dia tersilap cakap ataupun aku yang tersalah dengar. Ayuh!

Laserquest said...

aku percaya kau tak tersilap dengar

abglek said...

basically aku baca wattpad ko & that bring me into this. 2013, dah lama, xtau ko tgk komen ni tak. kadang ni susah org melayu, nak word tu macam gempak tapi maksud xphm pun. mcm 'sahaja' tu pebenda maksud? apa pulak kaitan/lain dr 'sengaja'? tgk dlm kamus, perkataan sahaja tu sgt confusing, kejap maksud gini, kadang gitu, salah satu maksud; dengan sengaja. mmg ada ustaz yg sebut 'sengaja' mostly 'sahaja'. tp kalu ikut 'sengaja' tu make sense jugak, yg mana penuh niat tu jadik 'aku mmg sengaja sembahyang apa2, berapa2 rakaat, tunai ke utang ke, tak lain tak bukan, xde niat lain kerana...'. guna perkataan 'sahaja', sahaja yg main2 ke (bersahaja), yg single ke (cth: itu sahaja), atau lain2 maksud? last2 baru nak start sembahyang pun dah confuse xphm, rasanya cemana nak phm seluruh sembahyang & nak khusyuk? (khusyuk tu apa maksud?) lgpun sengaja/sahaja perkataan yg ditokok dlm niat. basically bkn la aku kesah xkesah org solat ke tidak, cuma malas nak judge, terutama benda yg aku xnampak. so lantak pi la dia nak solat ketidak, lg yg dah tua. lgpun xyah la langgar hak org, lg dia xmenyusahkan org, tu dosa personal dia. *perkataan sembah'yang' tu pun dikatakan org dulu zaman animisma panggilan tuhan; 'yang'. *perkataan melayu yg simple tp sgt mengconfusekan; 'budi', apa maksud dia? for me budi tu physical gift, tp ramai ckp sopan santun, kejadah.

Mikael Sahaja said...

Panjang lebar betul kau comment ni Quasem. Hahahaha. Ya benar. Ayat itu kadang mengelirukan. Aku yakin niat dia baik.

By the way, pensyarah aku ni dah pun meninggal 2 tahun lepas. :')

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.