Friday 2 January 2015

Aku kan manusia lemah. Lupa?




   Aku kan manusia lemah. Lupa?


   *******
   Sepatutnya esok adalah tarikh untuk aku ke kursus kahwin di Putrajaya. Pembetulan. "Kita" ke kursus kahwin. Sepatutnya dua minggu lepas tapi keberangkatan kedua ibu bapa aku ke Umrah menyebabkan aku menangguh dulu kursus itu. Kursus kahwin ada banyak kali. Penceramah ada ramai orang. Ibu bapa, aku cuma ada sorang (Ye la. Sorang ibu. Sorang ayah. Jangan nak oh em gee kenapa seorang ibu bapa sangat lah).

    Jadi, nak taknak (Nak!) aku kena call kau jugak. Bukan apa. Masa penangguhan hari tu, kau ada kata buat tempahan baru. Aku call ini in case la kalau kalau kau batalkan (janganlah) secara rahsia pendaftaran aku itu.

   Aku tengok keliling. Takde orang. Tapi, risau jugak kena menganjing dengan rakan-rakan. Aku capai telefon, aku melangkah ke luar rumah. Panggilan telefon dibuat. Berdering panjang. Tak berangkat. Begitu juga untuk kali yang kedua. Ok. Kau busy. Ok. Aku positif.

     Nampak gayanya, terbatal lah hasrat aku untuk ke kursus kahwin awal tahun ni.

********

    Maharajalawak boleh tahan buat aku penat. Aku wonder jugak aku tengah tengok Maharajalawak atau Maharajapenat. Jam tunjuk pukul 12.20am. Masa untuk tidur. Esok mahu bangun awal. Azam baru u. Sebagai seorang bakal suami (walaupun kelihatan agak lama lagi nak jadi. But hey, kena berlatih dari sekarang la kan?) aku kenalah bangun awal bagi ditunjukkan kepada bakal-bakal isteri aku yang mendatang bahawa aku sa-orang calon Suami yang bagus. Dok gitu?

     Tiba-tiba.

     Telefon berdering.

     Kau boleh agak kan dari siapa.

     Tak perlu aku sebut nama.

    Dan kali ni memang aku sedang pegang telefon (berbanding semalam, telefon ada dalam laci). Lama. Aku biarkan tak berangkat. Telefon berhenti berdering.

    Aku nekad. Lagi sekali telefon ini berdering, aku akan angkat. Berbual tentang apa saja benda yang kau mahu bualkan. Bertanya tentang khabar kau yang aku sentiasa tertanyakan.


     Sayang, deringannya cuma sekali.
     Maafkan aku sayang.







     Aku kan manusia lemah. Lupa?

2 comments:

zaffe said...

dah 2015 dah weh move on laaaa *baling pisau*

Anonymous said...

ego namenye

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.