Dengan tangan aku dan
Zareena dipegang kemas oleh pengikut Tok Penghulu, aku nampak Tok Penghulu
perlahan keluar dari semak belukar.
“Kau nak buat apa pada
Zareena?” tanya Tok Penghulu sambil mengangkat kening.
Aku hanya tunduk. Tak
menjawap apa-apa. Sebab dalam kepala aku masih lagi keliru kenapa Zareena pun
turut dipegang sama. Untuk menjadi saksi ke?
Tok Penghulu hadir
lebih dekat dan merentap botol minyak dagu yang aku pegang dari tadi. Diamati
perlahan.
“Mana kau dapat benda
ni?” tanya Tok Penghulu. Aku diam lagi.
Azman ambik peluang
tumbuk perut aku. Kuat.
“Dekat Bomoh Hamid..uhuk..uhuk…kampung
sebelah..uhuk..uhuk..”
Dalam samar malam, aku
nampak Tok Penghulu tersenyum. Dibukanya penutup lalu dicampaknya cecair minyak
dagu betul-betul ke muka Zareena. Satu botol.
*******
Sebulan selepas itu,
dalam orang masih lagi tak percaya macamana Zareena, gadis paling cantik dalam
kampung boleh terima pinangan Tok Penghulu tua ganyut tu, kenduri kahwin
besar-besaran tetap juga diadakan.
Kalau tanya aku, memang
aku tak puas hati. Tapi, orang berkuasa begitu kau memang tak boleh menang cara
kasar.
Maka, bila aku dapat
peluang curi-curi untuk datang ke tempat penyediaan makan berhidang kenduri,
pada makanan bahagian Tok Penghulu tu, aku tuang racun. Satu botol.
No comments:
Post a Comment