“Aku berkuasa tak?”
“Berkuasa!”
“Aku kuat tak?”
“Kuat!”
“Aku handal tak?”
“Handal!”
“Eleh, kau ingat kau sudah
berkuasa kau dah bagus sangat ke? Pergi matilah kau!” jerit seseorang yang
memakai topi dari jauh.
Sir Jose terdiam.
Begitu juga aku dan 14 orang yang lain. Sir Jose memandang tepat ke mata lelaki
bertopi itu. Ternyata wajah lelaki bertopi itu begitu angkuh.
*******
Aku pulang ke rumah
dalam keadaan basah kuyup. Penat hari ni kerana perlu menyelesaikan masalah
“kecil”. Masuk ke ruang tamu, aku sudah terbau masakan mewangi. Sedap. Tapi
hari ni, aku tidak mahu makan ikan.
“Abang nak makan
daging!” jerkah aku dari ruang tamu. Aku terdengar suara mendengus dan bunyi
barangan dibuang ke tong sampah, kuat. Biadap. Aku hilang sabar dan capai tali
pinggang menuju ke dapur.
*******
Esok pagi, aku kembali
ke posisi aku setiap hari.
“Aku berkuasa tak?”
“Berkuasa!”
“Aku kuat tak?”
“Kuat!”
“Aku handal tak?”
“Handal!”
Aku perasan hari ni, lelaki
bertopi dengan berwajah lebam kesan daripada pengajaran semalam antara yang
paling kuat bersorak. Datang juga walaupun aku tengok jalan pun masih
berdengkot-dengkot. Baguslah kalau dia dah faham.
No comments:
Post a Comment