November
2007 : Tingkatan Empat
“Izam,
baik kau mengaku, memang kau jugak yang koyakkan buku si Farah tu kan masa
Darjah Empat dulu? Sebab buku Nana dulu pun kau koyakkan jugak sebab perkara
yang sama kan?” tanya Ajib seloroh.
“Buto
ah mana ada! Buku Nana tu ye la aku koyakkan. Aku sakit hati time tu babi.
Hahaha. Yang buku Farah tu sumpah aku tak tahu”
“Jangan
nak nafi lebih la Izam. Yang boleh buat perkara-perkara luar jangka ni takde
lain dah tau. Kau je Izam. Mengaku je la!” tembak Man Gelabah lagi ke Izam.
“Sumpah
la weh! Bukan aku. Aku pun bukan suka sangat dekat si Farah tu”
“Habis
tu, siapa je yang suka sangat ke si Farah tu?”
“Tak
silap aku kan, engkau la Ajib. Aku ingat lagi masa kau bengang tahap mencarut
bodoh bodoh bodoh dekat si Shah sebab kau nampak dia dengan Farah dating dekat
padang. Plus, aku ada dengar cerita dia pernah mengaku dia tak suka budak
gemuk. Mesti kau sentap!”
“Haha,
itu memang aku sakit hati, tapi takdelah sampai nak koyak buku orang!”
“Eleh,
benda memalukan memang takde sorang nak mengaku dia buat. Orang gila je nak
mengaku,” tembak Izam pulak ke Ajib.
“Macam
kau mengaku yang kau koyakkan buku si Nana tu ke Izam?” ujar Azim tetiba.
Meja
riuh rendah dengan ketawa. Aku pun ketawa jugak. Nak cover.
Pelan-pelan,
aku hirup teh o ais aku sambil telan sama kegelabahan takut dikesan perlakuan
aku yang dulu.
Dalam
hati, aku berdoa bila dah balik dari lepak nanti kepala diorang semua terhantuk
ke mana-mana bucu meja lantas menghilangkan ingatan mereka terus pasal kejadian
tu.
P/S:
Insiden aku koyak buku Farah : Sini
Insiden Izam koyak buku Nana : Sini
Insiden awak koyak hati saya : Sekarang
No comments:
Post a Comment