Tuesday, 26 August 2014

Penanda aras gadis comel.



Mac 2003 : Darjah Enam

Hakikatnya, pencarian gadis comel untuk dijadikan penanda aras ni dah lama dah berkubur sebaik sahaja berita pemergian Nana ke Perak disebarkan. Kalau ada yang meletakkan penanda aras pun, bukannya secara serius ataupun penanda aras sekadar untuk diri sendiri. Itu saja. Semua ni atas tiga sebab utama.

Satu, tahun ni semua budak Darjah Enam nak UPSR. Kalau kelihatan dua sehingga empat orang sedang berkumpul sambil berbual, itu kalau tak topik perbincangan Matematik yang superb jahanam susah hasil ajaran Cikgu Norlia, mesti pasal kelas tambahan yang diuar-uarkan akan berlansung bermula dari bulan April, awal sebulan dari tahun lepas. Semua orang tengah fokus kepada exam kedua terbesar selepas PTS (Penilaian Tahap Satu kali terakhir dibuat pada 2000, tapi itu pun tak semua sekolah ada ambik).

Dua, bila masing-masing sudah ada gadis impian masing-masing. Ajib si Atiqah kulit putih melepak tu. Si Man Gelabah tak habis habis cuba berbual dengan Seeha. Azim dengan si Sarah. Kiranya masing-masing sudah cuba mengayat perlahan gadis impian masing-masing. Yang lambat sikit nak move on dari kisah cinta Nana ni mungkin Izam dengan Azim je. Tapi aku rasa Azim laju je dah move on. Yang si Izam ni aku tengok, nasi lemak pun makan setengah bungkus tak habis lagi ni. Tak move on lagi la tu.

Tiga, sebab pelopor utama kepada misi pencarian gadis penanda aras ni, iaitu Azim sendiri dah malas nak tentukan gadis penanda aras. Bagi dia, semua berhak menjadi gadis penanda aras dan bukannya hanya seorang gadis sahaja. Ni aku syak strategi baru Azim untuk mengayat lebih ramai lagi gadis. Kita tengok la dalam dua tiga tahun lagi mungkin dia dah jadi playboy paling besar di Selangor. Ciri utama dah ada tu.

Ditambah pulak dengan kegagalan Feeza bulan lepas dalam menjadi penanda aras utama, maka pencarian tu secara sendiri ditutup. Maka, kalau ada gadis cantik mana-mana yang dijadikan penanda aras pun, semua simpan untuk diri sendiri je.

Aku pun sama jugak ada cari seorang.

Pencarian ni asalnya takde serius pun. Tapi macam yang aku cakap tadi lah, kalau dah tiba-tiba Ajib pun dah borak dengan crush hati. Oh, takpe lagi. Azim dah start mengkagumkan gadis-gadis dengan falsafah jiwang dia, oh belum boleh bertakut lagi. Man Gelabah! Kau bayangkan. Man Gelabah pun dah mula acah-acah kacau Seeha tu apa cerita? Man Gelabah bai. Kalau kalah dengan Man Gelabah ni, takde penghinaan lain dah yang kau boleh accept kau tahu! Ini tak boleh jadi. Aku pun kena jugak berbual dengan crush hati aku nan sorang ni!

Tetapi, seperti yang sedia maklum oleh semua orang, aku ni pemalu. Nak bercakap dengan perempuan yang aku tak minat, memang takde masalah lansung. Namun, kalau nak mulakan perbualan dengan gadis impian, gadis pujaan, gadis yang selalu menghiasi angan sebelum tidur malam, aku jadi lelaki paling bapok.

Macam sekarang ni, aku hanya memerhatikan gadis yang aku maksudkan dari jauh. Ada la dalam dua tiang bangunan. Dia sedang berbual dengan dua orang kawan perempuannya dengan topik entah apa. Nasib baik dengan perempuan. Kalau dengan lelaki dan hanya berdua je, aku mungkin sekarang tengah genggam buah epal sampai ianya berkecai hancur bagi menggambarkan aku geram tahap mahu bertumbuk dengan lelaki tu. Apa dia? Jeles? Tak. Aku gelarkan ianya, “Memberikan pandangan buruk kepada pesaing.”

Nama dia Fatin.

Dia putih.

Dia berwajah innocent.

Dia cakap lembut penuh sopan.

Dia bertudung.

Dia buat ni ni hati ni tetiba nak cair tak tentu pasal.

Dan kalau tertanya-tanya apsal tak wujud watak Fatin ni dari awal? Apsal tetiba dia ada? Dia boleh fight Nana ke sampai kau gantikan dia?

Fatin baru masuk tahun ni, Januari.

Dan masa pertama kali  aku tatap wajah dia tatkala kaki dia melangkah masuk ke kelas, tubuh aku sudah pun laju merembeskan peluh dingin sejuk sebab hati kata ya itu dia, itu dia gadis yang bakal kau serahkan hati sehingga separuh mati.

Tu belum lagi masa Cikgu Mariah minta dia perkenalkan diri dan aku dengar,

“Hai, saya Nur Fatin Bt Azman. Panggil Fatin”

Masa tu, aku dah sampai Paris. Sedang berbulan madu dengan dia dalam imaginasi sendiri.

Boleh tahan jugak imaginasi seorang budak darjah enam ni.

Kalaulah tiba-tiba dia panggil aku untuk datang dekat ke dia sekarang ni, alangkah indahnya dunia aku. Fatin. Panggillah aku. Panggillah aku. Please. Please. I’m begging you please,

“Mikael! Mikael!” panggil Fatin secara tiba-tiba sambil melambai suruh aku datang ke dia. Aku kaget nak mampus. Dia ada power psychic ke apa sampai boleh dengar apa yang aku cakapkan dalam kepala ni? Dengan tenang tapi langkah melaju sebab excited tapi aku try jugak sorokkan sikit excited aku, aku datang dekat.

“Kenapa ni Fatin?” tanya aku bila dah berada betul-betul berdepan dengan Fatin. Debar nak meninggal hadir perlahan memeluk tubuh. Dan jugak baru aku sedar, aku, campur Fatin dan dua orang kawannya ni, maka jadilah kami sekumpulan empat orang yang sedang berkumpul sambil berbual.

Oh damn. Ni tak lain ni mesti...

“Mikael faham tak soalan Matematik yang Cikgu Norlia ajar hari tu? Kitorang tak faham apa la. Macam mana nak buat yek?”

Kan aku dah cakap tadi.


No comments:

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.