Sunday, 6 October 2013

Cuti Raya Korban.


Masalah ni kadang, macam Iceberg. Nampak kecik, tapi hakikatnya besaq gila. - Aku, 2013



Kronologi cerita ni berlaku dua minggu yang lepas.

Untuk pengetahuan aku dengan Mary ada la dekat 4 bulan tak berjumpa. Hubungan kami jadi dingin lain macam. Dingin orang yang lama tak berjumpa. Rindu dia MasyaAllah, tuhan je tahu.

Jadi kan tak lama lagi cuti raya korban.

     “Bila kita nak spend time sama-sama?”

Ya, itu mesej yang aku hantar. Pergi Neraka la kau ego.

     “In Shaa Allah, raya haji ni i balik. Tapi i Raya haji dekat Puchong je kot sebab family raya haji dekat Puchong”

Ah sudah, aku sudah berkira nak balik. Untuk pengetahuan para audiens, gadis ini asal Melaka. Kami bertemu di Puchong. Rumah saya Puchong. Rumah dia pun dulu Puchong.

Dalam kepala sudah cipta bagaimana nak pulang. Sudah plan siapa nak ajak supaya tambang minyak dan tol kereta aku boleh dibahagi sama rata. Mind sudah di set untuk balik. Sudah set. Dalam kepala. Dalam hati. Sudah jerit “Ini Kalilah!”. Berkali-kali. Ya. Berkali-kali.

Minggu lepas.

     “Tadi i call family i. Tak jadi Raya dekat Puchong. So, raya dekat Melaka.”

Ah, permainan apa ni?

Takpe. Takpe.

Jadi, mind sudah set taknak balik. Sebab Johor dan Melaka dekat. Dalam sejam lebih aku sudah boleh sampai ke rumah dia. Aku dah standby aktiviti apa yang aku nak buat untuk stay 4 hari di rumah sewa. Marathon Harry Potter balik. Kejar balik Naruto yang tertinggal. Cari balik siri Futurama. Apa? Study? Pfft.

Jadi orang orang yang aku ajak balik tadi aku cancelkan. Katakan aku nak fokus study dekat sini, malas pulang sebab jalan konfom jem dan sebagainya. Aku cipta pelbagai alasan. Kawan kawan biasalah. Kena maki itu biasa. Kena kutuk dan dituduh keling itu normal. Aku tahan sikit. Sikit saja lagi.

Dan, tadi. masa tu dekat dalam kereta.

     “I tak jadi balik raya”

     “Kenapa?”

     “Tiket mahal”


Dan kepala aku hantukkan ke dashboard berkali-kali sambil maki diri sendiri “Bodoh..bodoh..bodoh”

6 comments:

Laserquest said...

siapa yang cakap 'i tak jadi balik raya' tu?

hahaha

Mikael Sahaja said...

Mary la. Siapa lagi. Ish ish.

4feet8 said...

aku pula rasa mcm kena main. *adakah aku menghayati entry ko ni?*
ko tak rasa mcmtu?

Mikael Sahaja said...

Konon nak buat surprise la balik nak berjumpa. Aku berahsia tu pasal aku nak balik. Padan la muka aku. Padan.

Anonymous said...

balik jangan tak balik!!

haha...

Mikael Sahaja said...

Rapunzel : Tapi...tapi...

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.