Masalah ni kadang, macam Iceberg. Nampak kecik, tapi hakikatnya besaq gila. - Aku, 2013
Kronologi cerita ni
berlaku dua minggu yang lepas.
Untuk pengetahuan
aku dengan Mary ada la dekat 4 bulan tak berjumpa. Hubungan kami jadi dingin
lain macam. Dingin orang yang lama tak berjumpa. Rindu dia MasyaAllah, tuhan je
tahu.
Jadi kan tak lama
lagi cuti raya korban.
“Bila kita nak spend time sama-sama?”
Ya, itu mesej yang
aku hantar. Pergi Neraka la kau ego.
“In Shaa Allah, raya haji ni i balik. Tapi
i Raya haji dekat Puchong je kot sebab family raya haji dekat Puchong”
Ah sudah, aku sudah
berkira nak balik. Untuk pengetahuan para audiens, gadis ini asal Melaka. Kami
bertemu di Puchong. Rumah saya Puchong. Rumah dia pun dulu Puchong.
Dalam kepala sudah
cipta bagaimana nak pulang. Sudah plan siapa nak ajak supaya tambang minyak dan
tol kereta aku boleh dibahagi sama rata. Mind sudah di set untuk balik. Sudah
set. Dalam kepala. Dalam hati. Sudah jerit “Ini Kalilah!”. Berkali-kali. Ya.
Berkali-kali.
Minggu lepas.
“Tadi i call family i. Tak jadi Raya dekat
Puchong. So, raya dekat Melaka.”
Ah, permainan apa
ni?
Takpe. Takpe.
Jadi, mind sudah
set taknak balik. Sebab Johor dan Melaka dekat. Dalam sejam lebih aku sudah
boleh sampai ke rumah dia. Aku dah standby aktiviti apa yang aku nak buat untuk
stay 4 hari di rumah sewa. Marathon Harry Potter balik. Kejar balik Naruto yang
tertinggal. Cari balik siri Futurama. Apa? Study? Pfft.
Jadi orang orang
yang aku ajak balik tadi aku cancelkan. Katakan aku nak fokus study dekat sini,
malas pulang sebab jalan konfom jem dan sebagainya. Aku cipta pelbagai alasan.
Kawan kawan biasalah. Kena maki itu biasa. Kena kutuk dan dituduh keling itu normal.
Aku tahan sikit. Sikit saja lagi.
Dan, tadi. masa tu
dekat dalam kereta.
“I tak jadi balik
raya”
“Kenapa?”
Dan kepala aku
hantukkan ke dashboard berkali-kali sambil maki diri sendiri
“Bodoh..bodoh..bodoh”
6 comments:
siapa yang cakap 'i tak jadi balik raya' tu?
hahaha
Mary la. Siapa lagi. Ish ish.
aku pula rasa mcm kena main. *adakah aku menghayati entry ko ni?*
ko tak rasa mcmtu?
Konon nak buat surprise la balik nak berjumpa. Aku berahsia tu pasal aku nak balik. Padan la muka aku. Padan.
balik jangan tak balik!!
haha...
Rapunzel : Tapi...tapi...
Post a Comment