Thursday, 3 October 2013

Bila Bercinta Dengan Wanita Yang Lebih Berusia.



Memang kalau dah jadi senior ni, dia punya bangsat lain macam kan.

Macam aku misalnya. Kau bayangkan untuk majlis anugerah dekan yang memang terang-terang nak sambut kejayaan kau tu yang start pukul 9, pukul 9.30 baru kau tiba. Jalan pun jalan perlahan-lahan macam “Kau nak rush rush ni kau nak ke mana?”. Macam tu.

Aku tak tahu aku patut syukur ke tak syukur atas sikap aku yang makin kerap datang lewat. Sebab bila aku datang lewat ni, aku jumpa orang lain yang turut sama lewat.

Dan individu yang turut sama lewat ni haruslah perempuan. Kalau tidak, untuk apa kau excited.

Ekin.

Atau dalam dunia realiti, aku panggil dia Kak Ekin. Ya, dia lagi tua dari aku. Aku belum pernah lagi cerita tentang Ekin secara detail dekat sini. Begitu juga Nana, Nisa, Norashikin dan Fatin. Takpe. Karang-karang aku cerita.

Bagi permahaman cerita ni, cukuplah yang kau tahu masa aku kenal dan ada hati konon nak bercinta dengan dia, umur aku 20 dan dia 29.

     “Weyh, Ekin. Ekin” bisik aku pada Adib.

Adib pandang Ekin.

     “Perghh, sejak dah berpunya ni, bukan main cantik sekarang ni”

Ya. Kau juga harus tahu yang dia seorang janda. Janda yang kehilangan suami setelah baru 2 bulan berkahwin. Dia senyum sambil buat muka "biasalah, biasalah"

Aku pandang mata macam taknak berkelip, tapi aku kalih-kalihkan supaya tak nampak ketara. Sebab masa tu tengah jalan nak ke dewan. Dan jugak, untuk apa kau nak kacau lagi orang yang taknak dekat kau kan.

Tak pernah tipu, macam sekarang ni aku masih lagi terfikir, setiap kali aku ternampak dia, setiap kali aku nampak kereta peugeot (dia bawak kereta tu), aku mesti terfikir.

     “Mikael ni dah ada makwe ke?”

Kalau aku balas mesej dia tempoh hari, mungkin kisah kita berbeza. Mungkin la.

Sebab tu aku banyak kali kata,

     “Umur itu sekadar angka. Menunjukkan berapa banyak ilmu dan pengalaman yang kau sepatutnya ada. Bukannya menjadi penghalang cinta”

Dan aku dah dua kali kena pasal bercinta dengan gadis yang lebih berusia.


Memang kalau perempuan makin berusia takde fikir lain, kerja nak cari suami je. Sabar sikit tak boleh ke?

10 comments:

4feet8 said...

wanita makin berusia, sudah bekerjaya, jarang ada lagi yg nak bersosial buang masa nak bercinta mcm org muda.

kena ada fokus. kalau ada halatuju,perancangan, boleh teruskan. kalau lelaki muda tu dingdong, tak serius, tak confident, then, terpaksalah goodbye.

Aroziatul Aroz said...

ayat last ko tu..kena tepat kat btg idung aku..

Mikael Sahaja said...

4feet8 : Kiranya lelaki muda tak berhak dapat wanita berusia? :'(

Aroziatul : Awak berusia? :O

4feet8 said...

bukan tak berhak. tapi, kena ada halatuju. ada planning. plus bersungguh-sungguh.

Mikael Sahaja said...

Sebabkan lelaki bila muda masa depan masih samar. Masih jauh. Macam mana nak merancang kalau pengalaman pun tak banyak?

4feet8 said...

kalau kau budak engineering, mesti kau ada belajar timeline. perancangan sesuatu projek dan pelaksanaannya. boleh digunapakai dlm kehidupan seharian. kena ada target dan usaha utk capai.

Mikael Sahaja said...

Takkan la takde perancangan mudah tentang masa depan. Mesti ada. Cumanya aku kadang terasa yang mereka tidak sabar.

Laserquest said...

tidak sabar untuk apa?

Mikael Sahaja said...

Tidak sabar untuk kahwin.

Laserquest said...

family pressure lah.

'kau nih, bila nak kahwin? nak jadi anak dara tua ke?'

harap faham -,-

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.