Sunday, 21 July 2013

Bosan.



Aku bosan.

Bulan Puasa ni dia punya bosan lain macam.

Aku bangkit dari katil lepas aku terjaga sebab mimpi yang bukan bukan. Aku mimpi yang ada seorang pengarah nak ambik aku berlakon. Tapi pengarah tu aku tak kenal lansung pada mulanya. Dia bersungguh kata dia berbakat. Dia kata kena ikut dia ke rumah untuk sign kontrak jadi aku pun ikut. Bila sampai rumah dia, lain pulak jadinya. Dan ya, pengarah tu perempuan. Ada iras iras Ji Hyo dari gameshow Runningman. Aku nak teruskan mimpi, tapi entah mengapa aku pilih untuk terjaga. Mungkin dalam hati aku terbahagi kepada dua. Satu nak teruskan, satu lagi malas. Malas nak mandi. Tidur selepas subuh ni memang lain macam pergi dia.

Aku capai Blackberry aku. Aku tengok jam pukul 8.45am. Lepas bergolek-golek atas katil lebih kurang, aku bosan lagi. Aku bangkit dari katil dan menuju ke komputer aku. Sambil mengadap ruang desktop, aku termenung. Ada la dalam 5 minit. Dekat desktop ada dua novel yang aku sedang tulis. Tapi tak pernahnya berjaya habis. Semangat nak menulis ni muncul bila kau betul betul tengah ada kengkangan masa. Esok pagi ada Paper final misalnya. Berhantu. Aku bukak sekejap word tu. Aku baca dalam dua tiga perenggan, aku tulis dua patah, aku tutup balik.

Aku bukak pula folder video. Aku cari RunningMan. Cerita yang aku rasa sangat best dan mengujakan. Baru sedar. Itu pun sebab esok ada Paper Final estimating (Paper ni susah dia ya amat). Juga berhantu. Ya, peperiksaan akhir ni dia berhantu. Tiba tiba rasa nak menulis. Tiba tiba rasa nak tengok cerita series. Tiba tiba internet jadi menarik. Lepas final, semua benda yang kau “rasa” tu hilang dan seolah olah kau tak pernah ada misi dalam hidup. Ya, final memang berhantu.

Lepas aku pasang RunningMan dalam 10 minit, aku terasa aura bosan. Rasanya macam penat gila nak sambung tengok. Aku berhenti, aku bukak DotA. Tapi game baru start 5 minit, aku berhenti. Aura bosan jugak.

Aku sleepkan komputer dan bergerak semula ke katil. Baring. Rasa nak tidur. Tapi tidur pun ada rasa aura bosan. Ya Allah. Dah kenapa ni? Aku capai buku “Drebar Bas Yang Nak Jadi Tuhan” yang aku tak habis baca semalam. Baru dua muka surat aku dah letakkan balik.Aku sambung balik baring untuk beberapa ketik
a. Tak ada ke benda yang menarik boleh berlaku masa ni?

Tiba tiba pintu bilik aku ditendang. Masuk dua orang lelaki sambil membawa kayu. Aku bangkit dan berlari ke arah mereka sambil menghayunkan batang besi yang aku tiba tiba ada. Baru dua kali hayun, mereka dah rebah. Lembik. Datang seorang lagi, tapi kali ni kurang ajar dia lain macam, dia rempuh aku dari tepi. Aku tak nampak. Aku kuatkan kaki dan aku cengkam badan dia kuat kuat. Bila dah terkunci, aku lututkan muka dia beberapa kali dan aku lemparkan dia ke tepi. Aku rasa aku tahu apa yang mereka nak. Dokumen rahsia dalam komputer aku yang menunjukkan tentang rahsia keselamatan Malaysia. Apa yang kau tak tahu, Malaysia ada banyak rahsia. Baru aku nak ke desktop, terdengar letupan dari luar. Aku jeling dari sisi tingkap untuk melihat apa yang berlaku. Dan bunyi tembakan bertalu talu. Pelurunya ke arah aku. Aku tunduk. Tapi aku tak berhati hati, aku jatuh dari katil.

      “Adoi!”. Aku usap kepala aku. Sakit. Aku capai Blackberry aku. 12.30pm. Dalam aku taknak tidur tadi, terlelap jugak pergi dia.

6 comments:

Laserquest said...

You keep me on my toes

Mikael Sahaja said...

Apa maksud tu?

Cik Muda said...

grrr.....

Laserquest said...

maksudnya tulisan kau ni buat aku tertanya tanya, ke mana cerita yang kau tulis ni nak bawa aku.

buat aku ingin tahu apa endingnya.
walaupun endingnya macam -,- sikit
haha

4feet8 said...

bosan, pergi cat rumah.
jgn layan tido, penat badan nanti.. hehe.. cuti sem ke nih? ke habis belajar terus?

Aroziatul bukuPoket said...

bosan ko lain macam perginye....

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.