“Aku buat lapan rakaat je
la”
“Lapan? Lapan?”
ucap Man sambil memandang tepat ke mata aku. Aku salah cakap ke lapan rakaat tu? Ke sekarang orang Malaysia buat Tarawih 20 rakaat je?
“Ni! Ni! Dua puluh
Rakaat tahu!” cakap Man sambil tangan kanan menepuk nepuk dada.
Yakin ya amat.
“Yeke Man? Jangan
borak lebih. Aku jujur cakap, aku cakap lapan rakaat, lapan rakaat la
yang aku buat. Karang kalau aku khaborkan lebih, tak buat, nampak
sangat sembangnya”
“Kau nak kata aku
kaki sembang ke?”
Laju aku mengangguk.
“Hoi! Ini Man la! Kau
tengok la. Malam ni, aku antara orang yang Tok Imam tu nampak tatkala
dia toleh ke belakang selepas siap solat 20 Rakaat. Kau tengok la!”
sambil berlalu ke ruang mengambil Wudhuk. Aku biarkan dan terus naik
ke atas. Aku dah ambik dah Wudhuk dekat rumah tadi.
*******
Usai 8 rakaat, aku
bangkit. Solat Witir aku fikir baik buat dirumah. Mana tahu kalau terniat
nak tambah rakaat. Aku naik motor dan bergerak ke lokasi yang sama
tiap tiap tahun selepas aku siap Tarawih. Kedai mamak.
Sampai
sana, aku nampak Fiq, Rizal, Bachok, Epul dan beberapa lagi orang
yang aku tak ingat nama. Cam muka, tapi tak ingat nama. Bukan apa aku
suka datang sini, jarang sebenarnya nak dapat semua ni berkumpul
sekali. Masing masing sibuk dengan hal masing masing. Macam aku,
jarang dapat peluang berkumpul dekat sini. Bermula dari form 4 lagi
aku dah berjauhan dengan bumi Puchong sebabkan pelajaran. Entah apa
keajaiban malam Ramadhan pun aku tak tahu sampai tiap tiap malam
Ramadhan, molek je berkumpul ramai-ramai dekat Mamak ni. Dan ya, ada
yang solat Tarawih dan ada yang tak. Puasa pun lebih kurang jugak
macam tu.
Tapi kali ni, aku tak
nampak Man.
“Fiq, Man mana? Tak
datang ke?” saja aku tanya. Walhal aku dah tahu dah jawapan dia.
“Tandas, dia dari
pukul 9 dah datang dah” balas Fiq laju.
Serentak je Fiq habis
jawab, aku nampak Man keluar dari tandas. Tersengih-sengih. Aku
senyum je. Taknak cakap apa-apa. Sebab aku tahu senyuman aku tu lagi
pedih pergi dia. Dah 9 tahun aku kenal kau Man, skrip yang sama
jugak berulangnya.
Kejap lagi dalam pukul
10.30 kalau aku ke masjid, muncul la balik muka kau dekat Surau nak
perhambat moreh. Macam tahun tahun yang sudah jugak.
2 comments:
borak kencang..
memang ada manusia mcmni.. haha
kencang der member kau gebang.
hahaha
tapi adat lah. manusia kan.
Post a Comment