“Serius la benda ni je ke yang masuk? Takkan
benda lain?”
“Betul la. Kau ingat aku main main ke? Pernah
tak aku punya tips dinafikan haknya untuk muncul?”
Amboi amboi bob. Cakap gaya nafikan hak bagai.
Macam pilihanraya.
“Ok. Aku ulang balik. Kiranya aku kena fokus
pasal ISO14000, E.I.A dengan DASN je la?” tanya aku.
Bukan apa, nak pastikan balik yang
aku tak salah dengar.
“Aku bagi lagi spesifik.” Bob bingkas bangun
mengambil kertas catatan atas meja. Standard la bila study untuk papernya yang
esok. Semuanya pakat turun dari meja, mencemar duli study atas lantai. Acah
acah study group.
“Ni salin ni. Aku nak khaborkan tipsnya ha”
“Tak payah nak salin salin, aku otak komputer”
“Otak komputer tapi pentium 3 nak buat menda
la natang?”
Ok. Betul. Lepas tu riuh dengan gelak ketawa.
Tapi aku still taknak ambik kertas dan salin. Keras. Aku memang degil.
“Betul ni je?”
“Ulang balik. Aku nak dengar.”
“DASN masuk 8 prinsip, ISO 14000 masuk pembetulan dengan Implementasi,
E.I.A masuk part prosedur. Tu je?”
“Tu je la”
“Kepala hotak kau la. Ini dua jam kredit punya
subjek. Mestilah kena jawab 4 soalan. Ni 3 je kau bagi.”
“Kau tu apa pun tak study lagi. At least boleh
jawab tiga dari empat soalan tu pun kau patut syukur. Sekarang jam pukul 9
malam. Paper esok jam 9 pagi. Gudluck”
Aiceh. Gaya macam bagi task explorace bak ang.
Betul jugak. Dalam keadaan masa yang kurang ajar serta kuantiti ilmu yang amat
minima dalam kepala ni, tiga lagi bagus dari tak tahu apa lansung. Ni esok ni
kalau masa aku bukak kertas soalan, satu apa yang aku baca ni tak keluar, mahu
aku mencarut panjang dekat depan meja tu esok.
Takpe takpe. Tawakal orang khabor.
*******
“Baiklah, anda boleh mula menjawab sekarang.”
Aku ambil kertas soalan. Sebelum tu, berdoa
minta dipermudahkan. Harapnya apa yang bob cakap tu betul. Harapnya. Aku
pandang soalan pertama.
"1. Berikan LIMA (5) prinsip Agenda 21 negara."
Ok. Takpe. Aku jeling pulak soalan 2, 3 dan 4.
Dan aku mencarut panjang.
8 comments:
maksudnya apa?
satu pon ramalan bob tak kena?
haha kesian kau.
perghh! mmg masak...ko bom je bob tu..
This is part of student life..ak jarang nk prcaya 100% soalan spot yg very details.haha. Ksimpulannya apa? Pndai2la pkir sdri ye ;)
Laserquest : Ya. Jahanam kan?
Aroziatul : Ni aku tengah asah pisau ni.
Hara : Tu la. Masalah aku ni dua jam lagi nak exam baru nak start baca nota macam mana kan. :'(
sangat jahanam. lets just hope for the best alright
haha..selalu je tembak bila dah blank sangat tak tau nak jawab..
eh..budak environment ka?
hahaha..dah slalu terkena camni..kadang2 soklan yang xnak jawab tula yang keluar final..hahaha
Post a Comment