Sunday, 14 July 2013

Solat Tarawih.


    


      “Aku buat lapan rakaat je la”

     “Lapan? Lapan?” ucap Man sambil memandang tepat ke mata aku. Aku salah cakap ke lapan rakaat tu? Ke sekarang orang Malaysia buat Tarawih 20 rakaat je?

     “Ni! Ni! Dua puluh Rakaat tahu!” cakap Man sambil tangan kanan menepuk nepuk dada. Yakin ya amat.

     “Yeke Man? Jangan borak lebih. Aku jujur cakap, aku cakap lapan rakaat, lapan rakaat la yang aku buat. Karang kalau aku khaborkan lebih, tak buat, nampak sangat sembangnya”

     “Kau nak kata aku kaki sembang ke?”

Laju aku mengangguk.

     “Hoi! Ini Man la! Kau tengok la. Malam ni, aku antara orang yang Tok Imam tu nampak tatkala dia toleh ke belakang selepas siap solat 20 Rakaat. Kau tengok la!” sambil berlalu ke ruang mengambil Wudhuk. Aku biarkan dan terus naik ke atas. Aku dah ambik dah Wudhuk dekat rumah tadi.

*******

Usai 8 rakaat, aku bangkit. Solat Witir aku fikir baik buat dirumah. Mana tahu kalau terniat nak tambah rakaat. Aku naik motor dan bergerak ke lokasi yang sama tiap tiap tahun selepas aku siap Tarawih. Kedai mamak.

Sampai sana, aku nampak Fiq, Rizal, Bachok, Epul dan beberapa lagi orang yang aku tak ingat nama. Cam muka, tapi tak ingat nama. Bukan apa aku suka datang sini, jarang sebenarnya nak dapat semua ni berkumpul sekali. Masing masing sibuk dengan hal masing masing. Macam aku, jarang dapat peluang berkumpul dekat sini. Bermula dari form 4 lagi aku dah berjauhan dengan bumi Puchong sebabkan pelajaran. Entah apa keajaiban malam Ramadhan pun aku tak tahu sampai tiap tiap malam Ramadhan, molek je berkumpul ramai-ramai dekat Mamak ni. Dan ya, ada yang solat Tarawih dan ada yang tak. Puasa pun lebih kurang jugak macam tu.

Tapi kali ni, aku tak nampak Man.

    “Fiq, Man mana? Tak datang ke?” saja aku tanya. Walhal aku dah tahu dah jawapan dia.










     “Tandas, dia dari pukul 9 dah datang dah” balas Fiq laju.

Serentak je Fiq habis jawab, aku nampak Man keluar dari tandas. Tersengih-sengih. Aku senyum je. Taknak cakap apa-apa. Sebab aku tahu senyuman aku tu lagi pedih pergi dia. Dah 9 tahun aku kenal kau Man, skrip yang sama jugak berulangnya.











Kejap lagi dalam pukul 10.30 kalau aku ke masjid, muncul la balik muka kau dekat Surau nak perhambat moreh. Macam tahun tahun yang sudah jugak.

2 comments:

4feet8 said...

borak kencang..
memang ada manusia mcmni.. haha

Laserquest said...

kencang der member kau gebang.
hahaha
tapi adat lah. manusia kan.

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.