Kau pernah tengok orang rabak tak?
Orang rabak ni biasanya dia rasa kisah hidup
dia la yang paling sedih berbanding orang lain. Kisah dia la paling sesuai nak
tulis novel paling hits dalam penjualan novel dalam Malaysia.
“Kau bayangkan Mikael, aku tunggu dengan dia
dah 2 tahun bai. Dah jumpa parent bagai. Family dia dah kenal aku, familiy aku
dah kenal dia. Hujung tahun ni bulan 12, aku dengan dia dah plan dah nak
Tunang. Tiba-tiba dia boleh buat palat dengan aku”
Aku diam. Zack pun sama diam. Sambil tu, aku
suruh dia cerita slow slow. Gila kau dalam kelas seminar yang ada orang talk
dekat depan, dan kau duduk baris ke dua paling depan nak berborak macam dekat
kedai mamak? Mahu aku, Zack dan insan rabak, Afiq kena terajang. Tak sekali,
dua kali. Yang dua kali tu sebab yang kali pertama tu aku elak.
“Rilek Afiq, jangan nak rabak sangat. Takkan
sebab perempuan macam tu, kau nak rabak lebih-lebih”
“Mana tak rabak bai, kau bayangkan hari tu,
aku pergi Terengganu. Semata nak jumpa dia je. Tu pun dapat luang masa 4 jam.
Lepas tu, kali kedua aku datang, barulah lama sikit boleh dating dari pagi
sampai nak malam. Aku taknak dia keluar dengan aku lama-lama. Dia perempuan
yang baik. Dah susah senang sama..”
“Stop, aku tak setuju susah senang sama sama.
Aku nampak lebih kepada kau susah, dia senang”
“Susah senang sama la tu!” separa jerit. Aku
tunjuk tangan ke bawah sebagai tanda tolong slow sikit suara.
“Kau kena faham Afiq, dalam cinta ni kena
sama-sama bina. Tak boleh kau bina, awek kau tengok je kau bina macam mana.
Salah tu. Tak sampai tahu pergi dia”
“Dah la, kau cakap la apa pun. Aku tiap tiap
malam tak boleh lupa dia. Setiap malam, sebelum aku tidur, aku mesti teringat
dekat dia. Sampai menangis la sial”
“Kau berapa tahun tadi dengan dia?” Ujar Zack
tiba-tiba bersuara.
“Dua”
“Ok, kau dengar, aku dengan awek aku dah 5
tahun couple. Parent masing-masing dah kenal. And you know what, aku dah main
dah pun dengan dia. Aku orang pertama yang cucuk dia. Tapi kau tahu tak ending
dia apa? Dia tinggalkan aku tau tak? Aku punya mindfuck apsal dia macam tak
kisah je aku dah main dengan dia, orang pertama, dia macam tak kisah lansung.
Siap lepas tu, cakap dengan aku, dia dah main pulak dengan lelaki lain. Tu
sepatutnya, aku rabak sampai kiamat kau tahu tak!”
Aku terdiam. Afiq terdiam.
“Lepas tu macam mana? Kau "Rabak" teruk tak?”
Itu soalan yang aku patut tanya.
Tapi, yang aku tanya tau apa?
“Ex kau tu cun tak? Bak mai gambar seketul nak
tengok”
Ya, aku tahu perangai aku kadang jahanam jugak
pergi dia.
13 comments:
HAHAHAHA part last sekali tu bangang betul.
Kannnn, sedih aku dengan perangai aku sendiri. :'(
Ubahlah sebelum anda diubahkan ! Hahaha
hahakk! org tu bagai nk rak cter.....ko concern nk tau pasal ex dier je...huhu..
hahaha! boys would always be boys.
habis camane? Lawa tak? ;)
wohoho.. selamat kembali ke jalan yg diredhai..
Aroziatul : Concern la pasal ex dia. Kena tahu cun ke tak cun. Kesian dia :(
Laserquest : Aku tanya dah dua kali dah, dia macam berat nak tunjuk. Aku risau kalau aku tanya buat kali yang ketiga, aku kena tumbuk.
4feet8 : In Shaa Allah :D
Zaffe : Nak ubah apa? Saya baik kot :3
kan..kan...ak pon kesian kt kwn ko.....ensem ke...tgk cikit..hahak!
Baik? K baik k hahahaha
rabak habis la korang nih..segeralah kembali ke jln yg benar, haha
hahaha..mcm shial jewh..cun ke tidak?
Maryam Qystina : Tak tahu jugak. Sebab tanya dah dua kali dah dekat dia nak tengok gambar, macam berat je dia nak tunjuk. Risau kalau kali ketiga tanya, kena tumbuk lapan kali. :(
Post a Comment