Monday, 10 June 2013

Stereotype.


(Sambungan dari kisah manusia rabak)



     “Aku rasa ini semua pembalasan atas kelakuan  yang aku dah buat dekat ex aku yang nombor 2” ujar Afiq.

Aku tersembur sikit. Gaya je la macam tersembur air. Walhal, aku mana ada minum air time tu. Penceramah ni pulak, bila nak habis agaknya?

     “Apsal kau cakap macam tu pulak?”

     “Ex aku yang nombor dua ni, aku tak minat sangat dia”

     “Habis tu? Macam mana boleh couple kalau tak minat?”

    “Macam ni, masa aku couple dengan yang pertama dulu, aku selalu bercerita dengan dia pasal ex aku yang pertama ni. Makna, setiap kali aku ada masalah dengan ex aku tu, aku bercerita dengan dia. Sampai aku dah putus dengan ex pertama tu pun, aku cerita dengan dia. Masa aku cerita yang aku dah putus, terus dia propose aku. Dia kata dia tunggu aku dah lama. Minat aku dah lama. Propose tu siap sampai nangis nangis lagi. Aku takkan nak tolak. Walhal, aku tak minat pun dia, tapi dia menangis kot masa tu. Takkan nak biar. Lepas 3 bulan couple, aku minta break. Tapi alasan aku, aku guna faktor agama. Aku cakap couple ni haram hukum dia. Keji betul aku masa tu”

     “Kenapa dengan dia? Susah tahu nak ada perempuan merayu nak couple dengan lelaki.”

     “Dia tak berapa cantik la”

     “Gemuk?” jawab aku laju

     “Tak la!”

     “Haha, aku ni kalau dengar orang tak minat satu satu awek tu, aku mesti assume dia gemuk. Sebab bagi aku, kalau kurus, biasanya cantik. Dan kalau gemuk biasanya tak cantik”

     “Stereotype sial kau”

     “Bukan masalah stereotype. Pengalaman.”

     “Kalau bagi aku pulak, kecantikkan seorang wanita tu terletak pada warna kulit. Makin cerah warna kulit dia, maka makin cantiklah dia”

Sunyi.

     “Dia hitam ke?” tanya aku laju.

     “Dia gelap sikit”

     “Orang penang yek?”

     “Apsal kau stereotype sangat siak?”

     “Habis kau tu, bila gelap je anggap tak cantik tu apa benda?”

     “Itu citarasa bengong”

     “Pergi meninggal!”

Aku ketawa. Dia ketawa.

Sebab aku dan dia rasanya masing-masing sedar yang diri sendiri tu stereotype.









Tapi lelaki kan ego dia tinggi satu macam. Dengan member-member pun ego kena jaga. Mampus la nak mengaku kan.

11 comments:

Miss Kira said...

HAHAHAHAHHA... gila stereotype... xp rsanya semua org mcm tu..

hara said...

itu taste okay. taste

Mikael Sahaja said...

Miss Kira : Perangai yang susah nak ubah. Mmmm...

Hara : Taste tu ya la citarasa. Ni terus assume orang tak cantik tu gemuk, apa tu? Haaaa...

Aroziatul bukuPoket said...

aku tak streotype org........... aku kategori kn org jeeeee....

Aroziatul bukuPoket said...
This comment has been removed by the author.
Laserquest said...

kulit aku cerah. boleh lah kenalkan dengan member kau tu! hahaha

hara said...

Taste la kalo dh ske or x ske org yg pesen ni pesen tu..yg cntik or tak cntik. Gituu. Xpelah. Mlas nk xplain. Sterotype pn boleh..

Mikael Sahaja said...

Aroziatul Buku Poket : Kita sama! :3

Laserquest : Hakhakhak. Biasanya orang yang mengaku cerah ni paling gelap tau. Biasanya la.

Hara : Yes! *menari*

Anonymous said...

aku suka lelaki pakai spek dan nmpk mcm nerd...Stereotype ke tu?hahahahaa... XD

Laserquest said...

ish! aku cakap betul ni! hahah

Mikael Sahaja said...

Anon : Hai anon! *lelambai*

Laserquest : Ok, ok. Aku cuba untuk berhenti ketawa. Aku cuba. Pffftttt

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.