Wednesday 29 May 2013

Pernah Tengok Orang Yang Tengah "Rabak" tak?



Kau pernah tengok orang rabak tak?

Orang rabak ni biasanya dia rasa kisah hidup dia la yang paling sedih berbanding orang lain. Kisah dia la paling sesuai nak tulis novel paling hits dalam penjualan novel dalam Malaysia.

     “Kau bayangkan Mikael, aku tunggu dengan dia dah 2 tahun bai. Dah jumpa parent bagai. Family dia dah kenal aku, familiy aku dah kenal dia. Hujung tahun ni bulan 12, aku dengan dia dah plan dah nak Tunang. Tiba-tiba dia boleh buat palat dengan aku”

Aku diam. Zack pun sama diam. Sambil tu, aku suruh dia cerita slow slow. Gila kau dalam kelas seminar yang ada orang talk dekat depan, dan kau duduk baris ke dua paling depan nak berborak macam dekat kedai mamak? Mahu aku, Zack dan insan rabak, Afiq kena terajang. Tak sekali, dua kali. Yang dua kali tu sebab yang kali pertama tu aku elak.

     “Rilek Afiq, jangan nak rabak sangat. Takkan sebab perempuan macam tu, kau nak rabak lebih-lebih”

     “Mana tak rabak bai, kau bayangkan hari tu, aku pergi Terengganu. Semata nak jumpa dia je. Tu pun dapat luang masa 4 jam. Lepas tu, kali kedua aku datang, barulah lama sikit boleh dating dari pagi sampai nak malam. Aku taknak dia keluar dengan aku lama-lama. Dia perempuan yang baik. Dah susah senang sama..”

      “Stop, aku tak setuju susah senang sama sama. Aku nampak lebih kepada kau susah, dia senang”

     “Susah senang sama la tu!” separa jerit. Aku tunjuk tangan ke bawah sebagai tanda tolong slow sikit suara.

     “Kau kena faham Afiq, dalam cinta ni kena sama-sama bina. Tak boleh kau bina, awek kau tengok je kau bina macam mana. Salah tu. Tak sampai tahu pergi dia”

     “Dah la, kau cakap la apa pun. Aku tiap tiap malam tak boleh lupa dia. Setiap malam, sebelum aku tidur, aku mesti teringat dekat dia. Sampai menangis la sial”

    “Kau berapa tahun tadi dengan dia?” Ujar Zack tiba-tiba bersuara.

    “Dua”

     “Ok, kau dengar, aku dengan awek aku dah 5 tahun couple. Parent masing-masing dah kenal. And you know what, aku dah main dah pun dengan dia. Aku orang pertama yang cucuk dia. Tapi kau tahu tak ending dia apa? Dia tinggalkan aku tau tak? Aku punya mindfuck apsal dia macam tak kisah je aku dah main dengan dia, orang pertama, dia macam tak kisah lansung. Siap lepas tu, cakap dengan aku, dia dah main pulak dengan lelaki lain. Tu sepatutnya, aku rabak sampai kiamat kau tahu tak!”


Aku terdiam. Afiq terdiam.


    “Lepas tu macam mana? Kau "Rabak" teruk tak?”










Itu soalan yang aku patut tanya.


Tapi, yang aku tanya tau apa?















     “Ex kau tu cun tak? Bak mai gambar seketul nak tengok”


Ya, aku tahu perangai aku kadang jahanam jugak pergi dia.

13 comments:

zaffe said...

HAHAHAHA part last sekali tu bangang betul.

Mikael Sahaja said...

Kannnn, sedih aku dengan perangai aku sendiri. :'(

zaffe said...

Ubahlah sebelum anda diubahkan ! Hahaha

Anonymous said...

hahakk! org tu bagai nk rak cter.....ko concern nk tau pasal ex dier je...huhu..

Laserquest said...

hahaha! boys would always be boys.
habis camane? Lawa tak? ;)

4feet8 said...

wohoho.. selamat kembali ke jalan yg diredhai..

Mikael Sahaja said...

Aroziatul : Concern la pasal ex dia. Kena tahu cun ke tak cun. Kesian dia :(

Laserquest : Aku tanya dah dua kali dah, dia macam berat nak tunjuk. Aku risau kalau aku tanya buat kali yang ketiga, aku kena tumbuk.

4feet8 : In Shaa Allah :D

Mikael Sahaja said...

Zaffe : Nak ubah apa? Saya baik kot :3

Anonymous said...

kan..kan...ak pon kesian kt kwn ko.....ensem ke...tgk cikit..hahak!

zaffe said...

Baik? K baik k hahahaha

hara said...

rabak habis la korang nih..segeralah kembali ke jln yg benar, haha

maryam qystina said...

hahaha..mcm shial jewh..cun ke tidak?

Mikael Sahaja said...

Maryam Qystina : Tak tahu jugak. Sebab tanya dah dua kali dah dekat dia nak tengok gambar, macam berat je dia nak tunjuk. Risau kalau kali ketiga tanya, kena tumbuk lapan kali. :(

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.