Friday, 8 March 2013

Permulaan.

Gambar Ihsan Google



Ada banyak faktor kenapa orang mula tulis blog.

Ada yang nak duit.
Ada yang nak tunjuk diri tu cantik.


Dan yang paling susah nak capai hajat apabila kau mula hendak menulis blog sebab nak jadi famous.


Jadi popular sampai Makcik Jenab sebelah rumah pun hari-hari datang rumah rayu sambil meleleh-leleh air liur suruh kau update blog sehari 3 kali. Tak keruan nak buang air besar katanya bila tak membaca blog kau kurang dari 3 kali sehari. Katanya. 

Jadi popular sampai kau ada fan club kau sendiri. Ahli-ahli kelab semua pakat tulis tattoo nama kau dekat belakang badan siap tulis "Forever and evah bebeh" dan buat remake, movie, novel, based on true story, National Geography, lifestyle semua pasal kau.  Hidup ini amat tidak bermakna seperti ikan emas balang tiada oksigen katanya saat tak menatap blog kau walaupun setengah jam empat puluh lima minit. Katanya



Percaya cakap aku, itu semua tak ke mana.


Aku.
Aku taknak semua tu.
Aku menulis sebab aku ada cerita yang aku hendak cerita. Cerita yang kalau aku cerita dekat blog lama, mesti ada hati yang terguris. Mesti ada hati yang terasa.



Ya, aku dulu ada blog. Ini blog lama aku.

Tapi dekat blog lama, ramai sangat yang kenal wajah. Ramai sangat yang kenal watak Susah nak bercerita secara bebas tanpa ada sekatan. Leceh, rimas dan lelah.



Aku menulis blog dah lama. Nak masuk 3 tahun. Bila aku sudah terlalu lama menulis, aku sedar yang kreativiti aku berkurang. Lebih kepada tersekat aku rasa. Ada cerita yang aku nak cerita, terpaksa aku padam, peram lama-lama dalam draft sebab kalau cerita tu terpublish, nanti ada yang kecik hati. Mahu kalau berjumpa di pijak-pijaknya perut aku tanda protes. Walhal, bukan cerita dia. Perasan sebab aku tulis dalam post tu "Manusia paling bajet kacak dalam kelas". Nampak sangat kau ni sama ada rasa diri tu kacak ataupun kau sedar kau paling bajet.


So, dengan adanya blog ni, aku boleh menulis cerita apa sahaja yang aku mahu, luahan apa sahaja yang aku mahu. Dan juga, cerita apa yang sedang berlaku.

Secara jujur tentang apa yang aku rasa.
Secara telus tentang apa yang aku fikir.


Dan sekarang ni yang sedang berlansung dalam hidup aku adalah, 



168 Days without Mary



Juga antara faktor Mega kenapa aku menggelupor sangat sampai menggedik nak create blog baru. Siapa Mary? Dia perempuan istimewa yang kau harus tahu.





Cerita yang aku nak sampaikan ada bermacam. Ada cerita betul. Ada cerita separa betul. Kalau cerita tipu terus, aku bagitau.



Tapi percaya cakap aku, realiti sebenarnya menarik.







Kalau kau pandai pilih warna apa yang kau nak lakarkan.
Ini buku hitam, atau BlackBook dalam bahasa orang putih.
And the other stuff, itu buat dia berkaler dekat dalam.




Dan juga, 







I'm the person that you will love and hate without you realized it.

Maka, jaga-jaga. *smiley nakal*

Sekian.

8 comments:

PemilikCahaya said...

aku pernah datang blog lama kau tak? aku pernah kawan dgn kau tak masa kt blog lama? dh bape lama kau hilang selepas kau tinggalkan blog lama kau untuk menuju yg baru ini..

kalau aku pernah kawan dgn kau sebelum ini aku harap kau adalah orang yang aku fikirkan

Mikael Sahaja said...

Tidak dan Tidak. Blog lama masih lagi ada. Cuma nak second platform. :)

PemilikCahaya said...

confident je kau ckp tidak kan...aku macam kenal style ko menulis kot..tp xpelah mybe serigala dua serupa

Mikael Sahaja said...

Hahaha. Serius, blog lama aku tu still ada. Sampai sekarang tak hilang pun lagi. Cuma dekat blog lama, aku terkongkong. Tak suka. Jadi, aku bina satu lagi plaform. Mungkin serigala dua serupa la tu. Tapi, aku yang hensem sikit. Hahahaha

PemilikCahaya said...

takpe..janji aku seronok baca karya2 kau..aku blogwalking sana sini pon sbb nk rehatkan minda..k salam perkenalan mikael

Mikael Sahaja said...

Thanks bro. :D

Farhana Aziz said...

Sepetang(dan sampai ke malam) aku terhabiskan masa aku menelaah blog kau ni. Sabar FYP. Japgi saya jenguk awak ye.

Aku taknak komen dekat new entry. Aku nak komen dekat sini jugak.

1) Aku selalu kagum dengan orang yang tulis blog sebab nak bercerita. Sebab ada authenticity dalam cerita-cerita yang dia tulis tu.

2) Aku suka gaya kau menulis. Okaylah, fine. Kau agak funny.

3) Dari mata aku, kau ada bakat menulis. So, tolong jangan berhenti menulis. Such a talent, it'll be a waste if you stop.

Keep telling stories. And, Mary tu, grammar dia boleh tahan berterabur. Sorrylah, dah perangai. Sakit mata sikit tengok grammar tak betul ni. Eh, provided tu memang ayat Mary lah.

Mikael Sahaja said...

Terima kasih Farhana Aziz, ketahuilah komen anda telah pun membakar semangat saya untuk menulis entry baru yang akan dipostkan malam nanti :')

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.