Saturday 30 March 2013

Bila Sepatutnya Cinta Itu Berhenti?



Sepanjang aku hidup sampai umur aku sekarang 22 tahun, tak silap dah 7 kali aku bercouple. Tiada apa yang nak dibanggakan pun sebenarnya sebab dalam tujuh-tujuh tu, aku rasa aku cuma bercinta hanya tiga kali.

Sebab yang dua kali tu, aku menangis bila dah putus, dan yang terlatest ni macam dah nak ke arah itu. Dan aku mula sebak sedikit demi sedikit.

Eh, beraninya kau ketawakan aku sebab aku menangis. Beraninya.




Saat orang yang kau dah mula bayangkan menjadi insan yang kau peluk tatkala pulang dari kerja dah tolak cinta kau, kau tak rasa sedih ke?

Saat orang yang kau dah bayangkan sedang membebel-bebel dekat dapur sebab korang malas nak gerak pergi Tesco awal pagi sebab Tesco pagi Ahad tu sesak dia mendatangkan carut tapi lepas tu endup kau pergi jugak sebab siapa tak sayang bini kan dah tolak sayang kau jauh-jauh, kau tak rasa sedih ke?

Saat orang yang kau dah bayangkan akan dibandingkan wajah dengan anak kau sama ada iras dengan maknya ke atau dengan bapaknya, korang jawab kalau hensem ikut iras bapaknya. Kalau comel pun ikut iras bapaknya. Iras maknya? Kalau dia kuat bebel bila besar esok, itu ikut iras maknya la tu jawab korang dan dia telah padamkan nama korang dalam hati dia, kau tak rasa sedih ke?

Jujur cakap kalau aku, aku sedih.





Bila bercouple, tak semestinya apa yang kau rasa saat itu adalah cinta. Sebab kebiasaanya apa yang dirasakan itu adalah nafsu. Cinta ni wujud bila ada rasa sayang. Ada rasa rindu kalau tak dengar suara. Ada rasa angau kalau tak nampak muka. Ada rasa cemburu kalau nampak dia puji lelaki lain hensem. Ada rasa impian nak bina rumahtangga bersama. Itu biasanya ada cinta. Ada sayang.

Dan, bila terputus cinta itu, persoalan dia patutkan kau menunggu seandainya peluang kedua datang menjelma?



Dalam dua orang ex yang pernah dicintai itu, jujur cakap aku rasa terkilan gila dengan ex yang pertama. 

Cuba bayangkan macam ni. Anda tunggu sampai 4 tahun, baru anda betul-betul berani proposed pada dia untuk jadi ratu hati anda. Tambah pulak, anda dah nak gerak ke Sekolah Berasrama Penuh, maka nak taknak, kena propose jugak. Kalau tak, melepas. Baru sehari berlalu lepas dia terima cinta anda, dia minta putus atas alasan dia tak boleh nak fokus study. Tapi lepas seminggu putus dengan korang, dia couple pulak dengan mamat yang jauh lebih kacak dari anda. Dan perkara ini anda tahu 4 bulan selepas anda putus dengan dia. Kiranya, anda hidup 4 bulan dalam penipuan bahawasanya dia masih single dan betul-betul nak pulun study.


Dan pelbagai lagi benda-benda neraka yang telah berlaku. Tapi entah apsal, aku masih lagi tak boleh lupa dia. Dah 6 tahun berlalu pun masih lagi tak boleh lupa dia. Masih lagi perlahan-lahan, stalk profile dia. Masih lagi perlahan-lahan Google dia mana tahu kot-kot dia ada Twitter. Masih lagi perlahan-lahan tanya khabar dia masa borak dengan akan dia dan mengaku, aku tak cinta dia lagi sampai bila-bila. Walaupun sekarang dia sudah makin bahagia dengan kekasih baru dia (kantoi stalk lagi), rasanya cinta aku dekat dia tak berhenti lagi ni. Masih padu lagi ni pergi dia.






Jadi persoalan dia, bilanya cinta aku pada dia nak berhenti ni?

Bila dia dah berkahwin. Aku sumpah cinta aku pada dia berhenti. Automatik. Orang dah berkahwin. Terang-terang dalam jiwa dia nama kau takde. Takkan tak faham. Dah tak reti-reti nak move on ke?

-Tammat-


11 comments:

Anonymous said...

mary kn ade...huhu

Laserquest said...

first love memang hard to forget kan

Mikael Sahaja said...

BukuPoket : Mary? Me is sad. :'(

Laserquest : Tahu takpe. Sniff sniff.

Zaiti Shaari said...

Kut kut first love kau tu sedang baca apa kau tulis ni.

Mikael Sahaja said...

Harap-harapnya jangan. Dia tengah bahagia nun jauh disana. Sniff sniff

PemilikCahaya said...

cinta takkan berhenti selagi hati kau masih ada rasa cinta pada dia,

kecuali mampos saja yang akan berhentikan rasa itu

AzwanRamli said...

Perlu ubah pendefinisian cinta sebenar...

Mikael Sahaja said...

Zuno : Nak berhenti rasa cinta tu yang payah tu. Kalau macam butang On Off je. Kalau lah.

Mikael Sahaja said...

Azwan : Bagaimana pendefinisiannya?

Pencinta Seni said...

ermm...cinta tu tak berhenti bila org yang kau suka kahwin...tapi...akan berkurang...at least, bila kau confirm dia dah kawin, kau tak rasa menyesal bila move on...ni apa yg aku rasa.. =)

Mikael Sahaja said...

Pencinta Seni : Cinta tu tak berhenti pun sebenarnya. Tapi sepatutnya berhenti.

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.