“Apa yang kau paling
suka time Asrama?” tanya Ijam
Aku berfikir. Sambil tu aku imbas kembali waktu aku berada dalam zaman nakal-nakal. Dalam jiwa asyik nak memberontak. Pantang dapat peluang nak fly, mesti fly . Walhal, destinasi yang dituju pun cuma kedai nasi kandar
paling biasa-biasa je. Ada je kedai nasi kandar luar biasa. Kalau kau jalan depan sikit ada dah. Tapi, secawan Milo sahaja,
RM2. Tu belum lagi kau order Nasi Kandar Ayam. Kalau dalam dompet ada RM5 je, kau dah boleh konsider ajak mamak tu pergi dapur, jual maruah kau dengan mencuci pinggan mangkuk. Kerja yang kau tak pernah buat dekat rumah. Kira menjual maruah la tu. Kau fikir apa? Sebagai seorang student tingkatan 4 masa tu, dengan kadar harga tersebut boleh
bawak pertumpahan darah. Tak darah aku, darah isteri mamak tiap-tiap sebulan. Tapi, tu masa dia period la. Masa biasa-biasa takde la berdarah pun. Tapi, aku jeling je tanda geram. Geram disini bukan geram nak gomol ya.
“Aku suka time fly” jawab aku ringkas.
“Apsal?” tanya Ijam
balik
“Masa fly tu, aku rasa macam Indiana Jones pun
ada”
“Siapa? India?” tanya
Azroy sambil tangan tak lepas dari Blackberry.
Tak habis-habis nak update Twitter.
Mentang la retis dekat Twitter. Follower beribu. Tapi aku tengok, update Tweet
takdelah berilmiah mana pun intipati tweet dia. Mungkin sebab muka dia ada kacuk Korea sikit.
Cakap “Eh, hari ni saya lupa pakai Spender la. Hiks!” pun dapat Retweet sampai ratus-ratus. Aku cakap ni, bukan sebab aku jeles. Lebih kepada emosi sebenarnya. Kau bayangkan, bila aku update tweet yang serupa, orang cakap aku gila seks. Aku macam, kepala hotak kau la! Yang si Azroy ni lepas pulak! Oh aku lupa masalah paling besar dia. Aku tak hensem.
“Indiana Jones la
bengong! Sebab kan kalau nak fly, kena seberang padang sambil baring la. Kena
redah semak la. Perlahan-lahan sambil jaga-jaga taknak bagi Guard nampak la. Fuh, penuh halangan dan cabaran kot. Terasa la best dia”
“Hahaha, style-style.
Aku tak boleh lupa masa Azrul kantoi dengan Warden. Ada ke dia cakap dia
mengigau sampai ke pintu pagar. Bapak tak logik”
“ Kau pulak Azroy.
Borak la. Takde matinya follower kau tak baca tweet kau seminit”
“Ha? Apa?” jawab Azroy mamai.
“Apa yang kau paling
suka time Asrama?”
“Aku mestilah paling
suka time pegang tetek perempuan. Lembut je. Kalau ramas-ramas, confirm naik stim beb. Tanya
lagi.”
Aku pelik. Aku padam Ijam. Ijam pandang aku.
Lepas tu, dua-dua pandang Azroy balik.
“Itu Asmara! Bukan
Asrama la bengong!” Bentak aku.
“Eh, bukan benda yang
sama ke? Asrama la kan? Yang macam romen-romen tu? Bukan ke?”
Aku tepuk dahi lapan kali sambil menggeleng
kepala tanda kesal.
Apa punya banggang la member aku yang seorang
ni.
Trivia : Sebenarnya, ini adalah cerpen yang aku hantar sebagai percubaan untuk menang sebuah pertandingan cerpen anjuran BukuFixi. Tapi nampaknya, ada tiga cerita lagi best pulak dari aku lantas berjaya menang berbanding cerita aku. Sebagai tanda protes, aku post dekat sini dengan tanpa edit 300 patah perkataan dan tanpa sebarang perubahan struktur ayat yang lebih sopan! Baruku puas! Baruku puas! Baruku puas!
9 comments:
hahaha...yup...fly mmg best...
Adakah anda Ratu fly? :o
hahaha...kurang lbeh laaa...time sek2 dlu...rse satu kpuasan kot...hahakk!
Hahaha. Cool gila! Sekolah aku dulu, perempuan mana berani fly. Atau mungkin, itu yang aku dengar.
Sebenarnya masa aku baca tajuk entry, aku baca "Asrama" sebagai "Asmara".
okbai.
hahahaha lawak doe lawak! anyway, sekarang ada lagi tak contest macam tu ?
Zaiti : Kau pun sama je! Hahaha
Laserquest : Takde dah. Pasal aku dah menang. Jadi, takde. :D
aku dah agak ni mesti salah satu cerpen untuk pertandingan tu, aku nk join tp sumpah xde masa nk karang..
Aku tu pun kebetulan idea tengah fresh bukan main. Masa pun ada. Tu yang menulis. Tapi, tu la. Kalah. Cis betul.
Post a Comment