10 March 2013. (162 Days to go)
Tengok score. Sudah 2-0. Ah, manis betul. Sungguh manis. Sebagai peminat tegar Manchester United, bila team ni mampu ratah team rival paling rival yakni Chelsea, nikmat dia lain macam. Baru la berbaloi lepak mamak nak makan ke, apa ke. Bila halftime sudah masuk,
aku bangkit dari kerusi, order roti canai kosong dua, banjir. Limau ais satu.
Aku tunggu je ni siapa-siapa yang teringin nak tanya apsal makan roti canai kosong dua. Aku
tunggu je ni.
“Aik, makan roti kosong je?”
“ Simbolik atas faktor score malam ni. Dua- KOSONG”
Ah masing-masing muka dah start amarah sudah timbul. Itu hati angin sudah masuk. Itu jam itu wudhuk boleh kasi ambik mahu reda itu angin setan tiup-tiup. Eh, apsal cakap ikut atonasi mamak ni?
Aku
senyum je. Nak ketawa terbelahak kang, mahu kena luku kepala. Ye la. Dekat meja tu ada
dekat sepuluh orang. Yang sokong Manchester United cuma 2 orang. Kalau aku
sound lebih-lebih, ada pulak yang meninggal karang. Meninggalkan mamak lantas pulang ke
rumah kerana terlampau syahdu menangis maksud saya. Aku meninggal sebab kena
pukul? Please. Meninggal sebab cinta, itu lain cerita. Eh?
Second half bermula cantik dan padu. Chelsea dah mula macam harimau hidup bila Eden Hazard dah masuk padang. Permainan makin terbuka. Senyum aku makin tak
kurang. Kalau ada meter ukur senyum, aku rasa meter tu dah rosak dah.
“Plup”
Aku usha Blackberry, satu whatsapp sudah masuk. Aku syak
Aswad ni. Dia Chelsea. Tapi macam Chelsea munafik la. Support kalau lawan
Manchester United. Masa lawan yang lain-lain, yilek. Macam mana tahap munafik dia?
Kalau kau tanya dia siapa striker Chelsea, dia boleh bantai jawab Drogba. Itu
teruk dia. Dapat? Kepada yang gadis-gadis, kalau sebut Twilight, dia still
assume Bella tu manusia biasa sampai habis cerita. Itu tahap teruk dia.
Bila aku tengok nama yang tertera, aku kaget. Biar betul.
Aku tengok lagi. Ya memang pasti.
Mary.
Jadah apa dia whatsapp aku ni? Malam - malam dekat pukul 12
ni? Jangan la sebab hanya nak buat skill
“Saja-saja nak hantar dekat boyfriend
baru, tapi terhantar dekat awak”. Ada yang mati tak masuk Syurga ni karang
pasal bunuh diri.
“Hai, Assalamualaikum. Tonight is already come up to 6 night
since we barely not communicate to each other. Seriously, its hard for me to
continue any longer. I’ve made the final decision!!! Insyaallah it is been
bless. I need you. You are the one that already teach me a lot in life and
force me to do the good thing like pray,, cover my aurat. ^ days I been
thinking that previously I had mention that I need someone to guide me. But my
heart is so blind and deny to say that actually you are the one that bring the
light. I deny it. I don’t know why. At last, I found hat it is you the one that
have been guide me all over this time. Sorry for everything that I’ve done to
you”
Aku senyum. Lagi. Ni malam apa ni? Nak kata malam bertuah
kea pa? Mula-mula Manchester mengayam-ayamkan Chelsea. Ni, kekasih lama nak
kembali? Oh my. Aku patut beli nombor ekor ni. Eh, mana ada kedai bukak
malam-malam. Nanti kejap, aku try bukak bet online.
“Kalau kita bersama balik, u janji nak dengar cakap i?” balas aku.
“Toleransi itu penting. Ya, I janji I dengar cakap you. Yang
baik sahaja”
Ye lah. Yang baik la. Apa je yang tak baik aku boleh suruh?
Merompak? Oh my, jangan-jangan…
“Dengar dan ikut yang elok je. Yang memudaratkan, jangan J”
Ok, nampaknya cerita ni kena la habis awal. Aku bajet ada la
dalam 6 bulan, betul-betul 6 bulan., Cis betul. Aku happy ke apa masa putus hari
tu? Sampai nak menulis bagai. Tapi yang aku tulis semua sedih-sedih. Ah, ni
bisikan syaitan ni aku syak. Dah boleh tukar dah kot nama dia.
168 days without Mary
6 Days without Mary.
Ha, gelak la korang. Gelak. Korang perfect. Korang sempurna.
Cinta jenis Setia hingga hujung nyawa. Dah nak jadi macam tu, aku sayang dia,
takkan nak kata tak boleh pulak. Kau gila?
Masuk lagi satu Whatsapp
“Tapi”
Ah, sudah, ni cerita apa pulak ni?
“Tapi apa?”
“Kita tak boleh bersama lagi”
“? Tak Faham. Explain please”
“Meaning by, bersama semula dari konteks bersama kembali.
Keputusannya tiada tempoh masa diberikan jadi I mengambil keputusan supaya No
Dating in real life. Only in cyberlife. Faham tak apa yang cuba I sampai kan?
Maaf la”
Ya, aku pun ambik masa dekat 5 minit nak faham ayat dekat
atas. Ulang baca dua tiga belas kali. Ni nak apa ni sebenarnya?
“Kiranya u taknak jumpa I selama 6 bulan la. Kan?”
“Tak sampai la 6 bulan. Tengok la tahap keimanan I macam
mana terhadap u.”
“Kiranya jumpa je taknak kan? Lain-lain macam biasa kan?
Which mean kalau pergi mana-mana, just simple message to inform, right? Kalau ada perkara sedih bagitau kan? Ada
apa-apa saja, you akan beritahu i?”
“Umm! Macam biasa. Cuma yang berubahnya, tak jumpa, tak
hangout. Sampai tempoh masa yang sesuai. Setahun mungkin. 6 bulan? Ergh,
please. Come on la. Hehe”
“Nak kahwin esok la baru jumpa. Amacam?”
“Insyaallah boleh. J”
Jujur cakap, kelat betul apa yang aku rasa sekarang ni.
Sama kelat dengan result game malam ni.
Cilakak Chelsea boleh bantai buat comeback pulak. Butoh.