Mata mengadap ke skrin tv.
Asyik jugak sebenarnya mengadap cerita Donut Showdown ni. Donut Showdown
merupakan sebuah gameshow di mana akan ada 3 kumpulan yang bertanding
siapa yang paling power antara diorang dalam membuat donut yang sedap dan
mengikut tema. Yang menang, akan membawa pulang $10,000. Duit tu aku tak lapar
sangat nak tengok. Tapi donut dia, fuhh. Lain macam pergi dia.
Galaxy Note 4
bergetar tanda ada panggilan masuk. Hish, siapa pulak yang menganggu aku
berfantasi dengan seketul donut ni? Cepat aku capai, dan tertera nama yang aku
agak tak sangka (agak sebab aku memang sure dia akan call balik. Tapi, takdelah
time time camni. Sekarang pukul 10 kot.)
“Mary”
Sengaja aku biarkan telefon bordering lama sampai terpadam. Dia antara nak ke
taknak angkat ni. Berfikir terlalu lama sampai phone mati sendiri.
Selepas 10 minit
masa yang diambil untuk aku rasional, aku menghantar Whatsapp ke Mary;
“Assalamualaikum, u
ada missxall I ke? Kenapa ya?”
“Ha’a :’). Jap”
Dan telefon
bordering semula. Tapi kali ni, aku tak tunggu lama.
“Hello” jawab aku.
“Hello hai. Hmm,
saja je call. Tengah buat apa?”
Suara tu. Lama betul
aku tak dengar.
Perbualan kepada
perbualan. Aku sehabis baik cuba untuk tidak menampilkan suara aku dalam
keadaan menggigil. Entah apsal nak menggigil entah. Marah? Terlalu gembira?
Terlalu sedih? Aku tak tahu.
“U dekat mana ni?” tanya Mary.
“Rumah I la.
Puchong”
“Oh. I kat Melaka.
Tadi tumpang kawan tempat kerja. Kebetulan, dia pun orang Melaka jugak. So, kami balik
sekali”
Masya Allah
kebetulannya tiba-tiba kawan nak balik Melaka. Aku malas nak tanya lelaki ke perempuan kawan dia tu. Sebab kalau
dalam bab menabur effort serupa gampang ni, kau boleh agak la kerja siapa. Ni
kita cerita sebelum nak bercinta kot. Kemonlah. Aku putus cinta je. Aku tak
terlupa macamana nak menjadi lelaki.
“Ok la, I busy sikit. Sebab I tengah buat kerja ni actually” ujar aku nak tamatkan panggilan.
Kerja apa? Mestilah bukan kerja menangis. Butoh la nak menangis.
“Oh, ok. You…ok
tak?”
“I ok. Ok la. Bye.
Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam”
ujar Mary dan meletakkan panggilan dulu. Macam selalu.
Perkara ni buat aku
terfikir sesuatu.
Mulanya aku rasa
macam,
“Yeay, Mary rindu
aku! Padan muka kau sebab kau rindu aku tapi kau tak boleh nak miliki aku!
Padan muka kau!”
Tapi, aku terfikir
sesuatu. Sumpah kalau korang kenal Mary, korang akan tau. Dia bukan gadis gadis
jahat yang jenisnya suka nak mempermaikan hati orang. Dia baik. Tapi dia ni ada
bendulnya yang kau sendiri susah nak hadam. Dia boleh sakitkan hati kau dalam
keadaan dia tak sedar dan tak berniat macam tu.
Aku risau betul kalau
sebenarnya, dia call aku tadi sekadar nak tahu aku ni ok ke tak. Ok ke lepas
dia, Mary, meninggalkan aku.
Dia macam dialog dalam hati dia;
"Sebab aku (Mary) nak mula
bercinta balik ni. Kau…ok tak?"
Macam tu.
Dan persoalan itu
berjaya membuatkan aku memandang siling lebih lama dari selalu sebelum nak
jejak ke alam mimpi.
*******
“Kau dengan Mary apa
cerita sebenarnya?” ujar Izwat. Selepas aku busy dengan tugas belajar, Fandi busy dengan tugas Engineer dan Izwat "terlalu" busy (sebab dia ni kau call 8 kali pun belum tentu return call barua ni) dengan tugas manage kedai runcit 1Malaysia, akhirnya kami berjaya juga melepakkan diri di mamak untuk berborak kosong tanya khabar.
“Aku dengan dia
takde apa dah. Takde jodoh. Takleh nak buat apa. Haha” haha paling kaku aku
pernah buat tu.
“Oh, ok ok. No
wonder la hari tu aku nampak dia pergi kerja, ada orang ambik,”
Aku tersentak
sedikit. Tapi, aku tarik nafas supaya suara yang aku lontar lepas tu lebih
tenang. Tak menggeletar sangat.
“Lelaki?”
“Ha’a. Aku memula
pelik jugak nampak dia pergi balik kerja ada orang ambik naik motor. Dah lama
dah tapi aku malas nak bagitau kau. Kau tau la aku ni malas sikit nak ambik
port. Karang korang gaduh pulak karang. Tapi ni, korang dah takde apa apa ni
boleh la aku cerita,”
Aku diam lagi.
Sambung hirup limau ais supaya stress aku dihilangkan dengan manisnya limau dan
dinginnya ais.
“Siapa buat
perangai sebenarnya? Kau ke dia? Siapa minta break?”
Aku tarik nafas
panjang.
Hembus.
“Aku.”
"Aku yang buat perangai."
5 comments:
takkan lah ko punca?
mungkin ko juga kena move on...
just saying ok...
Dalam proses. Nanti suatu hari nanti sampai la.
Hohoho aku dapat rasakan yg Mary ni begitu pure dan innocent
weyh...femes laa ko kt fb pasal ko komen tweet pasal king n queen tuh..huhu
Siti Mursyida : Hmmm
Aroziatul: Mana? Mana? Nak tengok!
Post a Comment