Monday, 13 April 2015

The Return of Mary.




   Mata mengadap ke skrin tv. Asyik jugak sebenarnya mengadap cerita Donut Showdown ni. Donut Showdown merupakan sebuah gameshow di mana akan ada 3 kumpulan yang bertanding siapa yang paling power antara diorang dalam membuat donut yang sedap dan mengikut tema. Yang menang, akan membawa pulang $10,000. Duit tu aku tak lapar sangat nak tengok. Tapi donut dia, fuhh. Lain macam pergi dia.
   Galaxy Note 4 bergetar tanda ada panggilan masuk. Hish, siapa pulak yang menganggu aku berfantasi dengan seketul donut ni? Cepat aku capai, dan tertera nama yang aku agak tak sangka (agak sebab aku memang sure dia akan call balik. Tapi, takdelah time time camni. Sekarang pukul 10 kot.)

   “Mary”

   Sengaja aku biarkan telefon bordering lama sampai terpadam. Dia antara nak ke taknak angkat ni. Berfikir terlalu lama sampai phone mati sendiri.
    Selepas 10 minit masa yang diambil untuk aku rasional, aku menghantar Whatsapp ke Mary;

   “Assalamualaikum, u ada missxall I ke? Kenapa ya?”
   “Ha’a :’). Jap”

   Dan telefon bordering semula. Tapi kali ni, aku tak tunggu lama.

   “Hello” jawab aku.
   “Hello hai. Hmm, saja je call. Tengah buat apa?”

   Suara tu. Lama betul aku tak dengar.
   Perbualan kepada perbualan. Aku sehabis baik cuba untuk tidak menampilkan suara aku dalam keadaan menggigil. Entah apsal nak menggigil entah. Marah? Terlalu gembira? Terlalu sedih? Aku tak tahu.

   “U dekat mana ni?” tanya Mary.
   “Rumah I la. Puchong”
   “Oh. I kat Melaka. Tadi tumpang kawan tempat kerja. Kebetulan, dia pun orang Melaka jugak. So, kami balik sekali”

   Masya Allah kebetulannya tiba-tiba kawan nak balik Melaka. Aku malas nak tanya lelaki ke perempuan kawan dia tu. Sebab kalau dalam bab menabur effort serupa gampang ni, kau boleh agak la kerja siapa. Ni kita cerita sebelum nak bercinta kot. Kemonlah. Aku putus cinta je. Aku tak terlupa macamana nak menjadi lelaki.

   “Ok la, I busy sikit. Sebab I tengah buat kerja ni actually” ujar aku nak tamatkan panggilan. Kerja apa? Mestilah bukan kerja menangis. Butoh la nak menangis.
   “Oh, ok. You…ok tak?”
   “I ok. Ok la. Bye. Assalamualaikum”
   “Waalaikumussalam” ujar Mary dan meletakkan panggilan dulu. Macam selalu.

   Perkara ni buat aku terfikir sesuatu.
   Mulanya aku rasa macam,

   “Yeay, Mary rindu aku! Padan muka kau sebab kau rindu aku tapi kau tak boleh nak miliki aku! Padan muka kau!”

   Tapi, aku terfikir sesuatu. Sumpah kalau korang kenal Mary, korang akan tau. Dia bukan gadis gadis jahat yang jenisnya suka nak mempermaikan hati orang. Dia baik. Tapi dia ni ada bendulnya yang kau sendiri susah nak hadam. Dia boleh sakitkan hati kau dalam keadaan dia tak sedar dan tak berniat macam tu.
   Aku risau betul kalau sebenarnya, dia call aku tadi sekadar nak tahu aku ni ok ke tak. Ok ke lepas dia, Mary, meninggalkan aku.
   Dia macam dialog dalam hati dia;

   "Sebab aku (Mary) nak mula bercinta balik ni. Kau…ok tak?"

   Macam tu.
   Dan persoalan itu berjaya membuatkan aku memandang siling lebih lama dari selalu sebelum nak jejak ke alam mimpi.

   *******


   “Kau dengan Mary apa cerita sebenarnya?” ujar Izwat. Selepas aku busy dengan tugas belajar, Fandi busy dengan tugas Engineer dan Izwat "terlalu" busy (sebab dia ni kau call 8 kali pun belum tentu return call barua ni) dengan tugas manage kedai runcit 1Malaysia, akhirnya kami berjaya juga melepakkan diri di mamak untuk berborak kosong tanya khabar. 
   “Aku dengan dia takde apa dah. Takde jodoh. Takleh nak buat apa. Haha” haha paling kaku aku pernah buat tu.
   “Oh, ok ok. No wonder la hari tu aku nampak dia pergi kerja, ada orang ambik,”
   Aku tersentak sedikit. Tapi, aku tarik nafas supaya suara yang aku lontar lepas tu lebih tenang. Tak menggeletar sangat.
   “Lelaki?”
  “Ha’a. Aku memula pelik jugak nampak dia pergi balik kerja ada orang ambik naik motor. Dah lama dah tapi aku malas nak bagitau kau. Kau tau la aku ni malas sikit nak ambik port. Karang korang gaduh pulak karang. Tapi ni, korang dah takde apa apa ni boleh la aku cerita,”

   Aku diam lagi. Sambung hirup limau ais supaya stress aku dihilangkan dengan manisnya limau dan dinginnya ais.

   “Siapa buat perangai sebenarnya? Kau ke dia? Siapa minta break?”

    Aku tarik nafas panjang.
    Hembus.

    “Aku.”
   "Aku yang buat perangai."

5 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

takkan lah ko punca?

mungkin ko juga kena move on...

just saying ok...

Mikael Sahaja said...

Dalam proses. Nanti suatu hari nanti sampai la.

Siti Mursyida Hasan Azhari said...

Hohoho aku dapat rasakan yg Mary ni begitu pure dan innocent

Aroziatul Aroz said...

weyh...femes laa ko kt fb pasal ko komen tweet pasal king n queen tuh..huhu

Mikael Sahaja said...

Siti Mursyida : Hmmm

Aroziatul: Mana? Mana? Nak tengok!

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.