Aku
bosan.
Bulan
Puasa ni dia punya bosan lain macam.
Aku
bangkit dari katil lepas aku terjaga sebab mimpi yang bukan bukan.
Aku mimpi yang ada seorang pengarah nak ambik aku berlakon. Tapi
pengarah tu aku tak kenal lansung pada mulanya. Dia bersungguh kata
dia berbakat. Dia kata kena ikut dia ke rumah untuk sign kontrak jadi
aku pun ikut. Bila sampai rumah dia, lain pulak jadinya. Dan ya,
pengarah tu perempuan. Ada iras iras Ji Hyo dari gameshow
Runningman. Aku nak teruskan mimpi, tapi entah mengapa aku pilih
untuk terjaga. Mungkin dalam hati aku terbahagi kepada dua. Satu nak
teruskan, satu lagi malas. Malas nak mandi. Tidur selepas subuh ni
memang lain macam pergi dia.
Aku capai
Blackberry aku. Aku tengok jam pukul 8.45am. Lepas
bergolek-golek atas katil lebih kurang, aku bosan lagi. Aku bangkit
dari katil dan menuju ke komputer aku. Sambil mengadap ruang desktop,
aku termenung. Ada la dalam 5 minit. Dekat desktop ada dua
novel yang aku sedang tulis. Tapi tak pernahnya berjaya habis.
Semangat nak menulis ni muncul bila kau betul betul tengah ada
kengkangan masa. Esok pagi ada Paper final misalnya. Berhantu.
Aku bukak sekejap word tu. Aku baca dalam dua tiga perenggan,
aku tulis dua patah, aku tutup balik.
Aku bukak
pula folder video. Aku cari RunningMan. Cerita yang aku
rasa sangat best dan mengujakan. Baru sedar. Itu pun sebab esok ada
Paper Final estimating (Paper ni susah dia ya amat). Juga
berhantu. Ya, peperiksaan akhir ni dia berhantu. Tiba tiba rasa nak
menulis. Tiba tiba rasa nak tengok cerita series. Tiba tiba
internet jadi menarik. Lepas final, semua benda yang kau “rasa”
tu hilang dan seolah olah kau tak pernah ada misi dalam hidup. Ya,
final memang berhantu.
Lepas aku
pasang RunningMan dalam 10 minit, aku terasa aura bosan.
Rasanya macam penat gila nak sambung tengok. Aku berhenti, aku bukak
DotA. Tapi game baru start 5 minit, aku berhenti. Aura bosan jugak.
Aku sleepkan komputer dan bergerak semula ke katil. Baring.
Rasa nak tidur. Tapi tidur pun ada rasa aura bosan. Ya Allah. Dah
kenapa ni? Aku capai buku “Drebar Bas Yang Nak Jadi Tuhan” yang
aku tak habis baca semalam. Baru dua muka surat aku dah letakkan
balik.Aku sambung balik baring untuk beberapa ketik
Tiba tiba
pintu bilik aku ditendang. Masuk dua orang lelaki sambil membawa
kayu. Aku bangkit dan berlari ke arah mereka sambil menghayunkan
batang besi yang aku tiba tiba ada. Baru dua kali hayun, mereka dah
rebah. Lembik. Datang seorang lagi, tapi kali ni kurang ajar dia lain
macam, dia rempuh aku dari tepi. Aku tak nampak. Aku kuatkan kaki dan
aku cengkam badan dia kuat kuat. Bila dah terkunci, aku lututkan muka
dia beberapa kali dan aku lemparkan dia ke tepi. Aku rasa aku tahu
apa yang mereka nak. Dokumen rahsia dalam komputer aku yang
menunjukkan tentang rahsia keselamatan Malaysia. Apa yang kau tak
tahu, Malaysia ada banyak rahsia. Baru aku nak ke desktop, terdengar
letupan dari luar. Aku jeling dari sisi tingkap untuk melihat apa
yang berlaku. Dan bunyi tembakan bertalu talu. Pelurunya ke arah aku.
Aku tunduk. Tapi aku tak berhati hati, aku jatuh dari katil.
“Adoi!”.
Aku usap kepala aku. Sakit. Aku capai Blackberry aku. 12.30pm. Dalam
aku taknak tidur tadi, terlelap jugak pergi dia.
6 comments:
You keep me on my toes
Apa maksud tu?
grrr.....
maksudnya tulisan kau ni buat aku tertanya tanya, ke mana cerita yang kau tulis ni nak bawa aku.
buat aku ingin tahu apa endingnya.
walaupun endingnya macam -,- sikit
haha
bosan, pergi cat rumah.
jgn layan tido, penat badan nanti.. hehe.. cuti sem ke nih? ke habis belajar terus?
bosan ko lain macam perginye....
Post a Comment