Monday 17 June 2013

It’s Official.



     “You tweet dekat siapa je pasal tu?” tiba tiba Mary bersuara

Aku yang baru start kereta terberhenti sekejap segala tindak tanduk. Bercakap dalam telefon ni sukar sebenarnya nak fokus sambil buat dua kerja. Tadi dah la tertekan dalam library sebab study group benda yang susah. Sekarang masuk kereta, baru nak gerak pulang, buah hati call sambil tanya benda yang aku tak ingat. Takde stress sangat pun sebenarnya. Drama je.

     “Yang mana?”

     “Ala, yang you ke dia yang kata tak kisah tak reti masak takpe asal rajin apa entah. Lepas tu entah you ke dia yang balas apa entah. I tak ingat”

Hang power Mary. Hang saja nak tengok aku ingat ke tak ingat. Well, skill acah acah tak ingat ni sebenarnya aku lagi mahir. Tapi kali ni, memang aku lansung tak ingat. Tweet yang aku tulis tu aku ingat. Tapi sungguh tweet tu aku tulis bukan berdasarkan siapa siapa.

     “I memang ada tweet. Tapi  i tak tweet berdasarkan siapa siapa pun. I sebenarnya nak tulis semalam tweet tu, tapi tweet tu semalam tengah panas. I risau orang kata i copy tweet orang. Jadi tadi masa study library i teringat dekat tweet tu. So, i tweet la kejap. Mana ada berdasarkan siapa siapa pun”

Sunyi.

Aku tak suka. Sebab kalau senyap dalam telepon boleh bawak kepada dua perkara. Satu, dia tak percaya dan sedang ciptakan perlahan lahan peluru seterusnya. Atau dia tengah nak cuba cipta kepercayaan bahawa aku bercakap benar. Aku harapkan lebih kepada choice kedua sebab memang aku sedang cakap benar. 

Dan bila dengan kau, aku akan selalunya begitu. Selalunya.

     “Betul?”

   “Betul la. Sebenarnya i nak tuju dekat you. You kan tak berapa pandai masak. I tak kisah pun sebenarnya. Tapi kalau you malas masak, ha yang tu i kisah”

     “Tapi kenapa dia balas tweet you tu macam you tuju tweet tu dekat dia?”

Korang nampak ke tak nampak lagi permainan dia? Ok, aku story. Sebenarnya dia ingat setiap langkah dan tidak tanduk aku dalam twitter tu. Ingat lagi tak skill acah acah tak ingat yang aku tekankan tadi? Nampak?

   “Dah dia nak balas. Nak buat macam mana. Takkan i nak halang kata “Cis Awak! Sungguh keberaniannya diri awak untuk membalasnya pun tweet saya. Dan tidakkah awak tahu bahawa saya sudah berpunya?” Macam tu?”

      “Buat la”

      “Apa?”

     “Buat lah macam tu.”

     “Hish, takde kerja!”

     “Penipu.”

Aku tarik nafas panjang.

Dulu dia tak aktif sangat twitter ni. Tapi sejak tukar handphone jadi blackberry ni, aku rasa macam ada stalker dekat internet life. Not cool.

      “Ok la ok la” aku mula kata.

      “Ok apa?”

      “Ok, i setuju you tutup akaun twitter you”

     “Hahaha, apsal i pulak nak kena tutup? You la tutup.”

     “Ok la tu. I setuju you tutup. Hahaha”

    “I nak you balas dekat dia yang you ni dah ada makwe. Jangan nak balas tweet you benda yang bukan bukan”

    “Hish, takkan la sampai macam tu. Facebook dulu i dah tinggalkan dah habit tu. Dekat Twitter pun nak kena macam tu jugak? Habis esok you nak i tutup blog i pulak ke? Macam tu?”

     “Yes”

Hate it. 

So, its official then.

Aku akan mula aktif hanya dekat blog dan twitter ni sahaja. Blog dan twitter asal tu aku nak tutup. Bukan tutup betul betul la. Cuma tak aktif sangat. Kan aku pernah cakap dulu, semak sebenarnya kalau ramai sangat orang kenal kau dalam dunia Twitter dan Facebook. Ilham kau banyak nak diluahkan. Tapi bila orang kenal, banyak sangat hati orang nak dijaga.

Biar takde siapa siapa tahu aku sebenarnya siapa dekat sini. Terutamanya yang kenal aku dalam dunia realiti. Cukuplah sekadar yang membaca mampu membayangkan aku orang yang bagaimana.

Mmmm.


Apa pendapat korang?

16 comments:

Effa Zalila said...

Well, have to admit. Lagi ramai orang yang kenal kau dekat dunia realiti follow kau kat dunia internet, lagi susah. Especially blog lah aku boleh cakap sebab based on my experience. Dulu apa aku nak memekak dekat blog pun chill je sebab tak ramai orang yang kenal aku baca personal blog aku. But since diorang ni baca, kreativiti idea aku tu jadi terbatas. Pernah je jadi krisis dekat dunia realiti sebab tulisan aku dekat personal blog. Damn it! So, kau better stay anonymous macamni even aku curious gak kekadang kau ni sape. Kehkeh.

Mikael Sahaja said...

Effa : Hehehe. Aku suka bila ada orang curious pasal aku. Hahahaha, macam natang jugak perangai aku ni kadang kadang pergi dia.

4feet8 said...

Mike. aku stress. Dia tak bagi aku berkawan dgn lelaki. Tapi, dia boleh pula bergurau senda dgn kawan perempuan di phone dan FB.. Cerita kita mcm terbalik..

Mikael Sahaja said...

4feet8 : Mmmm, sepatutnya aku jadi seperti lelaki itu. Mmmmm.....

Anonymous said...

yup! dlu zaman kanak2 ak buat blog..siap tayang kt fb aku...pastu bru ak sedar, mmg tbatas ape yg nk dcerita kan ble org tau ko sape dan blogkn...so ak buat blog baru...xde sorang tau aku ade blog dan klu tau pon aku ade blog...dorang taktau blog ape...lagi bagus camni..huhu

Mikael Sahaja said...

Aroziatul BukuPoket : Kannnnnn. Stress aku. Stress. Hahahaha

Laserquest said...

better we don't know who you are kot.
at least we could still give you the privilege to write real shit.

tak de hati yang perlu dijaga.
mudah.

bro, blog yang awek kau suro tutup tu, blog ni ke? tak kan?

ke ni cerita dogeng je ._.

Mikael Sahaja said...

Bukan. Bukan blog ni. Blog lagi satu. Aku tulis blog dah lama dah.

Blog ni, member aku yang paling rapat pun tak tahu.

Tiba tiba aku rasa seronok.

Laserquest said...

haha tiba tiba rasa seronok?
sebab kita orang kan ;)

Mikael Sahaja said...

Laserquest : :')

zaffe said...

Pilihan sendiri. Tapi tipu kalau cakap nak sembunyikan identiti ni senang. Sampai bila kau nak lemas? Esok lusa mesti rasa nak bernafas juga kan.

Mikael Sahaja said...

Zaffe : Entahlah. Buat masa ni, aku suka. Tak tahulah esok lusa. Harapnya ada yang mampu campakkan aku pelampung kalau aku lemas kelak.

zaffe said...

Aku dah pernah rasa. Susah. Tapi ini aku la, taktahu la kau haha. Moga-moga berkekalan lah kesabaran dalam hati.

hara said...

Cuma nk ckp blog ak ni pun baru buat. Same reason :)

Laserquest said...

alolo :)

Mikael Sahaja said...

Zaffe : Moga-moga. Doakan titew.

Hara : Sep!

Laserquest : :'D

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.