Wednesday, 19 June 2013

Situasi Paling Mencarut Masa Jawab Paper Final.



     “Serius la benda ni je ke yang masuk? Takkan benda lain?”

     “Betul la. Kau ingat aku main main ke? Pernah tak aku punya tips dinafikan haknya untuk muncul?”

Amboi amboi bob. Cakap gaya nafikan hak bagai. Macam pilihanraya.

     “Ok. Aku ulang balik. Kiranya aku kena fokus pasal ISO14000, E.I.A dengan DASN je la?” tanya aku. 
Bukan apa, nak pastikan balik yang aku tak salah dengar.

     “Aku bagi lagi spesifik.” Bob bingkas bangun mengambil kertas catatan atas meja. Standard la bila study untuk papernya yang esok. Semuanya pakat turun dari meja, mencemar duli study atas lantai. Acah acah study group.

     “Ni salin ni. Aku nak khaborkan tipsnya ha”

     “Tak payah nak salin salin, aku otak komputer”

     “Otak komputer tapi pentium 3 nak buat menda la natang?”

Ok. Betul. Lepas tu riuh dengan gelak ketawa. Tapi aku still taknak ambik kertas dan salin. Keras. Aku memang degil.

     “Betul ni je?”

     “Ulang balik. Aku nak dengar.”

     “DASN masuk 8 prinsip,  ISO 14000 masuk pembetulan dengan  Implementasi,  E.I.A masuk part prosedur. Tu je?”

     “Tu je la”

     “Kepala hotak kau la. Ini dua jam kredit punya subjek. Mestilah kena jawab 4 soalan. Ni 3 je kau bagi.”

     “Kau tu apa pun tak study lagi. At least boleh jawab tiga dari empat soalan tu pun kau patut syukur. Sekarang jam pukul 9 malam. Paper esok jam 9 pagi. Gudluck”

Aiceh. Gaya macam bagi task explorace bak ang. Betul jugak. Dalam keadaan masa yang kurang ajar serta kuantiti ilmu yang amat minima dalam kepala ni, tiga lagi bagus dari tak tahu apa lansung. Ni esok ni kalau masa aku bukak kertas soalan, satu apa yang aku baca ni tak keluar, mahu aku mencarut panjang dekat depan meja tu esok.  Takpe takpe. Tawakal orang khabor.

******* 

     “Baiklah, anda boleh mula menjawab sekarang.”

Aku ambil kertas soalan. Sebelum tu, berdoa minta dipermudahkan. Harapnya apa yang bob cakap tu betul. Harapnya. Aku pandang soalan pertama.

"1. Berikan LIMA (5) prinsip Agenda 21 negara."


Ok. Takpe. Aku jeling pulak soalan 2, 3 dan 4.














Dan aku mencarut panjang.

Monday, 17 June 2013

It’s Official.



     “You tweet dekat siapa je pasal tu?” tiba tiba Mary bersuara

Aku yang baru start kereta terberhenti sekejap segala tindak tanduk. Bercakap dalam telefon ni sukar sebenarnya nak fokus sambil buat dua kerja. Tadi dah la tertekan dalam library sebab study group benda yang susah. Sekarang masuk kereta, baru nak gerak pulang, buah hati call sambil tanya benda yang aku tak ingat. Takde stress sangat pun sebenarnya. Drama je.

     “Yang mana?”

     “Ala, yang you ke dia yang kata tak kisah tak reti masak takpe asal rajin apa entah. Lepas tu entah you ke dia yang balas apa entah. I tak ingat”

Hang power Mary. Hang saja nak tengok aku ingat ke tak ingat. Well, skill acah acah tak ingat ni sebenarnya aku lagi mahir. Tapi kali ni, memang aku lansung tak ingat. Tweet yang aku tulis tu aku ingat. Tapi sungguh tweet tu aku tulis bukan berdasarkan siapa siapa.

     “I memang ada tweet. Tapi  i tak tweet berdasarkan siapa siapa pun. I sebenarnya nak tulis semalam tweet tu, tapi tweet tu semalam tengah panas. I risau orang kata i copy tweet orang. Jadi tadi masa study library i teringat dekat tweet tu. So, i tweet la kejap. Mana ada berdasarkan siapa siapa pun”

Sunyi.

Aku tak suka. Sebab kalau senyap dalam telepon boleh bawak kepada dua perkara. Satu, dia tak percaya dan sedang ciptakan perlahan lahan peluru seterusnya. Atau dia tengah nak cuba cipta kepercayaan bahawa aku bercakap benar. Aku harapkan lebih kepada choice kedua sebab memang aku sedang cakap benar. 

Dan bila dengan kau, aku akan selalunya begitu. Selalunya.

     “Betul?”

   “Betul la. Sebenarnya i nak tuju dekat you. You kan tak berapa pandai masak. I tak kisah pun sebenarnya. Tapi kalau you malas masak, ha yang tu i kisah”

     “Tapi kenapa dia balas tweet you tu macam you tuju tweet tu dekat dia?”

Korang nampak ke tak nampak lagi permainan dia? Ok, aku story. Sebenarnya dia ingat setiap langkah dan tidak tanduk aku dalam twitter tu. Ingat lagi tak skill acah acah tak ingat yang aku tekankan tadi? Nampak?

   “Dah dia nak balas. Nak buat macam mana. Takkan i nak halang kata “Cis Awak! Sungguh keberaniannya diri awak untuk membalasnya pun tweet saya. Dan tidakkah awak tahu bahawa saya sudah berpunya?” Macam tu?”

      “Buat la”

      “Apa?”

     “Buat lah macam tu.”

     “Hish, takde kerja!”

     “Penipu.”

Aku tarik nafas panjang.

Dulu dia tak aktif sangat twitter ni. Tapi sejak tukar handphone jadi blackberry ni, aku rasa macam ada stalker dekat internet life. Not cool.

      “Ok la ok la” aku mula kata.

      “Ok apa?”

      “Ok, i setuju you tutup akaun twitter you”

     “Hahaha, apsal i pulak nak kena tutup? You la tutup.”

     “Ok la tu. I setuju you tutup. Hahaha”

    “I nak you balas dekat dia yang you ni dah ada makwe. Jangan nak balas tweet you benda yang bukan bukan”

    “Hish, takkan la sampai macam tu. Facebook dulu i dah tinggalkan dah habit tu. Dekat Twitter pun nak kena macam tu jugak? Habis esok you nak i tutup blog i pulak ke? Macam tu?”

     “Yes”

Hate it. 

So, its official then.

Aku akan mula aktif hanya dekat blog dan twitter ni sahaja. Blog dan twitter asal tu aku nak tutup. Bukan tutup betul betul la. Cuma tak aktif sangat. Kan aku pernah cakap dulu, semak sebenarnya kalau ramai sangat orang kenal kau dalam dunia Twitter dan Facebook. Ilham kau banyak nak diluahkan. Tapi bila orang kenal, banyak sangat hati orang nak dijaga.

Biar takde siapa siapa tahu aku sebenarnya siapa dekat sini. Terutamanya yang kenal aku dalam dunia realiti. Cukuplah sekadar yang membaca mampu membayangkan aku orang yang bagaimana.

Mmmm.


Apa pendapat korang?

Monday, 10 June 2013

Stereotype.


(Sambungan dari kisah manusia rabak)



     “Aku rasa ini semua pembalasan atas kelakuan  yang aku dah buat dekat ex aku yang nombor 2” ujar Afiq.

Aku tersembur sikit. Gaya je la macam tersembur air. Walhal, aku mana ada minum air time tu. Penceramah ni pulak, bila nak habis agaknya?

     “Apsal kau cakap macam tu pulak?”

     “Ex aku yang nombor dua ni, aku tak minat sangat dia”

     “Habis tu? Macam mana boleh couple kalau tak minat?”

    “Macam ni, masa aku couple dengan yang pertama dulu, aku selalu bercerita dengan dia pasal ex aku yang pertama ni. Makna, setiap kali aku ada masalah dengan ex aku tu, aku bercerita dengan dia. Sampai aku dah putus dengan ex pertama tu pun, aku cerita dengan dia. Masa aku cerita yang aku dah putus, terus dia propose aku. Dia kata dia tunggu aku dah lama. Minat aku dah lama. Propose tu siap sampai nangis nangis lagi. Aku takkan nak tolak. Walhal, aku tak minat pun dia, tapi dia menangis kot masa tu. Takkan nak biar. Lepas 3 bulan couple, aku minta break. Tapi alasan aku, aku guna faktor agama. Aku cakap couple ni haram hukum dia. Keji betul aku masa tu”

     “Kenapa dengan dia? Susah tahu nak ada perempuan merayu nak couple dengan lelaki.”

     “Dia tak berapa cantik la”

     “Gemuk?” jawab aku laju

     “Tak la!”

     “Haha, aku ni kalau dengar orang tak minat satu satu awek tu, aku mesti assume dia gemuk. Sebab bagi aku, kalau kurus, biasanya cantik. Dan kalau gemuk biasanya tak cantik”

     “Stereotype sial kau”

     “Bukan masalah stereotype. Pengalaman.”

     “Kalau bagi aku pulak, kecantikkan seorang wanita tu terletak pada warna kulit. Makin cerah warna kulit dia, maka makin cantiklah dia”

Sunyi.

     “Dia hitam ke?” tanya aku laju.

     “Dia gelap sikit”

     “Orang penang yek?”

     “Apsal kau stereotype sangat siak?”

     “Habis kau tu, bila gelap je anggap tak cantik tu apa benda?”

     “Itu citarasa bengong”

     “Pergi meninggal!”

Aku ketawa. Dia ketawa.

Sebab aku dan dia rasanya masing-masing sedar yang diri sendiri tu stereotype.









Tapi lelaki kan ego dia tinggi satu macam. Dengan member-member pun ego kena jaga. Mampus la nak mengaku kan.

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.