Wednesday 15 May 2013

Fatin dan Profile Picture Barunya.




Hari ni aku bukak Facebook. Satu cara hendak menenangkan diri dalam keadaan kau tertekan. Kaedah yang paling tidak efisen tapi best hendak dilakukan.

Sedang aku menscroll timeline, hati aku berdegup. Tak laju. Tak perlahan. Tapi cukup nak buat telinga aku sendiri dapat tangkap bunyi degup tu. Aku ternampak wajah yang aku ingatkan aku dah lupa.

Aku bukak profile kau, dan ya gambar Profile Picture yang aku terlihat itu adalah gambar kau. Cuma, gambar itu gambar lama. Gambar lama tapi kau baru sahaja upload dan jadikan profile picture kau. Tidak aku pasti semasa tingkatan berapa, tapi wajah itu yang buatkan aku tergila-gila masa aku form 1 dahulu. Wajah yang aku nak sentiasa lihat di depan mata selama kau dekat dengan aku dari form 1 sampai form 3. Wajah yang aku sudah bayangkan menjadi ibu kepada anak-anak aku kelak saat aku sudah menjadi seorang suami. Wajah yang menghantui diri aku sehingga aku mengambil masa 5 tahun untuk bernafas semula seolah-olah hadir kau dalam hidup aku cuma fantasi indah rekaan aku sendiri. Wajah yang aku ingatkan sekarang aku dah move on dengan kau, tapi rupanya masih belum.



Dan sebenarnya agak cilakak bila  campur sekarang, dah hampir tujuh tahun, tapi aku dah ingat balik kenapa aku pernah jatuh cinta pada kau dulu. Jahanam.







Ini kisah tentang seorang gadis yang bernama Fatin. Dan bagaimana dia menjadi seorang gadis yang  betul-betul memberikan impak dalam hidup aku .Kerana dia, adalah cinta pertama aku.

9 comments:

Laserquest said...

Dude ! i've issues like you!
met this one guy. same school.
my first love. but i'm not his first.

and the relationship ended just like that.

and me too! take almost five years to forget. itu pun sebab belajar.

they say,
out of sight, out of mind. betul?

Mikael Sahaja said...

Hopefully out of sightm out of mind. Sayangnya, dunia itu tidaklah seluas mana. Haihhh

4feet8 said...

zaman sekolah?
ada juga minat kat seorg abg senior pengawas ni. masa tu form 1. abg tu form 2. usha sjla, dulu. habis form 5, masing2 bawa diri. dan kami mula berhubung selepas aku grad diploma sehinggalah beliau menamatkan zaman bujangnya dgn org yg bukan aku.. haha..

*walaupun dah tahu dia sudah berpunya masa lepas diploma tu, tetap nak try walau akhirnya, tak dpt. Bukan rezeki namanya.. haha..

Laserquest said...

hahaha gila optimist 4feet8 !

Mikael Sahaja said...

4Feet8: Semangat gila. Hahaha, entah apsal bagi aku perasaan pada crush ni padu dia lain macam. Kann?

Anonymous said...

eh...ak pon ade (nak jugak) bile tpkir balik...macam bodoh pon ade sbb x dpt lupe... tp tu laa...still ingat...huhu

Mikael Sahaja said...

Cinta pertama tu kan power. Sebab sucinya cinta tu, lain macam.

hara said...

cinta pertama xde, tp crush banyak, haha.

Mikael Sahaja said...

Hara : Itu hang yang gatai. Hahahaha

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.