Hari ni aku bukak Facebook. Satu cara hendak
menenangkan diri dalam keadaan kau tertekan. Kaedah yang paling tidak efisen tapi best
hendak dilakukan.
Sedang aku menscroll timeline, hati aku
berdegup. Tak laju. Tak perlahan. Tapi cukup nak buat telinga aku sendiri dapat
tangkap bunyi degup tu. Aku ternampak wajah yang aku ingatkan aku dah lupa.
Aku bukak profile kau, dan ya gambar Profile
Picture yang aku terlihat itu adalah gambar kau. Cuma, gambar itu gambar lama. Gambar lama tapi kau baru sahaja upload dan jadikan profile picture kau. Tidak aku pasti
semasa tingkatan berapa, tapi wajah itu yang buatkan aku tergila-gila masa aku
form 1 dahulu. Wajah yang aku nak sentiasa lihat di depan mata selama kau dekat
dengan aku dari form 1 sampai form 3. Wajah yang aku sudah bayangkan menjadi
ibu kepada anak-anak aku kelak saat aku sudah menjadi seorang suami. Wajah yang
menghantui diri aku sehingga aku mengambil masa 5 tahun untuk bernafas semula seolah-olah hadir
kau dalam hidup aku cuma fantasi indah rekaan aku sendiri. Wajah yang aku ingatkan
sekarang aku dah move on dengan kau, tapi rupanya masih belum.
Dan sebenarnya agak cilakak bila campur sekarang, dah hampir tujuh tahun, tapi aku dah ingat
balik kenapa aku pernah jatuh cinta pada kau dulu. Jahanam.
Ini kisah tentang seorang gadis yang bernama Fatin. Dan bagaimana dia menjadi seorang gadis yang betul-betul memberikan impak dalam hidup aku .Kerana dia, adalah cinta pertama aku.
9 comments:
Dude ! i've issues like you!
met this one guy. same school.
my first love. but i'm not his first.
and the relationship ended just like that.
and me too! take almost five years to forget. itu pun sebab belajar.
they say,
out of sight, out of mind. betul?
Hopefully out of sightm out of mind. Sayangnya, dunia itu tidaklah seluas mana. Haihhh
zaman sekolah?
ada juga minat kat seorg abg senior pengawas ni. masa tu form 1. abg tu form 2. usha sjla, dulu. habis form 5, masing2 bawa diri. dan kami mula berhubung selepas aku grad diploma sehinggalah beliau menamatkan zaman bujangnya dgn org yg bukan aku.. haha..
*walaupun dah tahu dia sudah berpunya masa lepas diploma tu, tetap nak try walau akhirnya, tak dpt. Bukan rezeki namanya.. haha..
hahaha gila optimist 4feet8 !
4Feet8: Semangat gila. Hahaha, entah apsal bagi aku perasaan pada crush ni padu dia lain macam. Kann?
eh...ak pon ade (nak jugak) bile tpkir balik...macam bodoh pon ade sbb x dpt lupe... tp tu laa...still ingat...huhu
Cinta pertama tu kan power. Sebab sucinya cinta tu, lain macam.
cinta pertama xde, tp crush banyak, haha.
Hara : Itu hang yang gatai. Hahahaha
Post a Comment