“Paling pantang aku benda ni la. Benda lebihkan
awek dari kawan sendiri ni.” ujar Azim marah marah. Kami nak main badminton.
Sebabkan kawan kawan kami yang jenisnya masih lagi nak bersukan walaupun umur
dah 24 tahun dan ke atas ni tak ramai, maka kalau ada yang hilang-hilang ni memang betul punya
boleh buat impaknya terasa.
“Kan Naim dah cakap hari tu, dia tak
confirm. Dia dah janji dengan awek dia dah berapa lama dah dia kata hari tu,”
cakap Faiz cuba backup Naim.
“Heh, jadi lelaki kalau tak berguna macam
tu la. Awek cakap semua nak ikut. Bodoh. Esok suruhlah awek dia tu usung dia
pergi kubur bila dah meninggal esok!”
“Wah,marah betul kau Azim. Chill la. Macamlah
kau takde awek.” betah aku. Saja je acah acah back up Naim. Takde kerja kan.
“Minta maaf. Aku memang takkanlah nak
mungkir janji sebab awek. Benda kita dah plan lama kot benda ni. Aku pegang
ideologi bahawa Bros before hoes. Aku takkan lebihkan makwe dari kawan kawan
aku sendiri. Ini penting. Lelaki yang bagus adalah lelaki yang kuat pendirian
dan tak tunduk pada kehendak makwe dia semata!”
Mungkin sebab bila Azim bercakap, semua
malas ambik port sambil masing masing start acah-acah pukul shuttle, Azim pun stop.
Sudahnya hari tu, kami main dari
pukul 9 sampai 10 setengah tu 5 orang
sambil berganti penat. Naim ada jugak datang last last tu nak main. Dapatlah dia main satu set macam tu. Tu pun main sambil pedih telinga menahan perlian Azim yang
tak habis habis ungkit kejadian tadi.
“Rabu depan, kita main lagi. Dan kali ni,
tolong jangan buat perangai nak akur sangat dengan awek tu. Tolong. Kita dah
bagitau awal ni.”
Arahan Azim tu diambil endah tak endah
oleh semua. Dah aku confirm confirm lah boleh datang. Bukan kata awek, habuk
awek pun aku takde. Eh tiba-tiba rasa nak menangis pulak.
Rabu depan.
“Azim mana? Bukan dia beriya yang plan ke?”
tanya aku pada Faiz
“Azim kena teman awek dia tengok wayang.
Pitch Perfect 2. Awek dah beli tiket. Terpaksa.” jawab Faiz bersahaja.
Pelirlah kau Azim. Sembang macam ponen. Pergi mereputlah sana
dengan ideologi bro before hoes apa jadah bangang kau tu.
2 comments:
hahaha.
yang ni lucu.
kbai.
Lega aku masih ada yang terhibur dengan cara penceritaan aku. Hihu.
Post a Comment