24/4/2015 (Jumaat)
“Jom minum kejap dekat kedai tu”
ujar Ayah tatkala baru keluar dari Kedai membeli sekotak rokok.
Kau taulah lepas Solat Jumaat,
dengan panas berdeting, bahang serupa api ada dekat tepi muka, benda yang
tercatat dalam To Do List selepas ni seharusnya “Balik, bukak baju dan baring
malas depan kipas.”
“Malas la. Takpe kot”
“Eh jomla minum. Taknak ke?”
“Taknak la. Takpe kot”
“Eh minum minum. Jom. Parking
dekat tepi gerai tu. Minum. Kejap je”
Hmmm.
*******
“Mikael dengan Mary tu apa
cerita? Still kawan lagi ke?”
Oh, I really didn’t see that
coming.
Ye la, empat tahun ke hulu ke
hilir sama-sama. Setiap kali raya datang rumah beraya sama-sama. Siap bawak
datang masa ada saudara datang rumah siap perkenalkan dekat Makngah Makteh apa
semua, tup tup hilang tak berjumpa. Ayah mana yang tak pelik yedak?
“Kitorang kawan je Ayah”
“Ye la. Ayah tahulah kawan”
“Kawan je. Takde apa apa dah.”
Ayah aku tarik nafas dalam-dalam.
“Takpelah kan,Nak buat macamana
tak berjodoh yedak?” ujar Ayah. Datang pelayan letak Nescafe suam depan Ayah
dan limau ais depan aku. Cepat-cepat aku capai nak minum. Haus. Bahang gila kot
petang ni apsal entah. Karang kalau air limau ni tak masuk, mahu air yang keluar (Ha'a. Air mata. Dah diam)
“Ayah, takdelah menyokong pun
tak, menghalang pun tak benda ni. Ye la, dalam saudara kita mana ada yang kahwin
dengan orang Negeri Sembilan”
“Mary orang Melaka la ayah”
“Sama la tu. Negeri Sembilan,
Melaka ni adat pepatih dia kuat”
Kau tahu, aku sebenarnya tengah separa terkejut ni. Memang dulu Ayah ada cakap kalau boleh jangan kahwin dengan orang Negeri Sembilan. Tak sangka pulak dia betul-betul serius masa cakap benda tu. Ish, rugi benar rasanya. Gadis Negeri Sembilan ni dah la ramai comel comel.
“Ayah punya ayah, punya
sepupu. Kahwin dengan orang Negeri Sembilan. Bukannya anak sulung pun. Tapi,
bila kakak kakak dia dah meninggal, last last jadi dia yang paling sulung. Dah
dia kena balik sebab nak jaga rumah apa semua. Pasal yang perempuan ni dia
macam jadi ketua. Padahal tinggal dekat KL elok je bertahun-tahun. Terus balik
Negeri Sembilan. Tu ada yang cakap, kalau kahwin dengan orang Negeri Sembilan
ni, memang sehelai sepinggang la pergi dia. Semua dia angkut bawak balik. Garang pulak tu”
Aku telan air liur. Seram jugak
ni cerita ni.
Tapi, kalau ikut pengalaman
lampau aku, memang orang Negeri Sembilan ni semua garang. Macam singa lapar.
*******
“Satulah Ayah nak pesan, jangan
bagi orang harapan. Tak baik”
“Takdelah. Mikael dah cakap dah
kawan je”
“Siapa yang cakap?” Tanya Ayah
sambal tersenyum. Jahatnya senyum tu. Senyum nak korek rahsia.
“Mikael yang cakap”
*******
“Ayah dulu sebelum dengan ibu,
banyak jugak sejarah. Tapi, ibu dah sayang Ayah” kata Ayah sambil gelak-gelak
kecil. Hmm, apsal la perangai power ayat perempuan yang ayah aku ada tu taknak
pulak turun ke aku ni?
“Cuma tu la, jangan bagi harapan
dekat orang. Tak baik. Nanti orang sakit hati, tu yang sampai kena bomoh, kena
khianat tu sebab sakit hati la tu”
Aku angguk. Faham.
Pelan-pelan dalam hati, aku berdoa agar aku dapat benda yang baik-baik.
Dapat ilmu power dalam mengayat gadis pilihan misalnya.
Hihu.
6 comments:
ayah ko, nk pujuk ko je tu...
hihi
Tu la. Hm. Ke nak kasitau hubungan tak restu. :(
Hahaha boleh tahan ayah punya ayat ><
Hai mikail. dah cukup marie. sy oreo. Boleh?
Zyra Roxx : Hmm
Anon :Sorry, oreo tu chocolatte. Saya cuma suka yang vanila.
Eh org ppuan N9 kayoo. Dapat harta family derr. Kahkahkah garang tu normal la. PPuan kot. Mestila garang sikit.
Post a Comment